Masalah hancing dan najis yang busuk pasti akan dihadapi oleh mereka yang membela kucing di dalam rumah. Apakah petua dan cara untuk hilangkan bau tahi kucing dengan berkesan?
Sebenarnya, ada cara untuk menghilangkan bau najis atau elak kencing kucing yang biasanya ia buang secara berulang-ulang di mana-mana tempat. Lebih-lebih lagi berdekatan dengan tempat pembuangan yang asal.
Lebih geram ada kucing jantan yang suka berak merata-rata tak kira tempat dan masa, lagi sakit hati kalau yang sudah lama semua haiwan tersebut berperangai yang sama kalau dibela terlalu banyak.
Mungkin ada yang mempunyai pengalaman kucing betina berak merata dalam kereta, di atas tilam atau pun pada kasut, mesti geram nak marahkan? Jangan marah, kucing tak tahu apa-apa.
Sebagai tuan kepada kucing kesayangan, ketahui punca, sebab, kenapa dan carilah jalan untuk mengatasi hal ini yang sering berlaku kepada semua yang membela kucing, jangan salahkan kucing ya. Kesian dia.
Cara Hilangkan Bau Najis Kucing Dalam Rumah
Pecinta kucing yang mempunyai kucing yang ramai di rumah, diharuskan mengambil tahu tentang cara untuk mengatasi masalah bau najis kucing kerana perkara dan penyakit seperti ini pasti akan berlaku.
Dikongsikan petua dan kaedah yang terbaik untuk hilangkan bau-bauan yang tidak enak yang sering masuk ke hidung anda dengan beberapa pendapat yang mungkin berguna.
1. Cuka Makan dan Pewangi Kain
Pertama sekali, ambilkan beberapa titis cuka makan dan dicampurkan dengan sedikit pewangi kain kemudian satukan di dalam bekas penyembur. Goncangkan sehingga sebati.
Selepas itu, anda boleh semburkan di mana-mana kawasan yang telah dikotori dengan najis kucing dan pastikan anda mencucinya terlebih dahulu.
Kemudian, lihat hasilnya dan berkemungkinan ianya amat berkesan. Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan cara ini langsung tidak memberikan apa-apa keberkesanan.
Kenapa? Kerana ada jenis-jenis kucing yang tak makan saman kata orang, ia masih juga tetap membuang di kawasan tersebut tanpa menghiraukan bau pewangi dan cuka tersebut.
2. Serai Wangi
Jika anda boleh dapatkan produk serai wangi yang jenis semburan, anda boleh mencuba dengan kaedah ini kerana bau serai wangi juga dapat menghalang daripada bau busuk yang kuat atau guna arang.
Baca : 9 Jenis Makanan Yang Kucing Tak Boleh Makan
3. Pasir Kucing Terbaik
Pasir kucing ini terbukti sangat berkesan untuk menghilangkan bau tahi kucing yang amat busuk. Caranya dengan letakkan pasir ini di dalam tempat pembuangan najis kucing.
Apabila kucing melepaskan hajatnya pasti tiada lagi bau-bauan tersebut. Kerana produk pasir kucing yang seperti manik-manik ini menghalau bau tahi kucing dengan cepat.
Anda boleh dapatkan di Shopee atau Lazada dan mungkin juga ia ada dijual di pasaraya atau Pet Shop tertentu di Malaysia.
Untuk dapatkan pasir ini anda perlu klik butang di bawah untuk melihat dengan lebih jelas tentang harga dan informasi berkaitan.
Baca : Senarai Pasir Kucing Paling Terbaik
4. Real Litter
Produk ini lebih kurang dengan pasir kucing yang diterangkan di atas yang mana fungsinya sama cuma harga dan kualiti agak berbeza.
Anda boleh klik pautan di bawah untuk melihat tentang maklumat dan harganya sama ada anda mampu untuk membeli atau tidak.
5. FifiLitter Premium
Antara banyak-banyak pasir kucing yang dapat menghilangkan bau najis, produk Fifilitter adalah yang terbaik menurut pengguna yang telah membelinya.
Ia didatangkan dengan nama yang seiring dengan kandungannya iaitu FifiLitter Premium Multi-cat Carbon with Silica yang dijual di laman Shopee dan Lazada.
Berkaitan dengan harga pula, sememangnya produk ini agak mahal daripada yang lain. Namun, kualiti produk ini telah terbukti berkesan dan paling bagus sepertimana yang ditulis pembeli sebelumnya.
Baca : Makanan Kucing Terbaik Untuk Gemuk dan Bulu
6. Fur Grow-Up
Mungkin dah banyak anda cuba nak hilangkan bau tahi kucing dalam rumah tapi sampai sekarang tak pernah menjadi dan berjaya, Fur Grow-Up dapat membantu.
Saya tidak ada sebarang kaitan dengan produk ini, hanya sekadar berkongsi info yang dirasakan berguna untuk anda atasi masalah najis kucing yang anda hadapi.
Produk FGU ini didapati sangat berkesan untuk hilangkan bau najis kucing yang mana dengan menggunakan semburan wangi sahaja sepertimana yang diterangkan dalam video di bawah.
Penghapus Bau Najis Kucing Terbaik
Anda boleh dapatkan penghapus bau najis kucing dengan berbagai jenama yang mana kebanyakannya sangat berkualiti serta menjadi pilihan ramai pecinta si comel ini, ada yang jenis spray repellent, deodoran dan sebagainya.
Sebagai rujukan, sila lihat pautan yang disediakan di bawah untuk memudahkan anda membuat pilihan atau sekadar melihatnya adakah ia bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal dan rumah.
Semoga perkongsian cara untuk hilangkan bau tahi kucing di rumah yang dihadapi oleh ramai pecinta kucing akan dapat membantu anda semua menyelesaikan masalah ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog