Resepi Ayam Percik Kelantan Kuah Putih Paling Sedap

Ayam Percik

Ayam percik sememangnya banyak dijual di pasar malam dan bazar Ramadhan bila tiba bulan puasa. Anda akan buat sendiri tak perlu beli lagi bila dah tahu resepi rahsia dari Kelantan dan cara untuk menyediakannya supaya jadi paling sedap tak terkata.

Ramai pakar masakan yang mengolahkan makanan ini dengan menjadikan kuah atau sosnya menjadi merah, putih dan sebagainya. Begitu juga cara bakar ayam samada secara manual atas bara api, guna oven dan menggunakan air fryer yang kini semakin popular.

Jika anda sedang mencari resepi ayam percik ala Kelantan yang paling sedap dan mudah, ini cara-caranya yang viral dikongsikan oleh pengguna Facebook seperti Ben Safwan, Elvianna El-Zahra dan beberapa orang lagi.

Cara Buat Ayam Percik Kelantan Simple & Mudah


Cara buat ayam percik

Berikut adalah resepi warisan turun temurun daripada Ben Safwan yang menyatakan resepinya ini adalah daripada ibunya sendiri serta bahannya pula untuk ayam yang seberat 1.3 sehingga 1.8 kilogram.

Bahan-Bahan Ayam Percik

Resepi ayam percik Kelantan

  • 6 ulas bawang putih sederhana
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 sudu makan ketumbar
  • 1/2 sudu makan jintan manis
  • 2 sudu teh garam

Cara- Cara Membuat

Cara buat kuah putih

1. Kisarkan semua bahan di atas sehingga hancur dan lumat kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk lalu digaulkan dengan ayam. Ketukkan dua batang serai lagi dan tambahkan 100ML air dan 100ML santan pekat.

2. Untuk dapatkan rasa yang lebih sedap lagi, rebuskan ayam menggunakan api yang sederhana supaya ia jadi half cook atau separuh masak. Tutupkan periuk lebih kurang dalam masa 20-30 minit.

3. Kata Ben, dia guna pressure cooker jenama Philips dan 15 minit sahaja dah dapat hasil yang sangat cantik dan mungkin periuk automatik yang lain timing berbeza, jadi sila berikan perhatian tentang ini.

Tips Untuk Dapat Hasil Yang Cantik

Petua untuk ini adalah dengan 3 kali salutan kuah ayam percik iaitu selepas dibakar dengan arang seketika, sapukan kuah pada ayam pada kedua-dua bahagian dan letak semula di atas sekejap sahaja dan balik-balikkan.

Teruskan langkah ini sebanyak 3 kali. Kata orang, sebaiknya guna asap-asap sahaja dan jangan terlalu lama. Sekiranya lama sangat, kuah percik akan menjadi kering dan hangit maka hasilnya spoil semuanya.

Resipi Kuah Putih Ayam Percik

Resipi ayam percik viral

  • 6 ulas bawang merah saiz 20 sen
  • 1/2 sudu makan ketumbar disangai
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1/2 inci belacan
  • 1/3 inci hirisan halia
  • 2 ulas bawang putih kecil

1. Kisarkan kesemuanya dengan menggunakan sedikit air iaitu dalam kuantiti 50ML air dan tuangkan dalam periuk diikuti dengan 600 ML ibu santan Farm Fresh, perahkan sehiris asam limau nipis.

2. Masukkan pula dua sudu makan gula, dua sudu teh garam, 1/2 sudu makan serbuk perasa. Masakkan di atas api yang sederhana dan pastikan selalu kacau supaya ianya tidak berketul.

3. Apabila ia nampak berbuih dan naik wap, ini bermaksud telah siap, boleh tutupkan api. Untuk pengetahuan, tidak perlu guna tepung bagi memekatkan kuah kerana ia akan menganggu rasa kuah ayam percik yang sebenar.

Baca : Resepi Ikan Percik Terbaik

Video Ayam Percik Putih Resepi Pantai Timur

Berikut adalah video perkongsian daripada channel YouTube Fatin Anuar yang berkongsikan resepi ayam percik kuah putih style orang pantai timur iaitu negeri Terengganu dan Kelantan yang sememangnya terkenal sejak zaman dahulu kala.


Rujukan Gambar & Resepi

Kesimpulan

Senang kan nak buat? Hanya perlukan sedikit kerajinan dan masa yang sesuai untuk menyediakannya. Samada berkuah putih atau merah berserta dicampurkan dengan madu, anda yang tentukan kerana selera setiap orang berbeza-beza mengikut citarasa masing-masing.

Walau bagaimanapun, pelbagai cara dan resepi ayam percik boleh didapati dan rasa juga berlainan berpandukan bahan seperti cara orang Thai, dari negeri Johor dan sebagainya mempunyai perbezaan.

Diharap resepi ayam percik simple kuah putih dari Kelantan ini dapat membantu anda untuk menyediakan juadah ini bersama keluarga. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog