Resepi Makanan Kucing Untuk Gemuk & Jimat (Basah & Kering)

Resepi makanan kucing untuk gemuk

Membela kucing yang betul adalah dengan cara memberikan makanan berkhasiat yang secukupnya sampai sihat atau gemuk disamping penjagaan yang baik serta turut memerlukan kos yang tinggi. Apa kata anda buat sendiri wet food tersebut di rumah?

Resepi makanan kucing amat ringkas dan jimat tidak susah nak sediakan kerana bahan-bahannya mudah didapati tetapi anda perlu menentukan samada makanan basah atau kering mengikut kesesuaian dan selera si bulus.

Ramai berpendapat makanan gemuk untuk si comel amat sesuai dengan gandingan ayam rebus dan guna labu, daging selain ikan serta ditambah dengan atau tanpa agar-agar dan guna telur yang mana ia akan menjadi lebih berkhasiat dan lazat.

Resepi Makanan Kucing Untuk Gemuk Homemade


Berikut beberapa resepi makanan kucing basah dan kering yang telah dikongsikan oleh ramai pengguna Facebook berserta dengan cara-cara menyediakannya di rumah dengan tujuan untuk berjimat.

Resepi Khas Untuk Bulu Lebat

Si bulus

Perkongsian daripada Tiara Liyana ini sangat menarik kerana katanya dengan resepi wet food ini bulu kucing akan menjadi lebat dan gebu gebas serta badan akan sado yang bermaksud sihat dan besar.

Lobak merah

Bahan-bahannya
  • 2 dada ayam
  • Daging 300 gram
  • Labu 7/8 ketul dipotong 3cm

Caranya sangat mudah hanya ayam rebus dan labu dan blend daging mentah seterusnya masukkan labu berserta ayam ke dalam blender. Siap dan boleh dihidangkan pada si comel anda itu.

Hidangan ini sangat sesuai dengan semua jenis kucing yang terdapat di Malaysia. Katanya kandungan makanan yang dibuat ini mampu bertahan selama 3 atau 4 hari yang dijadikan stok.

Ayam rebus dan labu

Menurutnya, jika anda inginkan kucing lebih gemuk dan bulu cantik, boleh juga berikan vitamin yang terbaik untuknya yang mana anda boleh mendapatkannya di laman Shopee dan Lazada.

Selepas 3 minggu memakan makanan yang disediakan itu serta diberikan vitamin dengan konsisten, berat kucing akan meningkat kepada 800 gram sehingga ke sekilogram selepas mengamalkan pemakanan resepi di atas.

Baca : 9 Jenis Makanan Yang Bahaya Untuk Kucing

Anda boleh dapatkan makanan basah dan kering yang terbaik serta berkualiti secara online dengan harga murah melalui pautan disediakan sebagai rujukan anda di laman Shopee dan Lazada.


Resepi Wet Food Untuk Seminggu

Cara buat makanan kucing guna labu dan ayam

Berikut adalah resepi wet food untuk kucing daripada Siti Hawa yang boleh dibuat sebagai stok untuk seminggu dan tak perlu nak buat berulang kali pada setiap hari dengan campuran agar-agar.

Caranya untuk menyediakan sangat mudah iaitu dengan dua bahan utama sahaja iaitu semestinya labu dan ayam serta agar-agar tali yang biasa kita gunakan untuk masakan di rumah.

Manfaat dan kebaikan ikan rebus

1. Rebuskan kedua-dua bahan tersebut dan blend bersama. Setelah siap dikisarkan, kemudian campurkan agar-agar yang perlu dimasakkan terlebih dahulu. Setelah siap masukkan agar-agar ke dalam campuran dan sejukkan.

2. Selain itu, campuran makanan kucing jenis ini boleh juga tanpa agar-agar sekiranya kucing anda tidak suka atau terpulang kepada diri kita sendiri samada nak campurkan atau tidak dan disimpan dalam peti ais.

3. Seekor ayam yang telah direbus seperti dalam gambar dapat dalam 7 bekas tupperware bulat yang boleh disimpan untuk jangka masa seminggu untuk si bulus. Siap boleh makan.

Resepi DIY Makanan Kucing

Berikut pula adalah resepi makanan kucing untuk gemuk dan bagus untuk bulu yang boleh bertahan selama hampir 3 minggu yang dikongsikan oleh Detik Cat House di laman sosial Facebook.

Bahan-Bahan

Dari ikan selayang dan tongkol

  • Ayam atau ikan
  • Lobak atau sayur labu
  • Agar-agar tali

Makanan sihat untuk kucing

1. Caranya sama saja dengan semua resepi di atas yang mana semuanya perlu dimasak dahulu kemudian ikan dan ayam perlu diasingkan tulangnya selain dicarikkan isinya atau boleh dikisarkan sahaja semuanya.

2. Agar-agar pula perlu dipotong halus kemudian direbuskan di dalam air rebusan itu tadi, selepas itu masukkan ikan atau ayam ke dalam periuk yang telah direbus agar-agarnya.

3. Apabila semuanya telah dicampurkan, boleh masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk disimpan di dalam peti sejuk supaya lebih tahan lama.

Nota : Sebenarnya, kucing amat suka makanan ini dan ia dikatakan lebih bagus daripada makanan basah yang boleh didapati di pet shop atau mana-mana kedai dan pasar raya.

Cara Buat Makanan Basah Untuk Kucing


Makanan basah dan kering

Bahan-Bahan
  • Ikan tongkol/Tuna/Ayam 1kg
  • Carrot atau labu
  • Agar-agar tali
  • Vitamin kucing (Optional)

Cara-caranya:

Untuk bulu cantik dan lebat

1. Bersihkan ikan dan rebus di dalam periuk sehingga masak sepenuhnya.

2. Asingkan isi ikan dari segala tulang. Jika ikan kecil anda boleh blender bersama tulang dan tapiskan.

3. Blend isi ikan tadi bersama labu atau carrot dengan menggunakan air rebusan ikan sehingga jadi hancur atau separuh hancur.

4. Apabila semua dah hancur masukkan isi ikan tadi dalam lebihan air rebusan dan masakkan seketika.

5. Masukkan separuh saja agar-agar tadi separuh lagi boleh disimpan untuk minggu akan datang. 1/2 agar-agar = 1 kg ayam atau ikan.

6. Masak agar-agar itu tadi sehingga hancur setelah itu boleh matikan api. Tuangkan ke dalam bekas dan tunggu sehingga jadi suam. Apabila suam boleh masukkan sedikit vitamin kucing ikut sukatan seperti 0.5 ML.

7. Sehari 5 hingga 6 kali makan bersamaan 3 sudu besar dan kos anggaran lebih kurang RM13 hingga RM15 untuk vitamin kucing. Perkongsian daripada Gatto Pet Centre HQ.

Baca : Cara Merawat Kucing Cirit Birit

Resepi Cat Wet Food Homemade

Mungkin ada yang bertanya mengapa kucing tak suka makan ikan yang direbus begitu sahaja malah langsung tiada selera untuk makan? Ini cara yang betul untuk menyediakan makanannya berasaskan ikan.

Selain dapat berjimat cermat, kucing akan jadi lebih sihat dengan memakan makanan yang penuh khasiat dan zat yang diperlukan oleh setiap si bulus yang ada di dunia ini.

Untuk jenis ikan pula, boleh guna apa saja jenis ikan yang kucing suka samada ikan selayang, kembung, salmon, tuna atau ikan tongkol yang dikatakan lebih bagus dari semua jenis ikan lain.

Bahan-Bahan
  • Ikan
  • Sayur bayam
  • Agar-agar

Cat wet food homemade

1. Bersihkan ikan, buangkan segala isi perutnya dan rebus sehingga masak.

2. Ambilkan isi sahaja manakala semua tulangnya diasingkan dan dicampurkan dengan ekor serta kepala kemudian dikisar tanpa isi. Seterusnya tapiskan hanya ambilkan air dari tapisan sahaja.

3. Untuk bayam pula selepas dicuci hingga bersih perlu direbus sekejap dan agar-agar juga rebus sehingga hancur sepenuhnya. Sukatan pula sekilo ikan bersamaan separuh sahaja agar-agar tali.

4. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan dan air tulang yang telah siap ditapis itu tadi berserta dengan sayur bayam ke dalam blender dan kisar menjadi separuh halus.

5. Tuangkan ke dalam bekas yang mempunyai agar-agar yang telah siap dimasak dan kacau sehingga sebati kemudian boleh dimasukkan ke dalam bekas makanan untuk disimpan. Perkongsian Azura Mohamed.

Biar gebu dan montel

Baca : Makanan terbaik Untuk Gemukkan Kucing dan Berbulu Lebat

Video Cara Buat Makanan Kering

Berikut adalah video perkongsian daripada YouTube yang berkongsi tentang resepi sihat untuk kucing dari jenis makanan kering dan wet food yang perlu anda tonton sehingga tamat tayangan.


Kesimpulan

Samada makanan basah atau makanan kering untuk gemukkan kucing, sebagai pecinta kucing kita wajib tahu apakah kandungan setiap makanan yang akan diberikan kepada binatang kesayangan ini, kenapa?

Kerana tidak semua makanan yang dijual di pasaran itu terbaik dan bersesuaian dengan si bulus dan mungkin ia akan memudaratkan kesihatannya dalam jangka masa panjang tanpa kita sedar.

Jadi, buat sendiri di rumah adalah jalan penyelesaian yang betul selain kita dapat memantau segalanya yang berkaitan dengan makanan kucing supaya ia terus sihat dan mempunyai bulu yang lebat dan cantik.

Semoga perkongsian resepi makanan kucing untuk gemuk dan berbulu menawan ini dapat membantu anda untuk menjaganya dengan baik sehingga boleh menggembirakan semua. - Bukit Besi Blog