Resepi Roti Canai Homemade Lembut Rangup dan Simple Sedap

Resepi roti canai

Roti canai boleh dijumpai di mana saja di restoran, kedai mamak dan gerai-gerai di Malaysia. Cara nak buat makanan istimewa ini sangat mudah jika tahu kaedah dan resepi yang menjadikan ia sedap gebu, lembut dan rangup.

Ada yang berpendapat resepi original untuk menyedapkan adalah dengan campuran telur, marjerin mentega dan susu pekat, namun semua itu tidak menjanjikan hasil yang memuaskan, jadi apa rahsia tersembunyi sebenarnya?

Untuk dapatkan roti canai homemade yang rangup di luar dan lembut di dalam dengan kaedah yang betul serta menjadi macam di kedai dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khabbab Jamalludin.

Perkongsian resipi ini telah mendapat sambutan dan perhatian ramai warganet di laman sosial yang mana ramai yang memuji serta turut mencuba di rumah dengan ribuan share dan comment yang menunjukkan ia sangat sedap.

Cara Buat Roti Canai Homemade Lembut dan Rangup


Cara buat roti canai lembut dan rangup

Mungkin ada yang tanya mengapa roti yang dibuat jadi keras selepas goreng, untuk pengetahuan berkemungkinan puncanya adalah disebabkan kurang air yang dicampurkan dengan bancuhan susu.

Sekiranya anda ingin hasil yang memuaskan serta dapat makan dengan penuh kesedapan, sila ikuti tutorial berikut berserta langkah-langkah yang dipaparkan dalam video di bawah.

Buat sendiri di rumah lebih puas hati malahan kebersihan dan kesucian roti itu lebih terjamin serta dapat jimatkan kos dan boleh makan satu keluarga atau disedekahkan kepada jiran tetangga.

Untuk resepi ini beliau menggunakan 1 kg tepung gandum dengan hasil roti canai sebanyak 30 sehingga 35 keping keseluruhannya, manakala dalam video pula sebanyak 2 kilogram dan modal hanya RM15 sahaja.

Jika anda ingin buat dalam kuantiti yang sedikit, sila kurangkan bahan. Seperti contoh untuk setengah kilogram makan mentega setengah sudu dan terpulang kepada citarasa anda sendiri.

Bahan-Bahan

Untuk Tepung Bahan A

  • 1kg tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur ayam

Bahan B Untuk Bancuhan Air

  • 520 ML air masak
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu air berkarbonat
  • Sedikit marjerin
  • Minyak untuk goreng

Kenapa guna air berkarbonat? Kerana fungsinya dapat kembangkan sedikit adunan supaya ia lebih lambut dan tetap lembut walaupun selepas frozen dan dimasak semula.

Manakala, sedikit marjerin seperti dinyatakan di atas dalam Bahan B adalah untuk proses lumur dengan bola roti.

Cara Membuat

Lembut dan Rangup

1. Untuk Bahan A, anda perlu gentel dan selepas selesai proses tersebut, masukkan pula Bahan B separuh atau sedikit demi sedikit perlahan-lahan dan uli guna tangan sehingga ia menjadi doh.

2. Jika Bahan A tak cukup, jangan tambah tepung sahaja tetapi perlu ditambah dengan tepung yang telah digentel dengan marjerin berserta telur seperti dinyatakan di atas.

Perkara ini sama seperti Bahan B jika tak cukup, jangan ditambah air sahaja tetapi dengan air bancuhan mengikut sukatan gula dan susu pekat yang sama.

3. Apabila Bahan A dan Bahan B telah sebati sepenuhnya, cara untuk tahu adalah dengan melihat doh atau tepung yang telah diuli itu menjadi licin serta tiada tepung yang melekat di tangan atau dalam bekas.

Untuk menguli memerlukan sedikit kesabaran dan perlu dibuat dengan slow and steady penuh bersemangat berserta dengan hati yang ikhlas untuk menyediakan roti canai ini dan hasilnya pasti menjadi dan sedap.

4. Apabila telah siap diuli dalam jangka masa dari 15 sehingga 20 minit sebelum dibulatkan doh tersebut, ada dua kaedah untuk menjadikan ia bulat iaitu dengan cara berikut:

A. Jika ada yang membantu untuk lumurkan marjerin dan kita bulatkan serta yang tugasnya untuk membulatkan tak boleh pegang marjerin kerana nanti ia susah untuk dibentuk.

B. Jika kita seorang diri yang membuatnya, lumurkan tapak dulang yang ingin diletakkan bebola tersebut dengan marjerin dan basuhkan tangan selepas memegang marjerin. Mungkin sedikit keliru tetapi cuba fahamkan.

Setelah itu, buatlah sehingga doh habisdan letakkan marjerin di sekeliling bebola tersebut dan simpankan aduna roti canai itu sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ia ditebar dan digoreng.

5. Konsep menebar adalah dengan menekan bebola tersebut sehingga menjadi leper dan tarik secara perlahan dengan menggunakan dulang yang telah diterbalikkan macam zaman dulu-dulu.

Nak guna permukaan rata juga tidak ada masalah seperti marble besar atau tile juga boleh. Apabila nak tebarkan tak perlu letakkan minyak di atas meja nanti susah nak tarik sebabnya jadi licin.

Marjerin yang telah dilumur sebelum sudah cukup untuk menjadikan doh tersebut tidak melekat dengan permukaan yang akan kita tebar itu nanti.

Satu lagi, tak perlu pandai pun nak tebar dan tugas ini sebenarnya sangat mudah dan proses ini adalah untuk menjadikan ia nipis serta mudah untuk anda goreng nanti.

Walau bagaimanapun, jika anda pandai menebar tentunya anda boleh buat bisnes atau jual sendiri di gerai dan sebagainya, Pastikan resepi roti canai anda sedap dan rangup tentunya ramai yang akan makan dan beli.

6. Untuk menggoreng, anda perlu balik-balikan cukup 2 kali sahaja, pertama di atas kuali untuk hilangkan putih adunan dan selepas itu untuk masak tunggu sehingga garing jadi coklat kemudian balikkan, angkat.

7. Sekiranya adunan anda ada lebih dan sudah tak larat nak makan, anda boleh buat sendiri yang frozen dengan menyimpan di dalam peti ais sebaiknya dilapikkan dengan plastik supaya tak melekat.

Apabila nak makan nanti pastikan ia dikeluarkan daripada peti sejuk serta perlu hilangkan sejuk beku tersebut dahulu sebelum anda menggoreng dan makan seperti sebelumnya.


Resipi Roti Canai Tanpa Telur


Guna marjerin tanpa telur

Berikut adalah perkongsian daripada Puan Azura Yusoff yang berkongsi bagaimana belia membuat sendiri roti canai tanpa telur dan hasilnya tetap sedap dan dimakan satu keluarga di rumah.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengolahkan resepi roti canai ini mengikut cara sendiri dengan mencuba atau try and error, pastinya nanti ia menjadi dan mana tahu boleh buka bisnes sehingga maju.

Bahan-Bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sudu kecil penuh garam
  • 1 sudu besar pelembut roti
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat
  • Air sejuk peti gm 500 sugar
  • Air panas 3 sudu besar

Cara-Cara Penyediaan

1kg 3 bahan

1. Masukkan garam, gula dan susu pekat berserta air panas mengikut sukatan seperti yang dinyatakan dan kacau sehingga ia sebati dan sekata sehati sejiwa.

2. Masukkan tepung gandum dan kacaukan sehingga larut dan masukkan pelembut roti dan kacau lagi sehingga ia sekata.

Cara tebar

3. Kemudian masukkan pula air sejuk dari peti ais sedikit demi sedikit dengan sukatan cawan atau dalam bekas tersebut seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

4. Selepas itu, uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Kemudian bulatkan doh menjadi kecil dan lumurkan dengan mentega dan seterusnya simpan di dalam bekas kedap udara selama 6 sehingga 7 jam.

Resipi roti canai mamak frozen sukatan cawan

5. Setelah itu bentukkan doh sehingga ia menjadi sedap dan letakkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng separuh jika nak disimpan atau goreng sepenuhnya sekiranya nak dimakan terus. Simple kan?

Macamana selepas anda tengok resepi di atas, mudah dan senangkan nak buat? Yang penting kena rajin kalau nak cuba masak sendiri dan semestinya perlu ada semangat dan kesungguhan, kan?

Baca : Resepi Pizza Roti Gardenia Tanpa Oven

Rujukan Resepi


Kesimpulan

Sebenarnya, cara buat roti canai lembut yang mudah dan sedap tak susah kalau betul-betul ikut setiap langkah dalam resepi yang dipaparkan di sini, silap haribulan boleh buat berniaga di tepi jalan dan viral.

Lebih menarik lagi, anda boleh olahkan dengan idea kreativiti sendiri seperti pakar masak terkenal seperti Che Nom, Mat Gebu, Azie Kitchen dan ramai lagi yang membuatnya dengan cara tersendiri.

Namun, ada juga yang mencubanya dengan menambahkan bahan serta tanpa susu pekat, tanpa marjerin, tanpa telur dengan hanya menggunakan sukatan cawan tetapi tetap sedap, lembut dan rangup.

Diharap perkongsian resepi roti canai 1kg tepung gandum ini dapat membantu serta memudahkan tugas anda untuk menyediakan masakan ini di rumah atau di mana sahaja, semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog