Teringin nak makan kek pisang kukus atau bakar yang sedap gebu serta lembut? Cuba buat sendiri di rumah kerana cara nak sediakan sangat mudah dan resepi yang terbaik untuk anda kami kongsikan.
Resepi kek pisang ada bermacam versi yang dipelbagaikan oleh mereka yang mempunyai kreativiti tinggi dengan sukatan cawan, campuran telur, coklat chip, yogurt, cheese, guna ovalette dan sebagainya.
Anda boleh pilih salah satu kaedah yang ditunjukkan langkah demi langkah cara buat sehingga ia siap boleh dimakan dan pastinya rasa kek ini macam beli di kedai walaupun ringkas guna blender sahaja.
Ada sesetengah orang lebih suka tanpa telur, mungkin ia masih sedap juga kan? Bahan apa sekalipun, anda yang masak dan tentukan sendiri, belum cuba belum tahu, dah cuba mesti jadi dan sedap.
Resepi Kek Pisang Kukus & Bakar Simple
Berikut adalah resepi air tangan daripada Puan Diana Ibrahim yang berkongsi cara-cara membuat kek pisang kukus moist yang simple gebu guna garpu sahaja kini viral di laman Facebook.
Bahan-Bahan Diperlukan
- 2 cawan tepung gandum
- 4 biji pisang berangan
- 1 cawan gula putih
- 1 cawan gula perang (brown sugar)
- 2 cawan minyak masak / mazola
- 3 biji telur
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu essence vanila
Cara-Cara Penyediaan
1. Sediakan bekas atau besan, masukkan telur dan gula, kacau dengan menggunakan whisk sampai semua gula kelihatan hampir hancur.
2. Masukkan minyak masak kemudian gaul lagi dengan gunakan whisk dan tak perlu terlalu kuat ketika sedang mengacau adunan.
3. Seterusnya, masukkan pisang yang telah dilenyet ke dalam bekas dan kacau rata guna senduk atau penyet-penyetkan guna garfu supaya nanti texture kek pisang akan nampak moist dan cantik.
4. Seterusnya, tepung gandum, sesudu baking powder diikuti dengan soda bikarbonat serta gaulkan kesemunya menggunak senduk sehingga ia sebati sepenuhnya.
5. Kemudian masuk pula satu sudu esen vanilla dan kacau rata. Sediakan loyang untuk mengukus dan masukkan adunan ke dalam loyang pilihan anda. Jangan lupa sapukan marjerin atau minyak masak.
6. Panaskan periuk pengukus dan kukus kek pisang dalam jangka masa 60 minit sekurang-kurangnya untuk acuan besar dan acuan kecil mungkin 20 minit sahaja seperti dalam gambar.
7. Jika nak buat kek pisang coklat chip, walnut dan badam, anda boleh letak topping tersebut di atas atau apa saja bahan lain ikut kemahuan dan idea sendiri.
8. Balutkan tudung periuk pengukus dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam acuan, jika berlaku pastinya akan lembik bukan lembut atau gebu seperti yang kita inginkan.
9. Jika nak pastikan kek dah masak sempurna, anda boleh cucuk dengan lidi di tengah-tengah kek, jika lidi tersebut bersih tandanya ia telah masak dan potong kek selepas ia jadi sejuk.
Baca : Resepi Kek Batik
Untuk pengetahuan, adunan pisang selain lenyet boleh juga guna blender tetapi terpulang kepada citarasa masing-masing jika inginkan hasil yang cantik jangan blend.
Jika anda tak ada pisang berangan, anda boleh juga guna pisang emas dengan kuantiti yang lebih sedikit atau sekadar agak-agak saja. Walau bagaimanapun, sebaiknya ikut sukatan cawan itu lebih baik.
Untuk tepung gandum pula, sesetengah mereka ada yang guna tepung naik sendiri dan anda boleh cuba olahkan ikut kreativiti, mana tahu lebih sedap boleh buat jual bisnes banana cake, kan?
Manakala untuk resepi kek pisang bakar yang guna oven boleh dibakar dengan suhu 180 atau 165 Darjah Celcius dalam masa 20 minit atau sehingga adunan berkenaan masak sepenuhnya.
Rujukan
Kesimpulan
Ramai pakar masakan seperti Azlina Ina, Azie Kitchen, Che Nom dan ramai lagi yang tunjukkan cara buat kek pisang dengan campuran coklat chip serta bahan lain atau tanpa soda bikarbonat guna air fryer dan oven.
Sebenarnya, buat sendiri kat rumah lebih puas hati makan dalam kuantiti yang banyak serta kebersihan juga lebih terjamin selain dapat mencuba sesuatu yang baru dalam bidang buat kek.
Semoga perkongsian resepi kek pisang kukus dan bakar paling sedap ini dapat memudahkan urusan anda untuk menyajikan menu ini, semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog