Cara Simple Buat Sambal Belacan Sedap Resepi Berniaga

Sambal Belacan

Jika anda suka makan sambal belacan bersama nasi putih dan ulam-ulaman, boleh buat sendiri di rumah dengan ikuti cara buat dan resepi rahsia yang menjadikan ia sedap macam makan di restoran Thailand.

Sememangnya cili dan belacan tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu yang mana ia menjadi menu harian walaupun sekadar sambal digandingkan dengan ulam-ulaman samada mentah atau yang direbus serta dicicah.

Sebenarnya, resepi sambal belacan sedap berpandukan kepada bahan-bahan yang dimasukkan dan kami ingin kongsikan bagaimana ia dibuat walaupun simple tetapi pasti anda akan berselera selepas memakannya.

Oh ya, sambal belacan mempunyai bermacam versi dan style mengikut negeri seperti di Kelantan, Kedah, Terengganu, Sarawak dan juga cara orang siam yang boleh kita jumpai di mana-mana restoran Thai.

Ada yang jenis goreng, tumbuk, blender atau kisar, tomato, ikan bilis, udang kering, limau kasturi, cili kering serta ada juga tanpa belacan yang mana pendapat kami kurang kesedapannya jika tiada bahan utama.

Cara Buat Sambal Belacan Sedap Resepi Berniaga


Resepi Sambal Belacan

Untuk pengetahuan, zaman sekarang ramai pakar masak yang mempunyai idea dan kreativiti tinggi mengolahkan resepi sambal belacan dengan cara tersendiri seperti Che Nom, Azie Kitchen dan sebagainya.

Begitu dengan cara masak samada goreng kering kering, tumis, belacan dibakar, ditambahkan dengan cuka, asam jawa, campur tempoyak dan banyak lagi. Namun kami kongsikan resepi seorang peniaga yang power.

Sambal Belacan Simple Untuk Bisnes


Cara buat sambal belacan

Perkongsian cara buat sambal belacan simple dan sedap untuk jualan nasi campur oleh Puan Yayar B. Awang Noh telah mendapat perhatian ramai kerana hampir 10 tahun beliau berniaga dan pelanggannya amat suka makan.

Penyediaan sambal belacan berikut dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan dan jika anda ingin buat di rumah untuk sehari, sila kurangkan bahan-bahan yang ditunjukkan supaya lebih jimat dan tak membazir.

Bahan-Bahan

Ala Thai tahan lama

  • Segenggam cili api merah
  • Segenggam cili api hijau
  • Segenggam cili merah besar
  • Selabu bawang besar saiz sederhana
  • Dua ulas bawang putih
  • Belacan sebesar ibu jari
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar garam
  • Satu sudu kecil Ajinomoto
  • 4 sudu besar cuka makan

Cara Membuat

Tumbuk dan blender

Untuk dapatkan rasa yang lebih sedap, belacan, bawang putih dan bawang besar perlu dibakar terlebih dahulu dan inilah rahsia tersembunyi yang menjadikan bisnes beliau laris dan laku setiap hari.

Kemudian, tumbuk dan sebaiknya kisarkan semuanya dan terpulang samada nak hancur keseluruhan atau sekadar pecah-pecah, yang pastinya rasanya sangat luar biasa seperti yang dikatakan oleh mereka yang dah cuba.

Tips tambahan sekiranya nak makan untuk kegunaan sehari, boleh kisarkan bersama air masak dan jika untuk disimpan dalam jangka masa yang lama, campurkan dengan cuka makan, tapis dan kisarkan untuk yang seterusnya.

Resepi Sambal Belacan Thai (Siam)


Style Terengganu simple

  • Segenggam cili padi merah dan hijau
  • 1/2 bawang merah saiz besar
  • 1/4 keping nisan atau gula melaka
  • Selabu bawang putih jeruk
  • 2 inci belacan

Melaka Kelantan Johor

Blend semua bahan yang disebutkan di atas dengan apa jenis alat pengisar, kemudian tambahkan bahan-bahan berikut:

  • 2 sudu besar cuka
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar gula
  • Sedikit Ajinomoto
  • Sedikit air masak

Air jangan terlalu banyak nantik sambal akan jadi cair, kuantiti garam dan gula serta pak aji mungkin boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa anda sendiri tetapi inilah bahan ala orang siam.

Setelah dikisar sehingga hancur, hidangkan bersama nasi putih panas berserta ulam-ulaman kemudian perahkan sehiris dua limau nipis atau limau kasturi, siap dan boleh makan.

Baca : Style Orang Kelantan

Rujukan Info dan Images


Akhir Kata

Air asam jawa boleh digantikan dengan cuka tetapi sambal belacan tak akan bertahan lama, mungkin sehari dua sahaja. Anda boleh olahkan semua bahan yang dikongsikan dan lihat hasilnya nanti sedap atau tak.

Diharap perkongsian resepi sambal belacan simple sedap ala Thai dan rahsia orang berniaga ini dapat membantu anda menyediakan makanan ini dengan mudah dan cepat, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog