Daging masak singgang Terengganu sememangnya sangat sedap, simple dan mudah saja cara nak buat berserta dengan resepi asli dari seorang chef pantai timur yang terkenal dan popular.
Antara singgang tulang, daging atau ayam, jika dimasak menggunakan bahan-bahan utama pastinya menjadi walaupun sangat ringkas kerana kandungan bahannya amat penting untuk menyedapkan.
Resepi singgang daging asli style orang Terengganu pasti agak berbeza dengan cara masak dari negeri Kelantan, Pahang, Utara dan Thai, biarpun sikit pasti ada kelainan dan perbezaan.
Mungkin dari segi warna masakan ada yang merah dan sebagainya, begitu juga campuran budu atau cili supaya lebih pedas terangkat membuka selera dan sedap dimakan bersama nasi putih.
Zaman sekarang, ramai pakar masak yang kreatif seperti Che Nom, Azie Kitchen dan ramai lagi yang mengolahkannya dan anda juga boleh buat sendiri di rumah.
Sesetengah orang lebih suka tanpa lengkuas dan ketumbar, anda boleh jangan masukkan dengan mengikut resepi ini tetapi rasanya mungkin kurang sedap kan? Belum cuba, lebih baik try dulu.
Resepi Singgang Daging Terengganu Simple
Masak daging singgang Terengganu ini dikongsikan oleh Puan Norhaslizawaton yang campurkan semua bahan utama seperti tulang, tetel dan gear box dalam satu periuk.
Bahan-Bahan
- Daging dan tulang
- 5 ulas bawang merah dimayang
- 4 ulas bawang putih mayang
- Satu sudu besar lada hitam ditumbuk
- 2 inci lengkuas dihiris
- 2 sudu ketumbar ditumbuk
- 2 inci halia dihiris
- 2 inci kunyit hiris
- 3 asam keping
- Cili kering digunting kasar
- 10 biji cili padi
- Garam kasar
- Chicken stock
- Ajinomoto
- Gula
Cara penyediaan
1. Rebuskan semua tulang dan daging dalam sebuah periuk sehingga ia masak atau empuk. Boleh juga guna pressure cooker yang lebih menjimatkan masa untuk rebus daging.
2. Masukkan bahan hirisan kesemuanya seperti lada hitam, cili padi dan sebagainya. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan seterusnya selepas ia mendidih sepenuhnya. Siap.
3. Kalau anda suka makan budu, boleh cuba masukkan kerana apabila dicampurkan dengan sesudu besar sudu katanya kesedapannya lain macam. Boleh dicuba.
Lebih sedap kalau dimakan bersama sambal belacan, ikan kering dan ulam-ulaman seperti timun, daun hijau ulam raja dan macam-macam lagi boleh mengikut selera masing-masing. Mudah kan?
Baca : Resepi Nasi Minyak Terengganu Ayam Masak Merah
Style Orang Kelantan
Ini pula resepi daging singgang Kelantan yang mana kebanyakkan bahannya sama saja cuma ada sesuatu berbeza, cuba perhatikan betul-betul apa yang diterangkan oleh YouTube Channel Dapur Aisyah.
Rujukan
Kesimpulan
Lain orang lain caranya untuk masak singgang ini yang mana kalau style Terengganu tak dicampurkan dengan serai manakala cara orang utara dan Kelantan memang ada perbezaannya.
Semoga perkongsian resepi daging singgang tulang Terengganu ini dapat membantu serta memudahkan segala urusan anda untuk sediakan menu ini di rumah, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog