Kucing cirit birit bukanlah perkara yang luar biasa tetapi ia menunjukkan bahawa si comel anda itu tidak sihat seperti biasa dan carilah cara untuk merawat si bulus dengan betul.
Sama juga seperti manusia kucing pasti akan mengalami cirit birit dan muntah serta ia berlaku secara tiba-tiba dengan punca yang kadangkala kita sendiri tidak pasti sebabnya baik yang dewasa atau anak.
Walau bagaimanapun, kebiasaannya perkara ini berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu perubahan dalam diet makanan atau termakan makanan basi, keracunan, minum susu, benda-benda yang tidak sepatutnya dan sebagainya.
Terkadang anda melihat kucing anda sihat dan bermain seperti biasa serta tiada tanda-tanda yang menunjukkan sebarang perubahan kepada dirinya yang menandakan dia tidak sihat.
Sebagai contoh anda memberi makanan daripada wet food jenama A kemudian menukarkan kepada jenama B yang mana ia tidak sesuai dengan si bulus anda itu.
Maka, terjadilah cirit birit kucing tersebut sehinggakan najis cair dan berbau busuk yang menandakan si bulus anda tidak normal sihatnya seperti biasa yang anda lihat dan ada juga yang tak nak makan.
Petua & Cara Merawat Kucing Cirit Birit dan Muntah
Kucing tidak sama dengan manusia yang mana manusia boleh menukar diet mereka secara tiba-tiba manakala kucing akan terkesan yang dapat dilihat daripada keadaan najis dan baunya.
Disebabkan itulah, sebagai pembela kucing, anda harus berhati-hati untuk memberikan makanan yang sesuai kepadanya agar tidak ia jatuh sakit dan tidak sihat.
Kebiasaannya pengilang pembuat makanan kucing yang berada di pasaran dapat mengaut banyak keuntungan lebih apabila melebihkan tepung dan sayur-sayuran sahaja dalam makanan kucing.
Malahan, ia mempunyai garam dalam kuantiti yang banyak yang akan memberikan masalah kepada kucing dalam jangka masa yang panjang seperti dapat penyakit batu karang dan lain-lain.
Cara yang terbaik untuk memberikan makanan yang bagus untuk kucing adalah dengan mengambil tahu isi kandungan makanan tersebut selain mendapatkan maklumat dari veterinar.
Secara asasnya yang berkaitan dengan makanan kucing adalah sekiranya anda memberikan sampah kepadanya, maka sampahlah nanti yang keluar pada najisnya.
Oleh itu, adalah penting untuk memastikan kucing anda memakan makanan yang berkualiti selain sesuai dengan keadaan kucing mengikut kemampuan anda sendiri.
Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kucing adalah sejenis haiwan karnivor yang memerlukan makanan yang mengandungi banyak protein daripada lain-lain.
Apa Yang Perlu Dibuat Sebelum Kucing Dihantar Ke Klinik
Jika kucing mengalami cirit birit air dan najis, anda perlu hentikan memberikan makanan kepada selama 24 jam jika kucing besar dan 12 jam sekiranya anank kucing.
Cara ini untuk memberikan ruang kepada sistem penghadaman kucing supaya dapat berehat. tetapi hanya makanan sahaja dan air perlu diberikan seperti biasa.
Selepas itu, barulah berikan makanan yang mempunyai kandungan 50% karbohidrat dan 50% protein supaya kucing mendapat tenaga semula selepas kehilangan banyak air dalam badan.
Diingatkan, jangan sekali-kali memberikan kucing sebarang jenis produk tenusu sekiranya ia mengalami cirit birit berpanjangan, ini bahaya untuknya.
Sekiranya, ia masih berlanjutan tanpa henti lebih daripada tiga hari, sebaiknya bawalah berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera sebelum terlambat.
Jika kos rawatan kucing pada anda membebankan, anda boleh cuba dengan cara dan petua untuk kucing cirit seperti saya kongsikan di bawah iaitu ayam rebus dan labu untuk kucing.
Ayam Rebus dan Labu Untuk Kucing
Apabila anak kucing saya mengalami sakit cirit birit, saya mencari info untuk nak merawat si bulus saya dengan menggunakan Google carian.
Akhirnya, saya terjumpa satu artikel nasihat daripada seorang pakar kucing yang mana menasihatkan saya rawat kucing dengan memberikan isi ayam dan labu yang perlu direbus.
Saya cuba berbuat demikian dengan merebus kedua-dua bahan-bahan tersebut dalam satu periuk tanpa memasukkan bahan lain seperti garam dan sebagainya.
Ayam rebus pula hanya diambil bahagian dada saja iaitu yang banyak isi tanpa tulang manakala buah labu pula hanya dua tiga potong kecil sahaja dan direbus.
Pada mulanya, saya bimbang sekiranya anak kucing saya tidak berselera memakan ayam rebus yang telah dicampurkan dengan buah labu yang dilenyek.
Sangkaan saya salah, selepas diberikan dan mulanya hanya dicium dan akhirnya anak kucing saya makan dengan lahapnya. Ini amat menggembirakan saya dan langsung tak sangka.
Dalam masa yang sama, si ibu atau kucing dewasa dan kucing-kucing lain turut inginkan makanan yang sama, saya berikan juga dan mereka makan sehingga habis dan licin.
Ayam rebus dan labu akan membuatkan najis kucing lebih mudah dikeluarkan selain melembutkan najisnya. Ternyata ia benar, dalam masa 24 jam anak kucing saya tidak lagi cirit dan sihat.
Selain guna petua di atas, anda boleh juga beli ubat cirit kucing secara online dengan harga yang sangat murah dan ada yang berharga RM2 sehingga RM10 setiap satu.
Namun, ubat cirit si bulus yang paling popular adalah jenis Kaopec yang boleh juga mengubati muntah, keracunan, demam dan selsema kucing.
Kami sediakan pautan yang menghubungkan anda kepada senarai ubat-ubat cirit anak kucing dan kucing dewasa yang paling terbaik di laman Shopee dan Lazada seperti di bawah.
Baca : Makanan Yang Bahaya Pada Si Bulus
Sila Berhati-Hati Dengan Dehidrasi
Ketika kucing sedang cirit birit, ia tentunya akan kehilangan banyak air di dalam badannya. Perkara ini boleh menyebabkan kematian kucing sekiranya mengalami dehidrasi yang amat teruk.
Sebagai pemilik kucing, anda harus berhati-hati dan sentiasa memantau keadaan kucing yang mana sekiranya ia mengalami dehidrasi tanda-tandanya adalah gusi kucing akan jadi kering.
Selain itu, anda boleh cuba untuk mencubit kulit kucing dan lihat keadaan kulitnya sama ada ia kembali pada kedudukan asal atau menjadi sebaliknya.
Sekiranya kulit kucing tidak kembali pada kedudukan biasa atau secara perlahan-lahan, ini menunjukkan kucing tersebut sedang mengalami dehidrasi.
Oleh itu, anda perlu menggalakkan kucing anda untuk meminum air dengan kuantiti yang banyak atau boleh meminta nasihat daripada doktor untuk mengatasi dehidrasi.
Jangkitan Bakteria Cirit Birit Kucing dan Anak Kucing
Jangkitan sejenis bakteria seperti Salmonella, E. coli dan Campylobacter Clostridia kebiasaannya akan berlaku terhadap kucing yang mempunyai imunisasi yang rendah atau kucing yang masih muda.
Simptom dan gejala ini biasanya akan berlaku cirit birit, kemurungan, tidak selera makan, muntah yang teruk termasuk demam secara tiba-tiba.
Untuk mengatasi masalah ini dengan cepat adalah bertemu doktor haiwan yang biasanya akan memberikan antiobiotik untuk menghilangkan gejala seperti ini.
Antara beberapa penyakit lain yang boleh terjadinya sakit perut dan cirit birit kucing yang biasa berlaku terhadap si bulus anda adalah seperti berikut:
- Kucing berjangkit Peritonitis
- Virus leukenia kucing
- Virus kucing immuno atau kekurangan
- Panleukopenia
- Virus korona kucing
- Kanser
- Toksin
- Penyakit buah pinggang
- kencing manis
- Penyakit usus
- Dan banyak lagi
Setelah berlaku cirit birit, kucing atau anak kucing biasanya akan hilang berat badan, ada juga tumbesaran terbantut, badan jadi lemah, gusi pucat, najis hitam, tak selera makan dan banyak lagi.
Terkadang ada sejenis parasit yang terdapat di dalam usus anak kucing yang menyebabkan kucing akan menderita akibat perkara ini.
Malahan, punca cirit juga terkadang disebabkan stress, tukar makanan, berubah tempat atau rumah selain tidak mempunyai daya tahan yang kuat seperti kata Kapten Pet.
Baca : Cara Hilangkan Bau Tahi Kucing
Rawatan Anak Kucing Cirit Birit
Dikongsikan juga perkongsian daripada pecinta kucing iaitu My Klinik Haiwan yang berkongsi tentang cara rawat anak kucing yang cirit birit melalui video daripada laman Facebook miliknya.
Kesimpulan
Jika kucing anda aktif tapi masih lagi cirit birit berterusan setelah anda memberikan makan ayam rebus dan labu, sebaiknya bawalah berjumpa veterinar sebelum terlambat untuk mengatasi masalah ini.
Berkemungkinan cirit birit kucing tersebut bukanlah yang biasa kerana ia masih berpanjangan, jalan terbaik adalah mendapatkan rawatan daripada doktor.
Semoga perkongsian cara merawat kucing cirit birit serta kenapa ia berlaku termasuk punca-puncanya akan dapat menambahkan lagi pengetahuan semua pecinta si bulus ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog