Mee bandung sangat terkenal di Muar, Johor dan masakan ini juga sangat mudah nak buat kalau tahu cara serta resepi rahsia yang guna air rebusan daging atau tulang dan udang sebagai penyedapnya.
Zaman sekarang, cara masak mee bandung homemade jadi lebih senang dengan adanya pes serta turut diolah menjadi lebih menarik mengikut kreativiti pakar masak seperti Azlita Ita, Azie Kitchen, Che Nom dan ramai lagi yang terror.
Jika anda suka makan makanan ini, anda boleh saja cuba buat sendiri di rumah dengan mengikut cara-caranya seperti yang dikongsikan termasuk paparan gambar-gambar satu persatu.
Resepi Mee Bandung Sedap
Resepi ini hasil perkongsian daripada Puan Har Ryea yang berkongsi air tangannya di laman sosial Facebook serta telah menjadi perhatian ramai netizen kerana makanan ini dikatakan amat istimewa dan berbeza.
Bahan-Bahan
- 1 peket mee kuning 1 kg dicelur sekejap
Bahan Yang Dikisar
- 10 tangkai cili kering yang direbus
- 3 ulang bawang putih
- 2 biji bawang besar
Bahan Sampingan Utama
- Semangkuk udang geragau dikisar
- Semangkuk kacang tanah digoreng dan kisar
- 1/2 kg daging dihiris dan direbus
- 20 atau 30 ekor udang segar
- 3 keping fish cake dihiris
- Sawi dicelur
- Sedikit tepung jagung
- 2 keping tauhu dihiris
- Garam dan gula
- Bawang goreng
- Limau kasturi
- Telur
Cara-cara Membuatnya
1. Tumiskan semua bahan yang telah siap diblend sehingga ia nak bau yang wangi
2. Masukkan udang geragau bersama kacang tanah, perlu dikacau sehingga ia sebati sepenuhnya dan biarkan sementara.
3. Masukkan pula air rebusan daging bersama hirisan daging, kacau lagi sehingga sekata dan biarkan ia mendidih, Jika inginkan kuah yang pekat, masukkan bancuhan tepung jagung, lebihkan air untuk cair.
4. Apabila daging sudah lembut atau empuk, kuah kelihatan pekat apabila kacang sudah mula kembang, seterusnya masukkan fishcake serta udang hidup dan gaul semuanya.
5. Kemudian, masukkan garam dan gula, perasakan mengikut tahap kemasinan dan kemanisan masing-masing.
6. Akhir sekali, pecahkan telur dengan kuantiti terpulang, perlu diingatkan ketika nak masukkan telur, perlahankan api supaya telur tidak menjadi keras. Siap.
Macamana mudahkan nak buat? Rasanya sesiapa pun boleh sajikan mee bandung simple ini dengan syarat perlu ada keinginan dan kerajinan yang tinggi tanpa ada rasa malas dalam jiwa, kan?
Untuk Penyajian Nak Makan
- Letakkan mee kuning yang dicelur dalam mangkuk
- Masukkan sawi yang telah siap dicelurkan
- Diikuti dengan hirisan tauhu
- Masukkan kuah bersama telur
- Taburkan bawang goreng
- Perahkan limau kasturi sedikit
- Gaul rata dan boleh makan
Baca : Resepi Mee Kari Chinese Style
Tips Rahsia Kuah Pekat
Cara untuk memekatkan kuah mee bandung adalah dengan memasukkan Biskut Marie atau Crunchy seperti yang ditunjukkan dalam gambar, idea daripada Puan Syakila Thulus yang katanya jadi power dan paling sedap.
Samada tepung jagung atau serbuk biskut, anda yang tentukan dan boleh try and error, mana tahu boleh jual buat bisnes hingga jadi viral satu Malaysia, siapa tahu kan?
Pes Mee Bandung Segera
Nakkan mee bandung ekspres segera macam Adabi? Anda boleh dapatkan pes yang banyak dijual di mana-mana pasar raya, kedai runcit dan melalui Shopee online, berikut adalah pautan tersebut dengan harga murah bawah RM20:
Kesimpulan
Sebenarnya, ada bermacam versi lagi mi bandung ni seperti contoh ala Jawa, dari Terengganu, Kelantan, Utara dan sebagainya. Namun, mee bandung muar sememangnya famous satu Malaysia.
Bukan sahaja perempuan yang boleh masakan mee bandung ringkas ini, lelaki juga boleh sebab untuk penyediaannya tidak cerewet kerana semua bahannya sangat mudah didapati.
Semoga perkongsian resepi mee bandung sedap dan simple ini daripada Puan Har Ryea ini dapat memudahkan kerja anda untuk sajikannya hari ini, semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog