Cara Bayar Zakat Fitrah Online & Aplikasi Setiap Negeri

Cara bayar zakat

Sebenarnya berbagai cara untuk bayar zakat fitrah bagi orang Islam samada secara online atau dengan kaedah pembayaran manual mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi setiap negeri di seluruh Malaysia.

Semua pembayar zakat amat digalakkan untuk buat pembayaran secara atas talian samada melalui website atau menerusi aplikasi khas yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store untuk Android dan App Store untuk iOS iaitu iPhone.

Zakat fitrah adalah zakat diri yang telah diwajibkan ke atas setiap individu Islam lelaki atau pun perempuan yang mempunyai kemampuan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Jika anda bercadang untuk mengeluarkan zakat dengan kaedah pembayaran yang paling mudah pada zaman sekarang, cara ringkas dan senang adalah dengan membuat transaksi melalui talian telefon menggunakan internet.

Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online


Zakat Fitrah Online Selangor

Sebelum membayar zakat, dikongsikan juga tentang syarat wajib zakat fitrah serta penerangan ringkas yang berkaitan perlu diketahui oleh seorang pembayar zakat samada untuk diri sendiri, keluarga dan tanggungannya.

Jenis-Jenis Zakat Harta

Berikut adalah jenis-jenis zakat harta yang dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang diterangkan berikut:

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas dan Perak
  • Zakat Pelaburan atau Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Takaful
  • Zakat Tanaman Padi
  • Zakat Penternakan
  • Zakat Harta Galian atau Harta Karun

Untuk panduan cara bayar zakat fitrah secara online menerusi portal rasmi semua negeri, anda boleh klik pada pautan yang disediakan mengikut negeri masing-masing dan ikuti segala arahan yang ditetapkan di dalamnya:

1. Wilayah Persekutuan


Khas untuk anda yang tinggal di daerah dan kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Kadar Zakat : RM5 / RM7

eBaitulmal MAIWP / PPZ MAIWP
https://fitrah.zakat.com.my

2. Negeri Selangor


Lembaga Zakat Selangor

Kadar Zakat : RM7 / RM14 / RM21

EzakatPay
https://fpx.zakatselangor.com.my

3. Negeri Kedah


Kadar Zakat : RM5 / RM7 / RM14 / RM21

Jom Zakat
https://jom.zakatkedah.com.my/

4. Negeri Perak


Kadar Zakat : RM7 / RM14 / RM21

eZakat MAIAMP
https://ezakat.maiamp.gov.my/

5. Negeri Perlis


Kadar Zakat : RM7

MAIPS
https://www.maips.gov.my/

6. Negeri Pulau Pinang


Kadar Zakat : RM7 / RM16

Zakat Pulau Pinang
https://www.zakatpenang.com/

7. Negeri Sembilan


Kadar Zakat : RM7
https://www.zakatns2u.biz/

8. Negeri Johor


Kadar Zakat : RM7 / RM10

Johor Online Payment
https://onlinepayment.johor.gov.my/

Fitrah MAIJ
http://fitrah.maij.gov.my/

ePayment MAIJ
https://epayment.maij.gov.my/

SnapNPay Zakat
https://snapnpay.my/pay/JHRFITRAH/zakatfitrah/

9. Negeri Melaka


Kadar Zakat : RM17 / RM14

Zakat Melaka
https://pay2.izakat.com/

10. Negeri Pahang


Kadar Zakat : RM7

eZakat MUIP
https://ezakat.muip.gov.my/

11. Negeri Terengganu


Kadar Zakat : RM7

MAIDAM Terengganu
https://ezakat.maidam.gov.my/

12. Negeri Kelantan


Kadar Zakat : RM7 / RM14 / RM21

e-MAIK Kelantan
https://zakat.e-maik.my/

13. Negeri Sabah


Kadar Zakat : RM6 / RM7.50

Zakat Sabah
https://appszakat.sabah.gov.my

14. Negeri Sarawak


Kadar Zakat : RM7

Baitulmal Kamek
https://pelanggan.tbs.org.my/

Senarai Aplikasi Pembayaran e-Zakat


Aplikasi pembayaran ezakat

Berikut adalah senarai aplikasi yang boleh anda gunakan untuk membayar zakat melalui telefon walau di mana anda berada dengan hanya download dan daftar seterusnya buat pembayaran atas talian mengikut negeri terpilih.

1. SnapNPay App

Aplikasi ini boleh digunakan oleh mereka yang tinggal di negeri Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur.


2. Aplikasi Boost

Boost juga ada menyediakan perkhidmatan untuk pembayaran zakat fitrah secara atas talian dengan muat turun serta mendaftarkan nombor telefon dan buat pengesahan, terus buat bayaran semudah ABC.


3. Aplikasi GoPayz

Hampir sama dengan semua jenis aplikasi, walau bagaimanapun tidak semua orang yang boleh menggunakannya, hanya pembayar zakat yang menetap di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Kedah sahaja.


4. MyEG Apps

Platform MyEG sememangnya popular di kalangan orang Malaysia dan untuk guna aplikasi ini tetap serupa dengan apps lain dan hanya untuk negeri Selangor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Kuala Lumpur.


5. PayHalal

Ini lebih mudah untuk buat bayaran dengan semuanya hanya daripada aplikasi seperti ini yang dikhaskan untuk anda yang ingin bayar zakat berada di kawasan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.


Syarat Wajib Zakat Fitrah

1. Individu yang memiliki lebihan makanan atau segala harta kekayaannya daripada keperluan keluarga serta tanggungannya ketika malam dan di pagi hari raya.

2. Seorang anak yang lahir sewaktu sebelum matahari jatuh pada penghujung akhir bulan Ramadhan serta hidup setelah terbenamnya matahari.

3. Memeluk agama Islam sebelum matahari terbenam ketika pada akhir bulan Ramadhan dan kekal dengan Islamnya.

4. Seseorang yang telah meninggal dunia sewaktu selepas terbenamnya matahari pada pengakhiran bulan Ramadhan.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah untuk buat pembayaran zakat fitrah yang telah ditetapkan adalah makanan asasi daripada jenis-jenis yang akan mengenyangkan. Ini turut dijelaskan dalam hadis Nabi Muhammad SAW seperti berikut:

Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak

Baca : Cara Buat Permohonan Zakat Kecemasan MAIWP

Kadar Bayaran Zakat Fitrah

Kadar bayaran untuk fitrah adalah satu gantang Baghdad yang bersamaan dengan 2.70 kg beras atau sama nilai dengannya. Kadar untuk bayaran zakat adalah berpandukan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Sesuai Menunaikan Zakat

Waktu yang terbaik untuk menunaikan zakat fitrah seperti yang amat digalakkan dalam Agama Islam telah dibahagikan kepada 5 perkara yang diterangkan secara ringkas seperti berikut:

1. Waktu Yang Wajib
Sewaktu terbenamnya matahari di akhir bulan Ramadhan sehingga terbitnya matahari di pagi satu Syawal.

2. Waktu Yang Afdal
Sebelum menunaikan solat Hari Raya.

3. Waktu Yang Sunat
Ketika sepanjang bulan Ramadhan tanpa mengira masa dan harinya.

4. Waktu Yang Makruh
Sewaktu setelah solat Hari Raya sehingga terbenamnya matahari pada satu Syawal.

5. Waktu Yang Haram
Sewaktu selepas terbenamnya matahari pada satu Syawal iaitu Hari Raya pertama.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

Dikongsikan juga cara melafazkan zakat fitrah sebagai rujukan di masa akan datang. Tak perlu dihafal lafaz ini tetapi lebih baik tahu caranya daripada tak tahu langsung sebagaimana dikongsikan di Facebook.



Rujukan Tambahan

Sebenarnya, banyak kaedah mudah untuk buat bayaran zakat fitrah dan fidyah melalui sistem perbankan oline samada di Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Clicks dan berbagai jenis bank lagi di Malaysia.

Anda hanya perlu login dan klik pada pautan PAY yang disediakan dalam setiap paparan akaun internet banking anda seterusnya buat pilihan nama pusat zakat yang ingin dibayar, itu sahaja.

Kesimpulan

Semoga perkongsian panduan lengkap dan cara bayar zakat fitrah online ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog