10 Makanan Basah Untuk Kucing Terbaik (The Best Cat Wet Food)

Wet Food

Banyak jenama wet food yang bagus di Malaysia yang boleh didapati di mana-mana cat pet shop dan sebagainya tapi apakah jenama makanan basah untuk kucing yang paling terbaik?

Bagaimana untuk membeli dan mendapatkannya secara online? Mungkin ramai yang sedang mencari makanan basah untuk kucing yang sesuai dan terlaris untuk si bulus.

Sebagai pecinta kucing yang setia menyayanginya, dinasihatkan anda mengambil tahu tentang pemakanan si bulus ini kerana dengan mengetahuinya anda boleh menjaganya dengan baik sekali.

Apa itu wet food for cats? Ia adalah sejenis makanan kucing dalam tin atau dibungkus dalam paket dengan kandungan gabungan bahan-bahan berkhasiat grain free untuk kesihatan si comel anda.

Walau bagaimanapun, ia turut mengandungi kandungan air yang agak banyak dengan tujuan supaya makanan tersebut berair dengan mempunyai tekstur yang lembut supaya mudah dimakan serta dihadam.

Untuk memastikan jenama makanan basah apakah yang bagus dan jenis bagaimana yang sesuai untuk si comel, kami kongsikan serba sedikit maklumat tentang itu berdasarkan pemerhatian sendiri.

Senarai Jenama Makanan Kucing Wet Food Terbaik


Makanan kucing basah yang terbaik

Sebelum anda membuat sebarang pembelian makanan basah untuk kucing ini sebaiknya belilah dalam kuantiti yang sedikit dahulu supaya tidak rugi sekiranya si comel anda tak mahu makan.

Walaupun wet food premium dan harga mahal sekalipun, jika kucing tak mahu makan atau tiada selera pastinya anda akan rugi memandangkan anda telah membelinya dengan banyak.

Apa yang paling penting adalah kandungan dan bahan yang terdapat dalam makanan tersebut yang perlu diambil kira sebelum memberikan pada si comel serta sebelum anda membelinya.

Berikut adalah senarai jenama makanan basah yang biasanya terdapat di Malaysia serta sentiasa menjadi pilihan orang ramai untuk diberi makan kepada kucing samada kucing kampung atau jenis yang mahal.

Apakah sebab semua jenama ini sering dibeli? Adakah kerana kualiti, nutrisi yang berkhasiat atau kerana sebab tertentu yang lain? Jangan risau, kami dedahkan kenapa dan mengapa.

Sebenarnya, setiap makanan kucing yang dijual tentunya akan dibuat kajian terlebih dahulu sebelum ia dijual. Ini bermakna mereka telah berikan kucing makan dalam tempoh tertentu untuk melihat hasilnya.

1. Whiskas


Whiskas wet food

Sememangnya brand Whiskas amat dikenali di Malaysia dan ia antara yang paling bagus serta menjadi popular kerana kelebihan dan kebaikan makanan untuk kucing ini sangat disukai haiwan cute ini.


2. ProDiet


Cat wet food

Pro Diet mempunyai berbagai jenis perisa makanan basah khas untuk si comel serta ia juga sering dibeli dan banyak terdapat di mana-mana kedai dan pasar raya di negara kita, antara perisa tersebut adalah:

  • Fresh Tuna
  • Mackerel
  • Ocean Fish


3. Snappy Tom


Wet food terbaik untuk kucing dan anak

Jenama ini adalah yang paling banyak dijual serta dibeli oleh ramai pecinta kucing di negara ini malahan rata-rata review dan testimoni mengatakan ia paling terbaik dan sangat bagus untuk kucing.

Mungkin kerana harga yang murah menyebabkan Snappy Tom jadi pilihan dan perisa yang dikeluarkan pula menjadi kegemaran semua jenis kucing menjadikan ia produk paling terlaris di pasaran.


4. Love Cat


Makanan basah kucing terbaik di Malaysia

Ia didatangkan dengan tiga jenis variasi perisa yang cukup dikenali serta boleh dilihat ia dipasarkan di merata-rata tempat termasuk kampung serta semua bandar-bandar besar.

Jenama Love Cat yang mempunyai perisa menarik ini yang menjadikan ikan tuna bahan utama serta campuran bahan-bahan berkualiti dan resepi terbaik dengan rasa seperti:

  • Tuna Bonito Whole Loin in Jelly
  • Tuna Red Meat in Jelly Topping Chicken
  • Tuna Bonito Whole Loin in Gravy


5. Cindy's Recipe


Wet food cats

Jenama ini turut disukai oleh si comel dengan harga yang amat berpatutan dan banyak juga dijual secara online di laman Shopee dan Lazada dengan laris sekali.

Wet food Cindy's Recipe didatangn dengan berbagai jenis variasi dan perisa membuatkan selera kucing anda pasti bertambah untuk makan dan mencuba makanan jenis yang terbaru.


6. Sheba


Premium cat food

Makanan basah untuk kucing jenama Sheba yang diperbuat dengan kandungan daging lembu, makanan laut dan ayam ini sangat berkhasiat dan boleh menggemukkan kucing jika diamalkan berterusan.

Kenapa? Lihat saja resepi yang dinyatakan dan perisa yang diperkenalkan semua bahan-bahannya mempunyai kandungan zat yang diperlukan oleh si comel dan terciptanya perisa seperti berikut:

  • Tuna Fillet & Shirasu
  • Tuna & Salmon in Gravy
  • Tuna with Shredded Crab
  • Tuna & Snapper in Gravy
  • Tuna Fillet in Jelly
  • Succulent Chicken Breast with Salmon
  • Succulent Chicken Breast with Prawn
  • Succulent Chicken Breast
  • Flaked Tuna in Gravy
  • Tender Chicken Fine Flakes


Baca : Cara Membuat Makanan Basah Kucing di Rumah

7. Fussie Cat Premium


Contoh

Mungkin ramai yang telah tahu tentang makanan basah jenama ini kerana ia banyak dijual di klinik haiwan, pet shop dan pasar raya serta sememangnya ia menjadi kesukaan semua kucing yang pertama kali memakannya.

Ia mempunyai berbagai perisa dan jenis termasuk pembungkusan samada dalam tin dan paket menarik yang dijual dengan harga yang agak murah serta mampu dibeli oleh sesiapa sahaja.


8. Natural Balance


Makanan dalam tin

Makanan kucing dalam tin jenis ini juga hampir sama dengan semua jenis yang di atas dan sesuai untuk semua kucing termasuk anak kucing yang mempunyai berbagai jenis perisa dan rasa.


9. AvoDerm


Cat wet food

Pilihan rasa yang berpelbagai menjadi jenama ini agak menarik kerana terdapat perisa ikan laut, salmon dan daging ayam berserta dengan dos signature buah avocado daripada Amerika Syarikat iaitu California.


10. Monge


Anak kucing kampung

Monge Cat Canned Food ini juga tidak kurang hebatnya kerana selain harga yang berpatutan, makanan ini juga mempunyai khasiat dan protein yang sangat tinggi serta menjadikan jenama ini menjadi pilihan ramai.

Dikatakan semua jenis kucing boleh memakan semua jenis makanan basah yang terdapat di pasaran, tetapi samada suka atau tidak, ia berpandukan kepada selera setiap kucing masing-masing.


11. Royal Canin


Royal canin kitten

Makanan basah Royal Canin untuk kitten dan dewasa sememangnya amat berkhasiat dan kaya dengan zat penting yang diperlukan oleh semua si bulus dan hal ini menjadikan produk ini sedikit mahal harganya.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda berminat untuk mencuba wet food jenama Royal Canin, disarankan anda belikan paket atau tin yang kecil dahulu kerana dibimbangi anak kucing tidak suka atau tidak berselera makan.

Tetapi mengikut pemerhatian yang ditulis oleh ramai pembeli mengatakan, semua kucing termasuk kucing kampung pasti menyukainya kerana makanan yang dikhaskan untuk si comel ini pasti menambahkan selera mereka.

Bagi anda yang mementingkan berat badan seekor kucing serta ingin menggemukkan dengan cepat, Royal Canin adalah pilihan yang tepat kerana kandungan protein yang amat tinggi terdapat di dalam produk terbaik ini.

Ini tidak bermakna, produk daripada jenama lain tidak bagus atau tidak berkualiti tetapi anda sendiri boleh membezakannya daripada segi harga murah dan mahal serta kebaikan sesebuah produk itu sendiri.


Kesimpulan

Selain daripada beli makanan basah atau kering (Dry Food), anda boleh juga cuba buat sendiri dengan resepi-resepi tertentu yang bersesuaian dengan selera kucing dan lihat contoh wet food homemade tersebut.

Semoga perkongsian senarai makanan basah yang terbaik untuk kucing ini dapat membantu serta memudahkan urusan anda untuk membuat pilihan yang manakah yang bagus untuk si comel anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog