Artikel ini berkongsi tentang bagaimana cara nak bayar bil elektrik TNB secara online dengan menggunakan kaedah yang mudah tanpa perlu bersusah payah untuk beratur di kaunter bank atau pejabat pos.
Zaman sekarang semuanya hanya di hujung jari dengan menggunakan internet dan ini termasuk dengan semua jenis pembayaran samada bil air, bil TNB, insurans, road tax dan sebagainya tanpa perlu guna cara manual.
Semua jenis pembayaran kini boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai aplikasi atau melalui akaun bank iaitu sistem perbankan online bagi semua jenis bank yang terdapat di negara Malaysia.
Ini termasuk untuk pembayaran bil bagi perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad yang menyalurkan penggunaan elektrik ke semua jenis rumah, premis dan bangunan untuk kegunaan penting dalam kehidupan seharian.
Jika anda masih tidak tahu apakah cara mudah untuk membuat pembayaran bil TNB dengan menggunakan telefon samada menerusi aplikasi khas MyTNB, melalui laman web rasmi dan juga portal bank terpilih.
Berikut kami kongsikan cara-caranya samada secara atas talian dengan menggunakan komputer atau telefon bimbit, kaedah manual yang perlu pergi ke kaunter dan juga dengan menggunakan cek yang perlu dipos.
Cara Membayar Bil TNB Secara Online Dengan Mudah
Untuk pengetahuan, kaedah pembayaran bil elektrik TNB sangat banyak samada dengan cara manual atau secara atas talian seperti yang disenaraikan di bawah dan anda boleh memilih yang mana bersesuaian.
1. Aplikasi MyTNB & Self Service Portal
Pembayaran jenis ini menerusi laman web rasmi TNB iaitu di https://mytnb.com.my atau dengan aplikasi MyTNB seperti dalam video berikut.
2. Cawangan Kedai TENAGA TNB
Anda perlu pergi ke kaunter Kedai Tenaga yang terdekat dengan cara pembayaran samada dengan menggunakan kredit kad, debit kad, wang tunai, chequ dan sebagainya.
3. Aplikasi e-Wallet
Bayaran guna e-Wallet mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri seperti diberikan diskaun serta reward point berpandukan jenis aplikasi yang dipilih dan aplikasi tersebut adalah seperti berikut:
- Boost e-Wallet
- Touch N G eWallet
- Shopee Pay
- Lazada Apps
4. JomPAY
Hampir kesemua bank yang terdapat di Malaysia mempunyai perkhidmatan pembayaran semua jenis bil menerusi JomPAY dengan syarat anda mempunyai akaun online banking seperti Maybank2u, MyBSN, Bank Islam dan lain-lain.
5. Pejabat Pos
6. Auto Payment
Kemudahan untuk pembayaran Auto Pay TNB juga amat mudah dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ditolak pada setiap bulan berpandukan kepada jumlah keseluruhan bil elektrik TNB anda.
Untuk membuat pendaftaran pembayaran automatik, anda perlu DOWNLOAD borang Auto Pay PDF yang disediakan oleh pihak TNB dan isikan semua maklumat dikehendaki, kemudian email kepada autopay@tnb.com.my.
7. Direct Debit
Untuk kaedah ini, ia hampir sama seperti kaedah Auto Payment yang mana bayaran bil berpandukan jumlah bayaran bil elektrik dan akan ditolak melalui akaun bank seperti bank-bank berikut:
- Maybank Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- CIMB Bank
- Agro Bank
- HSBC Bank
- Public Bank
- Bank Islam
- Bank Rakyat
Baca : Cara Semak Bil Elektrik Guna Aplikasi MyTNB
8. Auto Teller Machine (ATM)
Bayaran dengan menggunakan ATM, anda perlu ke bank untuk buat bayaran di Mesin Juruwang Automatik yang terdapat di semua jenis bank di Malaysia.
9. Cash Deposit Machine (CDM)
Melalui CDM juga hampir sama dengan menggunakan mesin ATM di bank.
10. Kaunter Bank atau Third Party
Cara ini anda perlu pergi kaunter bank dan ia agak membuang masa kerana terpaksa beratur atau menunggu nombor giliran kaunter.
11. Internet Banking Payment Online
Kaedah ini adalah yang paling cepat, mudah dan sangat selamat dengan hanya login ke akaun bank yang anda ada dan isikan maklumat bil elektrik dan terus bayar dengan penolakan dari akaun bank sendiri.
12. Phone Banking
Pembayaran dengan kaedah ini adalah menggunakan Payment Kiosk yang disediakan oleh pihak TNB dan ia hanya terdapat di mana-mana Kedai Tenaga di seluruh Malaysia.
13. Cheque Via Post
Bayaran dengan menggunakan cek yang berpalang perlu dibayar kepada Tenaga Nasional Berhad dan perlu menulis nombor akaun TNB pemilik di belakang setiap cheque yang ingin diposkan kepada Ibu Pejabat TNB negeri.
14. Pay Quick Kiosk
Pembayaran bil elektrik juga boleh dibuat menerusi kiosk PayQuik yang terdapat di Malaysia dengan cara pembayaran wang tunai sahaja dan lokasi kiosk boleh didapati di laman https://www.payquik.my.
Kesimpulan
Perkongsian di atas didapati daripada laman rasmi Tenaga Nasional Berhad dan mungkin masih ada kaedah lain yang tidak disenaraikan di sini, anda boleh komen sekiranya perlu dikongsikan kepada semua orang.
Diharap maklumat berkaitan dengan cara bayar bil TNB online ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan yang berkaitan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog