![Perkhidmatan Telekomunikasi Terbaik Cara share kredit Celcom](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBCtScfhPetBagq_-UrfRDVRywxyF3lkYkHHUFzFVptSIPkeW4R8_TJzFyYPcEN1sguFwq-EocV7Irh5Ixxr323shuH0j6xzi10DlVop31ezTbe_gXgOl-6g2BxuS5qoR8Ep5Qz8oIwHCDMzoc3OzyUFOn0ZBM50eh-kYsBJ6A-oqG9VV0hd8sET8nRw/s1600-rw/telco.png)
Apabila seseorang yang berada dalam situasi kecemasan memerlukan kredit segera untuk telefon yang menggunakan perkhidmatan talian Celcom, anda perlu transfer dan share topup segera agar dapat terus guna hp samada untuk cara sms dan buat panggilan.
Lebih parah lagi, sekiranya anda berada di kawasan pedalaman di mana tiada kedai atau tempat yang menjual prabayar telefon dan perkara ini pasti merungsingkan semua pengguna yang menggunakan talian telefon 24 jam.
Jadi, untuk menyelesaikan perkara seperti ini kami kongsikan bagaimana cara untuk share topup kredit sekiranya diminta oleh kenalan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja serta anda boleh berkongsi perkara ini jika nanti anda menghadapi situasi seperti ini.
Semua Telco yang terdapat di Malaysia mempunyai cara yang berbeza untuk kongsi kredit topup dan pada kali ini kami hanya tumpukan kepada pengguna Celcom sahaja manakala untuk perkhidmatan lain di masa akan datang.
3 Cara Transfer Kredit Topup Celcom
Dengan cara berikut anda boleh transfer kredit seberapa banyak amaun yang anda mahukan, walau bagaimanapun, anda perlu pastikan anda mempunyai kredit yang cukup sebelum share kepada orang lain.
Request Kredit Prepaid
Anda boleh juga request kredit daripada orang lain seperti ahli keluarga lain untuk diberikan kepada si polan yang memintanya daripada anda dengan cara taip contoh berikut: RQ RM5 hantar kepada 10191234567.
Perkhidmatan Nombor USSD
Untuk share topup dari pengguna Celcom ke Celcom, anda hanya perlu dail *365*3# dan pilihkan nombor 1 untuk transfer dan kirimkan kredit kepada nombor yang diminta.
Melalui SMS (Sistem Pesanan Ringkas)
Taipkan RM diikuti dengan jumlah atau amaun yang ingin dihantar. Berikut adalah contoh sebenar: RM
Baca : Kaedah Semak Nombor Telefon Rangkaian TELCO di Malaysia
Kongsi Kredit Guna Celcom Life Apps
Jika anda mempunyai aplikasi Celcom Life di telefon android atau iPhone, transaksi share topup ini lebih mudah dengan hanya masukkan jumlah dan nombor telefon penerima, itu sahaja dan contohnya seperti dalam gambar di bawah:
1. Buka aplikasi Celcom Life dan di muka depan paparan, sila klik pada RELOAD seterusnya klik OTHERS, kemudian paparan seterusnya adalah untuk anda transfer kredit kepada seseorang dengan memasukkan nombor telefon dan jumlah kredit.
2. Setelah itu, tick pada box agreement dan klik CONFIRM, anda akan menerima nombor pengesahan melalui SMS dan masukkan nombor tersebut, selesai.
Proses penghantaran kredit akan berjaya sekiranya anda mempunyai jumlah kredit yang cukup, malahan anda juga akan menerima SMS yang menyatakan ianya berjaya atau tidak. Sila download apps jika belum ada di Google Play Store untuk Android dan App Gallery untuk iPhone.
Untuk pengetahuan anda, ketika artikel ini ditulis, Celcom sedang menganjurkan peraduan Credit Share & Win RM10K yang mana anda perlu buat transaksi kongsi prepaid sebanyak 3 kali dalam seminggu untuk melayakkan anda memenangi hadiah untuk peraduan tersebut.
Kesimpulan
Diharapkan perkongsian bagaimana cara share topup kredit Celcom di telefon ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog