Resepi mee kari simple ini sangat mudah untuk disediakan dengan cara buat dan rahsia tersembunyi Chinese style yang menjadikan kuah serta rasanya paling sedap macam makan di kedai atau restoran.
Perkongsian resepi mee kari ayam ini jadi viral di laman sosial Facebook, rata-rata netizen mengakui telah buat sendiri di rumah dan mengatakan tak rugi mencuba kerana puas hati makan satu keluarga.
Menu masakan ini mempunyai peminat tersendiri dan biasanya menjadi pilihan ramai dengan menyajikan ketika Hari Raya, Open House dan sebagainya yang sememangnya tak susah pun nak buat, lihat saja gambar yang dipaparkan.
Selain itu, kuahnya juga boleh dimasak tanpa santan dengan tidak memasukkannya tetapi result selepas itu mungkin kurang sedikit daripada yang biasa, itu pasti adalah jawapannya.
Ada orang kata, resepi air tangan orang Terengganu, Kelantan dan utara boleh tahan kesedapannya dan kalau nak tahu kenalah cuba dulu barulah tahu hasilnya nanti, betul tak? Jom tengok macamana cara nak buat masakan ini.
Resepi Mee Kari Simple dan Mudah Chinese Style
Dikatakan asal usul mee kari bermula daripada orang-orang cina yang mencipta menu ini dengan nama sebagai Pinyin atau Galimian yang sehingga kini amat digemari oleh ramai orang Asia termasuk Malaysia.
Mi kuning dan ayam adalah bahan utama atau boleh juga digandingkan dengan isi kerang yang akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap tak terkata itu pastinya hasil olahan dari Puan Julieta.
Bahan-Bahan Utama
- Sebungkus mee kuning dicelur
- Dua biji bawang besar (blend)
- Tiga ulas bawang putih (dikisar)
- Dua biji bawang merah (kisar)
- Tauhu kering
- Fish cake
- Fish ball
- Dua bungkus serbuk kari daging brand O sedap
- Semangkuk cili kering dikisar
- Setengah ekor yang dipotong kecil
- Semangkuk besar santan segar
- Dua batang serai yang diketuk
- Asam keping
- Santan segar
- Garam dan gula
Untuk Hiasan
- Kacang panjang dicelur
- Sawi perlu juga dicelur
- Taugeh
- Limau kasturi atau limau nipis
- Sambal
Untuk Sambal
Penyediaan sambal untuk mee kari sangat ringkas yang hanya perlukan segenggam cili kering yang harus direbus sebentar, apabila dah masak atau lembut, kemudian dikisar dengan sebiji bawang besar.
Setelah siap mengisar kedua-dua bahan tersebut, tumis dalam kuali dengan sedikit minyak masak sehingga ia naik bau atau pecah minyak. Seterusnya campurkan sedikit garam dan sedikit sahaja gula untuk rasa yang manis.
Penyediaan Kuah Kari
Pertama sekali panaskan periuk yang berisi minyak kemudian goreng serai yang diketuk sekejap saja. Masukkan bahan kisar serta masakkan sehingga ia mengeluarkan bau wangi satu rumah dan kelihatan warna yang keperangan.
Masukkan pula rempah kari dengan campuran cili kisar semangkuk kecil itu tadi, pastikan ia betul-betul masak sepenuhnya sehingga mengeluarkan minyak yang timbul.
Langkah seterusnya, masukkan potongan ayam kemudian kacau sehingga sebati dan perlu dipastikan ayam telah separuh masak barulah dimasukkan pula sukatan santan sama ada pekat atau cair anda yang tentukan.
Jika mahu mee kari dengan kuah pekat, santan perlu dilebihkan sedikit seperti biasa, jika ingin cair sahaja masukkan air atau sebaliknya berpandukan citarasa masing-masing.
Saya sendiri letakkan santan pekat yang fresh dengan sukatan semangkuk besar dan setelah itu barulah dimasukkan pula asam keping sebanyak dua atau tiga saja kuantitinya dan tidak perlu banyak.
Apabila kuah telah mendidih, perasakan dengan gula serta garam dan pastikan rasanya seperti yang anda mahukan. Anda boleh juga letakkan Ajinomoto dan ini tidak wajib terpulang kepada kehendak dan kemahuan.
Selepas itu, ditambahkan dengan fish ball, fish cake dan tauhu kering. Kemudian biarkan ia mendidih serta kuah akan serap ke dalam tauhu yang telah dicampurkan tadi. Itu sahaja dan siap boleh dimakan.
Baca : Resepi Mee Goreng Mamak Original
Air Tangan Puan Nursyura
Ini pula resepi mee kari yang agak berbeza katanya yang mana perkongsian daripada Puan Nursyura Ibrahim Kutty ini memasukkan isi kerang berserta dengan udang kering yang dikisar halus menjadikan masakan bertambah power.
Bahannya juga sedikit berlainan ditambahkan dengan kiub ayam Knorr, daun kari serta cara-caranya hampir sama dengan resepi viral di atas. Yang mana menjadi pilihan terpulang kepada empunya badan yang ingin menyajikannya.
Di bawah ini juga cara-cara untuk sediakan masakan ini yang ditunjukkan satu persatu melalui video daripada Puan Eina Azman yang dikongsikan melalui Channel Food Hunter di YouTube.
Kesimpulan
Sangat mudah kan nak buat resipi mee kari simple macam ni, semua orang boleh buat asalkan ada keinginan serta kerajinan duduk di dapur dan try and error itu adalah wajib bagi seorang tukang masak, kan?
Sekiranya anda seorang yang suka makan mi kari, bolehlah segera cuba buat sendiri dengan mendapatkan semua bahan yang diperlukan atau reka dengan kreativiti sendiri supaya ia lebih sedah berkuah pekat.
Untuk pengetahuan, resepi menu ini boleh diolahkan mengikut selera sepertimana yang dibuat oleh Azlina Ina, Yatie, Azie Kitchen, Che Nom, Sheila Rusly, Chef Ismail, Mamak style, Nyonya dan juga orang cina.
Kita boleh buat experiment sebagai percubaan, manalah tahu selepas bertungkus lumus mencuba akhirnya resepi idea kita boleh buat bisnes dan jual di serata dunia, siapa sangka kan?
Semoga perkongsiandari Facebook cara buat dan resepi mee kari yang paling simple dan sedap ini dapat membantu anda untuk membuatnya di rumah serta dimakan bersama keluarga nanti. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog