PCH Sorting Centre Shopee Express (Alamat Lokasi & No Tel)

PCH Sorting Centre

Setiap hari semakin banyak carian di internet tentang di mana lokasi sebenar PCH Sorting Centre yang biasanya berkaitan dengan tracking status penghantaran barang atau parcel melalui Shopee Express yang tidak dapat dikesan.

Perkara ini menunjukkan terlalu banyak barangan yang masih tersangkut (stuck) di stesyen sorting center seperti PCH, U10 dan seumpamanya yang membuatkan pengguna gagal mengesan tempat dan kedudukannya.

Sebagai pelanggan yang membuat pembelian online di laman terbesar ini dan terpaksa menggunakan perkhidmatan penghantaran Shopee Express, anda perlu tahu di mana ia berada supaya parcel berkenaan tidak hilang begitu saja.

Kerana kami juga berdepan dengan masalah yang sama dan sedang mencari kat mana lokasi PCH Sorting Center ini, di sini dikongsikan beberapa maklumat yang mungkin dapat membantu.

Di Mana Lokasi PCH Sorting Centre Shopee Express


Shopee Express

Melalui kajian, perkongsian pengguna di laman Facebook dan pelanggan yang mempunyai isu yang sama, ramai menyatakan bahawa lokasi PCH adalah Puchong Hub Shopee Express iaitu di negeri Selangor Darul Ehsan.

Walau bagaimanapun, kami juga ada menghubungi talian Shopee Express customer service centre di nombor telefon +603-27779222 tetapi tiada jawapan kerana waktu itu talian sibuk (engage).

Google Map dan Alamat Puchong Hub


Berikut adalah alamat lengkap lokasi Hub Express Puchong yang berkait dengan PCH Sorting Centre Shopee Express berserta dengan Google Map dan GPS koordinat berdasarkan nombor latitude dan longitude.


HUB EXPRESS PUCHONG
1-12, Jalan BK 5A/2B,
Bandar Kinrara 5,
47180 Puchong, Selangor.

Contact Number
+6012-550 2931

Waktu Operasi
Setiap Hari 9.00 am - 5.00 pm

PERHATIAN, perlu diingatkan bahawa lokasi sorting centre ini belum tentu tepat dan perkongsian peta pula hanya daripada pencarian serta kajian yang kami lakukan untuk mencari jawapan.

Tetapi jika diperhatikan pada alamatnya dan nama tempat, berkemungkinan inilah PCH Sorting Centre yang menguruskan penghantaran barang milik Shopee.

Baca : Lokasi U10 Sorting Centre

Kesimpulan

Kami sangat faham dengan situasi ini iaitu menunggu barangan yang dibeli sepatutnya sudah sampai dan diterima mengikut waktu yang ditetapkan tapi sehingga sekarang sudah berminggu atau berbulan masih berada PCH ini.

Mungkin juga kerana terlalu banyak barang sehingga tiada ruang kosong di gudang atau sebagainya menyebabkan delivery service terbantut serta perlukan lebih banyak masa untuk menghantarnya.

Jika anda tidak berpuas hati dengan tracking result yang dipaparkan selepas menjejak parcel dan inginkan maklumat lanjut, sebaiknya hubungi pusat khidmat pelanggan Shopee Express atau melalui nombor telefon Puchong Hub.

Diharap perkongsian tentang kat mana lokasi sebenar PCH Sorting Centre Shopee Express ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mencari maklumat atau tracking status penghantaran barang. - Bukit Besi Blog