Sebenarnya, cara nak buat sos black pepper yang sedap tapi simple sangat mudah tanpa perlu bersusah payah campurkan dengan segala bahan yang pelik tetapi dengan resepi rahsia yang dikongsikan ini, anda pasti puas hati macam beli di kedai iaitu brand Prego, Kimball dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, sos lada hitam ini juga viral di laman sosial yang dibuat oleh ramai pakar dan blogger seperti Azie Kitchen, Khairulaming, Che Nom dan ramai lagi yang biasa menjadi perhatian ramai netizen.
Jika anda sedang berfikir nak rasa sos black pepper homemade yang mana perlu diikut cara-caranya, kami kongsikan salah satu daripadanya yang mendapat perkongsian orang ramai dengan ribuan share di Facebook.
Resepi Sos Black Pepper Viral
Puan Afy Al Habibi sememangnya amat dikenali serta mempunyai kedai sendiri di portal online Shopee. Bagi anda yang ingin mendapatkan hasil air tangan daripadanya bolehlah terus melihat sendiri di kedainya Cikgu AfyAlHabibi Shop.
Katanya, resepi sos black pepper yang dikongsikan ini telah viral dan gambar-gambar makanan ini telah jadi tular ke merata pelusuk di Malaysia serta ramai yang memuji akan keenakkannya.
Cara Untuk Membuatnya
1. Pertama sekali panaskan 3/4 sudu Planta di atas api yang sederhana kecil. Masukkan seulas bawang putih yang telah pun diracik halus dan tumiskan sehingga naik baunya.
2. Masukkan satu tin sos spaghetti keju dan pilihlah daripada botol yang berwarna kuning seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Saiz yang paling kecil seberat 250 gram sahaja seterusnya tambahkan air suam satu cawan dan lebihkan jika nak pekat.
3. Masukkan sesudu besar serbuk cheese dan ia optional terpulang kepada citarasa masing-masing. Walau bagaimanapun, sekiranya ada ia akan menjadi semakin sedap.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan mengikut kesesuaian warna sekiranya anda inginkan ia lebih menjadi gelap. Diingatkan jangan guna kicap masin. Itu pantang utama.
5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam yang telah dikisar. Masukkan juga 3/4 sudu kecil dan masukkan sedikit demi sedikit sebagai langkah berjaga-jaga jika tidak ia akan terlalu manis dan kacaukan sehingga ia sebati.
Baca : Resepi Chicken Chop Grill
6. Tutupkan api setelah semuanya rata dan anda telah berpuas hati dengan hasilnya.
Simple saja kan resepi sos black pepper homemade viral daripada Puan Afy Al Habibi ini? Semestinya ramai yang telah mencubanya dan katanya ia terlalu sedap sehingga menjilat jari sendiri.
Kebiasaannya, sos lada hitam boleh dimakan dengan berbagai jenis makanan seperti burger, chicken chop, lamb chop, meatball, kentang goreng, bbq dan sebagainya. Tentunya selera kita akan bertambah dengan adanya sos ini.
Rahsia Lamb Diperap
Puan Afy juga berkongsi rahsia bagaimana cara untuk memerap daging kambing dengan betul. Katanya, sekiranya tidak kena dengan perasanya, rasa daging itu nanti akan hambar, jadi beliau kongsikan di sini.
Bahan Perapan Untuk Daging Kambing 3 Keping
- 1 senduk sos lada hitam
- 3 sudu kicap lemak manis
- 3 sudu sos tiram
- 1 sudu besar Mixed Herbs
Untuk sukatan adalah mengikut anggaran sahaja yang mana ianya lebih kurang berpandukan kepada kuantiti daging serta mengikut citarasa dan kesesuaian. Seterusnya adalah seperti berikut:
1. Panaskan sedikit Planta dan grill daging sehingga ia menjadi half cook atau separuh masak.
2. Selepas itu, layurkan seketika daging kambing di atas api gas untuk hasilkan bau aroma yang sedap.
3. Siap sedia untuk dihidangkan dengan sos blackpepper marvelous katanya.
Cara Buat Sos Lada Hitam
Berikut adalah tutorial bagaimana untuk anda buat sos lada hitam di rumah melalui video daripada Channel YouTube Dapo Emi yang turut menunjukkan langkah demi langkah lengkap dengan semua bahan utama.
Terima kasih kepada Puan Afy Al Habibi kerana tidak kedekut ilmu dan memberikan kepada semua orang secara percuma. Yang pastinya resepi ini tiada di mana-mana atau mungkin juga tetapi berbeza cara dan bahannya.
Semoga perkongsian cara nak buat sos black pepper yang sedap dimakan dengan pelbagai masakan ini dapat membantu serta memudahkan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog