Biasanya kekerapan menukar pasir kucing adalah dua kali seminggu, namun semua ini berpandukan kepada situasi sekiranya si bulus anda sangat kerap membuang dan cat litter perlu ditukar untuk keselesaan.
Sesetengah pasir yang khas untuk kucing membuang najis, ada yang dapat meresap bau serta apabila najisnya banyak tiada lagi sebarang bauan yang tidak menyenangkan, apa pilihan anda?
Adakah daripada jenis pasir kucing yang murah atau harga yang mahal tapi sangat membantu. Sebenarnya, cat litter mempunyai berbagai jenis dan anda perlu memilih yang mana satukah paling terbaik.
Samaada kucing kampung atau yang dibeli dengan harga tinggi, ia wajib mempunyai cat litter supaya dapat menjaga persekitaran rumah dan demi kesihatan si comel serta tuan rumah itu sendiri.
Tetapi, bagi anda yang tinggal di kampung atau kawasan halaman rumah yang mempunyai tanah dan pasir, mungkin anda tidak perlu lagi membeli pasir untuk pembuangan najis kucing.
Bagi anda yang tinggal di bandar, pasir kucing sememangnya diperlukan serta carilah yang bagus biarpun harganya sedikit mahal tetapi sangat bernilai dan tiada sebarang masalah di masa depan.
10 Pasir Kucing Terbaik di Malaysia (Cat Litter Sand)
Cat Litter mempunyai bermacam jenis dan yang biasa digunakan oleh orang Malaysia hanya 5 jenis daripada sepertimana yang dibincangkan dalam forum Cat Lover iaitu:
- Silica Gel / Crystal Cat Litter
- Clay atau Bentonite
- Pine Wood
- Soya Cat Litter
- Paper Cat Litter
Pasti ramai yang memilih cat litter dari jenis bau yang sedap dengan mengetepikan tentang harga murah atau mahal kerana dengan bauan yang bagus dikatakan mampu menghilangkan dan menyelesaikan masalah tersebut.
Bagi anda yang mementingkan bajet atau mempunyai masalah kewangan tentunya akan membeli jenis-jenis pasir yang murah berpandukan kepada kemampuan serta yang berkualiti tetapi yang manakah yang sesuai?
Adakah jenama popular dan harga yang mahal paling bagus atau yang mana satu menjadi pilihan anda? Walau apa sekalipun yang anda pilih, sila dapatkan yang bersesuaian dengan kucing dan anda sendiri.
1. ECO Natural Pine Wood
Pasir kucing yang sangat mudah larut dalam air ini didatangkan dengan pek seberat 20 kg setiap satu yang diperbuat daripada kayu pokok pine 100 tanpa mempunyai habuk yang boleh hilangkan bau najis kucing.
Apa yang menarik dan kebaikan cat litter jenama ini adalah bau yang segar, sangat ringan dan boleh dibuang kr dalam lubang tandas serta ia cepat larut dalam air tanpa menghadapi masalah lubang atau saluran tersumbat.
2. King Star Fresh Crystal
Pasir kucing terbaik yang berbentuk kristal yang diperbuat daripada gel silika ini amat bagus kerana ia bebas daripada toksik serta tidak beracun sekiranya kucing terpijak atau termakan manik-manik ini.
Lebih menarik ianya mampu menyerapkan bau-bauan serta boleh tahan selama sebulan sekurang-kurangnya. Perkara ini sangat bagus untuk anda yang ingin berjimat dan menjaga masalah kewangan.
3. Pawtnership Flushable & Aromatic Tofu
Cat litter jenis seperti ini sangat terbaik untuk anda yang kurang mempunyai masa untuk menukar pasir kucing kerana ia sangat wangi bau semerbak satu rumah dan boleh flush ke dalam lubang tandas.
Untuk pengetahuan anda, ia mempunyai 4 jenis yang berbeza boleh dipilih mengikut citarasa anda sendiri dan amat sesuai untuk anda yang tinggal di perumahan pangsapuri, flat atau aparment kerana ruangan yang terhad.
4. Kit Cat Clump Charcoal
Jenama Kit Soya yang diperbuat daripada hampas soya secara 100% menjadikan pasir kucing ini sangat menarik dan lain daripada yang lain serta selamat digunakan tanpa sebarang masalah kerana ia mesra alam.
Selain itu, serapan pasir kucing hampas soya ini lebih kurang tiga kali ganda daripada jenis tanah liat biasa dan sangat mudah larut di dalam air yang boleh dibuangkan ke dalam lubang tandas dan bilik air.
5.Care Cat Bentonite
Pasir kucing yang diperbuatkan daripada tanah liat Betonite ini agak berbeza dengan cat litter lain yang mana ia berkualiti tinggi berserta dengan keupayaan serapan air dan menghilangkan bau dengan berkesan.
Apabila pasir ini tersentuh dengan cecair air kencing kucing atau sebarang kotoran lain ia dengan mudah menjadi gumpalan kerana proses mengasingan berlaku dan akan memudahkan untuk dibuang tanpa pembaziran.
Baca : Cara Menghilangkan Bau Tahi Kucing di Rumah
6. Fussie Cat Scipable
Dengan tekstur yang lembut serta halus yang dibuat daripada tanah liat menjadikan produk pasir kucing ini amat baik untuk kucing dewasa atau kitten kerana kelembapannya dapat elakkan daripada tenggelam ke dasar bekas.
Malahan, ia tidak akan memudaratkan kucing anda seperti sesetengah pasir kucing yang tidak berkualiti dengan mempunyai habuk serta sebarang kotoran yang amat jauh berbeza dengan jenama terbaik ini.
7. Sanlin Premium 10 Kg
Dengan harga yang amat murah, jimat dan tahan lama, jenama Sanlin sering menjadi perhatian ramai di lama Shopee dan Lazada bukan kerana itu sahaja tetapi keunikan produk ini ada gaya tersendiri.
Kelebihan dan kebaikannya adalah kerana wangian pasir kucing ini sangat kuat dan berbau harum semerbak berserta dengan kadar penyerapan dengan cepat dan berkesan ditambah dengan anti bakteria dan kuman.
8. Real Litter Mutli Cat Families
Apabila bau najis dan air kencing yang hancing pastinya menusuk ke hidung setiap orang yang berada di dalam ruang yang sama dan Real Cat Litter Multicat ini sangat hebat menyelesaikan masalah tersebut.
Diformulasikan dengan khas untuk selesaikan isu bau yang busuk serta menolong semua pemilik kucing dengan fungsi anti bakteria sepenuhnya serta mengawal pembiakan sebarang virus jahat dalam bekas pasir berkenaan.
9. Dr. Elsey's Ultra Premium Clumping
Kebanyakkan jenis pasir kucing diperbuat daripada tanah liat yang berkualiti tinggi dan ini termasuk dengan jenama ini yang tidak kurang hebatnya dengan gabungan butiran pasir sederhana khas untuk litter box.
Dengan fungsi yang sama dengan keseluruhan cat litter, ia juga dapat mengatasi masalah kelembapan yang biasanya terdapat di dalam bekas dan ringan apabila nak dibersihkan.
10. Purina Tidy Cats Pure Nature Clamping
Fungsi serapan yang cepat menjadikan ianya antara yang terbaik dengan diperbuat daripada bahan alternatif lain seperti jagung, serbuk pain dan cedar yang membantu memudakan proses pembersihan dengan berkesan.
Kebersihan rumah pasti terjamin tanpa sebarang bau yang tidak bagus apabila pasir kucing jenis ini dapat menyerap segala bau najis dan air kencing kucing dengan segera.
Baca : Cara Merawat Anak Kucing Yang Cirit Birit
Maklumat Tambahan
Jika semua brand pasir kucing di atas tidak memenuhi kehendak serta keperluan anda, sila lihat pautan yang dikongsikan untuk memudahkan anda membuat pilihan atau mendapatkan dengan mudah. - Facebook
Kesimpulan
Sebenarnya, masih banyak jenis pasir-pasir kucing dijual di pasaran dengan harga yang berbeza-beza serta bahan buatan yang berlainan, namun semua jenis yang dikongsikan di atas adalah antara menjadi pilihan ramai.
Jika masih was-was untuk menggunakan setiap satu daripadanya adakah sesuai atau sebaliknya, anda disarankan membeli dengan jumlah yang sedikit dahulu untuk percubaan agar tak mengalami kerugian di masa depan.
Setelah anda mencuba, pasti anda akan dapat jawapan yang mana satukah jenama the best cat litter di Malaysia, ketika itulah anda akan beli dengan jumlah yang banyak atau dengan penuh keyakinan demi si comel.
Semoga perkongsian senarai pasir kucing yang terbaik dan bagus ini dapat membantu serta memudahkan anda untuk membuat pilihan serta dapat menyelesaikan permasalahan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog