1001 Hadiah Untuk Baby Baru Lahir Terbaik (Newborn Gift)

Hadiah untuk baby

Apakah hadiah yang paling sesuai dan istimewa untuk diberikan kepada baby baru lahir, boy atau girl? Mungkin ada yang sedang pening kepala mencari present untuk bayi yang comel dan cute mute itu kan?

Sememangnya newborn sangat perlukan banyak barangan tetapi biasanya ibu bapa dah belikan semua keperluan, jadi hadiah jenis yang manakah untuk dihadiahkan kepadanya? Jangan risau kami ada idea dan cadangan tersebut.

Selain itu, anda boleh bertanyakan kepada parents bayi itu apakah benda yang masih belum ada untuknya tetapi cara itu tiada lagi surprise dan pasti jawapan mereka jangan susah-susah kan?

Walau bagaimana, tak menjadi kesalahan sekiranya bayi comel berkenaan mempunyai banyak barangan keperluan kerana ia boleh ditukar ganti nanti serta kami ada senarai hadiah untuk baby seperti berikut.

Senarai Hadiah Untuk Baby Baru Lahir Yang Menarik


Present

Anda boleh meninjau dan buat pilihan yang manakah sesuai atau yang telah menarik perhatian, kami sediakan senarai idea cadangan hadiah ini sekadar untuk membantu anda mencari atau membeli dengan mudah.

1. Baby Feeding Organizer Storage Box

Special gift untuk anak

Produk ini special gift for baby newborn yang mana ia sesuai untuk storing baby nursing bottle atau sebarang accessories tool yang boleh digunakan selepas bayi dilahirkan sehinggalah berumur beberapa bulan atau tahun.

Sangat ringan dan bersaiz agak besar boleh masukkan botol yang tinggi dan siap dengan ada penutuo serta di bahagian bawah pula dikhaskan untuk takungan air supaya air tidak meleleh keluar selepas dibasuh.


2. Cenderahati Duit Ringgit Malaysia

Duit sedekah

Hadiah jenis ini adalah yang paling mudah memandangkan anda telah kehilangan idea untuk belikan gift berkenaan dan apabila diberi sekurang-kurangnya ibu bapa boleh guna untuk apa saja yang diperlukan oleh baby, kan?

Lagi satu, ia bukan saja sesuai untuk baby newborn boy and girl 1, 2 bulan tapi untuk 1 tahun, 2 tahun atau yang besar iaitu kanak-kanak kan? Sebenarnya tak perlu cakap pun semua orang dah tahu, betul tak?

Jika anda nak bagi duit sebagai saguhati atau hadiah, anda boleh juga letakkan dalam ang pow, sampul surat atau tabung dapur gas seperti contoh dalam gambar di atas, nampak rare tak?


3. Hamper Baby Bajet Boy & Girl

Hadiah untuk baby newborn

Hamper ini sangat istimewa untuk dijadikan gift khas untuk bayi lelaki atau perempuan yang mana harganya sangat murah bawah RM50 dan ada 7 items kesemuanya iaitu:

1. Rompers (Random) Carter’s
2. Towel
3. Mitten
4. Botties
5. Baby Hat
6. Bibs
7. Wet Tissue (Anakku)


4. Romper Bayi Cute

Hadiah baby born

Apakah yang paling comel selain pakaian bayi? Anda boleh dapatkan rompers bayi ini dengan pelbagai warna dan bentuk serta ada yang turut menerima tempahan mengikut kehendak pelanggan.


5. Set Bekas Makan Bayi

Boy girl 1 tahun 2 tahun

Mungkin ada yang berpendapat set baby feeding terlalu awal untuk dihadiahkan kepadanya tetapi sebenarnya parents boleh simpankan dan akan digunakan apabila sampai waktunya memandangkan masa sangat cepat berjalan.

Produk yang dipanggil sebagai Combo Set 4 in 1 ini sangat menarik kerana harganya juga agak murah selain amat berkualiti serta sangat mudah digunakan.


6. Kain Bedung / Baby Swaddle

Hadiah baby yang baru lahir

Kain bedung adalah menjadi keperluan untuk baby newborn dan hadiah ini antara yang sesuai untuk bayi. Baby swaddle ini juga sangat cantik dengan didatangkan warna warni serta kualiti kain dari jenis yang bagus.


7. Tuala Bayi

Murah dan mahal

Untuk towel anda perlu pastikan saiz yang kecil kerana fizikal bayi semestinya kecil. Anda boleh juga berikan tuala dari jenis biasa tapi apa salahkan hadiahkan tuala daripada jenis yang cute seperti ini, comel kan?


8. Pampers / Diaper

Shopee Lazada

Jika hadiah seperti pampers ini tentunya disukai ramai parent kerana ia adalah satu keperluan yang digunakan setiap hari dan lebih bagus lagi sekiranya diaper daripada jenis yang berkualiti dan branded.


9. Tab Mandi Bayi

Bayi lelaki

Baby bath tub ini sangat sesuai serta daripada jenis foldable non slip yang portable boleh digunakan secara indoor atau outdoor yang sangat simple senang untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Ia mempunyai sokongan kaki tambahan dengan pendakap bahan yang tidak akan tergelincir untuk dalam kedudukan cepat dan amat selamat digunakan dengan permukaan yang rata.


Baca : Senarai Nama-Nama Anak Lelaki Islam A To Z

10. Stroller Bayi Comel

Bayi perempuan

Sebenarnya baby stroller mempunyai berbagai jenis dan rekabentuk menarik, walau bagaimanapun dalam gambar di atas yang dibawa khas daripada laman Shopee sangat terbaik kerana fungsi dan kualiti stroller itu sendiri.

Tidak terlalu berat mudah dibawa dan sesuai untuk semua baby newborn daripada baru lahir sehinggalah umur 4 tahun yang boleh anda beli dengan harga yang murah.


11. Newborn Mattres Pillow

Umur 3 bulan

Dengan harga bawah RM50 anda boleh dapatkan produk yang dinamakan sebagai Prevent Flat Head Infant Newborn Mattress Pillows yang mempunyai kualiti tinggi daripada cotton, polyester atau microfiber.

Boleh diletakkan di dalam stroller, dibasuh dengan mudah menggunakan mesin basuh, mudah dibawa dan yang paling penting bayi akan dapat tidur dengan nyenyak sepanjang hari.


12. Katil Kayu Bayi Serbaguna

2 dan 1 bulan

Mungkin hadiah katil kayu Shopee ini pasti membuatkan ibu bapanya suka kerana katil ini sangat berkualiti serta senang digunakan malah ada yang boleh dibuka penghadang untuk didekatkan dengan katil parents.

Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang mempunyai pelbagai fungsi bagi memudahkan kerja parents yang menjaga bayi. Sebenarnya banyak lagi pilihan, anda boleh lihat pautan berikut:


13. Complete Set Happy Newborn

Pakej Lengkap

Gift jenis ini adalah pakej lengkap yang dapat membantu memudahkan urusan untuk sambutan kelahiran baby atau diberikan kepada bayi baru lahir yang complete dengan barut bedung, pakaian harian, aksesori dan sebagainya.

Serta anda juga boleh buat pilihan samada tidak memerlukan salah satu barangan yang terdapat di dalamnya kerana ia mempunyai 4 jenis pakej yang berbeza iaitu seperti berikut:

  • Top Newborn Set
  • Happy Newborn Basic
  • Happy NB Favourite
  • Happy NB Perfect

Selain itu, anda boleh juga add on iaitu menambahkan jenis-jenis item lain yang diperlukan berpandukan kehendak sendiri yang boleh dipilih dengan menghubungi seller yang bertugas, simple dan mudah kan?


Baca : Senarai Barang Baby Yang Perlu Dibeli Sebelum Kelahiran Bayi

14. Set Tilam dan Kelambu

Baby care kit set

Hadiah ini adalah terbaik untuk baby yang baru lahir yang lengkap satu set supaya bayi tak digigit nyamuk serta tilam yang lembut bercantum dengan kelambu berzip, bukan nyamuk saja serangga pun tak boleh masuk.

Sebenarnya, banyak lagi pilihan yang bagus dan murah, untuk yang sama dalam gambar namanya adalah Portable Mobile Baby Bed Travel Crib Baby Nest Cot Newborn Multi-Function Folding Foldable With Toys Musquito Net.


15. Baby Auto Swing Cradle (Buaian ELektrik)

Buaian khas

Buaian elektrik khas untuk bayi jenama Prego ini sangat menarik kerana mempunyai berbagai fungsi yang sangat diperlukan oleh semua ibu bapa yang mana ada sesetengah daripadanya ayunan yang automatik guna remote control.

Harga pula sememangnya amat berpatutan dan ada yang mahal dengan kualiti yang lebih baik. Biasanya harga yang paling murah adalah bawah RM100 manakala yang mahal ada yang berharga lebih daripada RM300.


16. Newborn Baby Care Kit Portable

Mainan bayi

Produk ini sangat baik untuk dijadikan newborn gift yang mana di dalamnya mempunyai 8 item penjagaan bayi dalam satu kotak yang sangat cantik dan kemas mudah digunakan selain boleh dibawa ke mana saja.


Baca : Senarai Nama-Nama Anak Perempuan Islam A To Z

Kesimpulan

Percaya tak yang hadiah untuk baby newborn sangat banyak beribu-ribu yang boleh anda beli secara online di Shopee dan sebagainya, tak percaya? Cuba check pautan yang disediakan di bawah dan akan dapat lihat.


Semoga perkongsian senarai idea cadangan hadiah untuk baby baru lahir dapat membantu serta memudahkan urusan anda untuk membeli serta mendapatkannya tanpa perlu berfikir panjang. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog