Resepi Mee Goreng Mamak Simple Paling Sedap Asli Dari Penang

Resepi mee goreng mamak

Resepi mee goreng mamak yang dikongsikan anda patut cuba buat sendiri di rumah kerana paling sedap serta mudah saja cara masak dan menyediakannya asalkan ada semua bahan-bahan utama pasti rasanya original dari Penang.

Mee goreng ada yang jenis kering dan basah tetapi apakah rahsia yang special menjadikan mi goreng kita itu menyelerakan seperti beli di kedai restoran mamak? Mungkin ramai yang tidak tahu resepi tersebut.

Mee goreng mamak zaman sekarang banyak yang diolahkan mengikut kreativiti tukang masak sendiri seperti resepi daripada Azie Kitchen, Che Nom, Sheila Rusli, Pak Li, Mat Gebu,Yatie Kitchen, Khairul Aming dan ramai lagi.

Resepi Mee Goreng Mamak Penang Simple Sedap


Mi goreng kering dan basah

Resepi mee goreng mamak asli daripada saudara Adnan Bin Mat Abu yang berkongsi cara-cara untuk menyajikan masakan ini bermula daripada penyediaan pes sehinggalah siap sepenuhnya ready untuk dimakan.

Bahagian 1 - Pes

  • Kacang dal
  • Kacang tanah
  • Cili kering
  • Udang geragau

Mee goreng mamak style simple

1. Basuhkan semua bahan di atas kecuali udang dan perlu digoreng hanya sekali sahaja. Kemudian masukkan udang selepas kacang dal dan kacang tanah menjadi garing sepenuhnya.

Resipi mee goreng mamak penang

2. Selepas telah siap menggoreng kesemua bahan tersebut. Kisarkan semuanya dan tumiskan sebelum memasukkan sesudu serbuk lada Babas ke dalam tumisan berkenaan.

Bahagian 2 - Cucur Udang

  • 2 cawan tepung gandum
  • Sesudu gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Satu sudu kecil mauripan
  • Air
  • Hirisan bawang
  • Daun kucai

Cara buat mee goreng sedap

1. Masukkan semua bahan tersebut dan gaul kesemuanya serta masukkan mauripan lalu tambahkan air mengikut kepekatan yang anda mahukan seterusnya masukkan hirisan bawang bersama daun kucai.

2. Setelah semuanya tercampur, anda perlukan rehatkan ia untuk jangka masa selama satu jam sekurang-kurangnya sebelum ia digoreng. Tak susahkan?

3. Selepas itu, anda boleh juga campurkan dengan udang geragau ke dalam adunan, walau bagaimana ia tidak diwajibkan kerana ia telah dimasukkan ke dalam pes. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Proses buat pes

4. Gorengkan adunan cucur udang itu tadi dalam kuali dengan menggunakan api yang sederhana besar dan perlu dipastikan ia telah pun direhatkan selepas satu jam sebelum mula menggoreng.

Bahagian 3 - Mee Goreng Mamak

Pembuatan cucur udang

  • Mee kuning
  • 3 ulas bawang putih
  • Potongan isi ayam
  • Fish cake dan fish ball
  • Udang segar
  • 3 biji telur
  • Sayur sawi atau siew pak choy
  • Kicap
  • Sos cili

1. Tumiskan 3 ulas bawang putih yang telah dihiris nipis dan masukkan potongan isi ayam, fish cake dan fish ball.

2. Apabila telah telah masak, anda boleh masukkan udang segar yang telah siap dikisar sehingga hancur. Pastikan masak sehingga naik atau pecah minyak sebelum dimasukkan tiga biji telur.

3. Anda perlu memastikan telur yang dimasukkan menjadi hampir keras barulah dikacau rata, kemudian masukkan batang sawi disusuli dengan perasakan dengan garam mengikut tahap kemasinan yang dimahukan.

Mi goreng mamak kuah kacang

4. Masukkan mee, apabila batang sawi menjadi lembut, masukkan pula mee dan daun sawi, kacau rata. Masukkan pula pes yang telah disediakan itu, kacau sehingga sebati, diikuti kicap dan 3 sudu sos cili.

Untuk mee kuning pula, petua untuk hilangkan rasa kapur resepi mee goreng mamak ni, ia perlu direndamkan dengan air yang dicampurkan sesudu gula dan tidak perlu dicelur sekadar rendam beberapa minit. Hasilnya paling sedap.

Begitu juga dengan sayur sawi, anda boleh juga guna siew pak choy atau ia juga dipanggil sebagai baby sawi, tak salah pun, asalkan sayur kan?

5. Akhir sekali masukkan taugeh, tauhu yang telah siap diramas, potongan cili besar dan cekodok udang yang telah siap dipotong sehingga ia naik wap dan bau yang sedap.

Mamak fried mee kedai

Siap dan dah boleh makan satu family atau boleh buat bisnes jual samada di kedai atau gerai depan rumah, kenapa? Sebab paling sedap, tak percaya? Try buat dulu barulah tahu kesedapan resepi original ni.

Kesimpulan

Kalau di kedai mamak, cara buat mee goreng, lebih kurang dengan kaedah dan resepi ini kerana bahan-bahannya hampir sama yang turut memasukkan cucur udang seperti yang telah dikongsi di atas.

Versi mee goreng mamak Penang style sememangnya sangat banyak, ada yang campurkan dengan serbuk kari, kentang rebus yang dilenyek, dicampurkan dengan kuah kacang dan isi ayam atau sayur sahaja (vegeterian).

Kata orang, kalau kita nak buat mi goreng basah, kita kena masukkan air untuk dijadikan kuah, untuk kering pula tidak perlukan air dan kita yang membuatnya jadi terpulang pada kehendak, tak gitu?

Apa cara dan resepi sekalipun, kita yang masak dan kita boleh olahkan mengikut idea sendiri asalkan bahan asas ada dan tidak lari dari tujuan asal untuk buat mee goreng mamak ala Penang mari.

Semoga perkongsian resepi mee goreng mamak ringkas daripada Adnan Bin Mat Abu ini akan memudahkan urusan anda untuk sediakannya di rumah nanti. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog