1001 Cara Mesej Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon

Cara hantar mesej Whatsapp tanpa save nombor telefon

Zaman sekarang penggunaan talian telekomunikasi seperti aplikasi Whatsapp adalah satu keperluan dan nak hantar mesej sesiapa sahaja sangat mudah dengan cara save nombor terlebih dahulu kan dalam telefon?

Sebenarnya, ada kaedah yang mudah untuk menghantar mesej Whatsapp tanpa perlu simpan nombor contact di dalam semua jenis telefon yang terdapat di Malaysia dan seluruh dunia.

Anda tak perlu lagi simpan semua nombor-nombor yang tidak penting semata-mata untuk menghantar pesanan ringkas tersebut. Situasi ini biasanya berlaku apabila kita berurusan dengan penjual dan sebagainya.

Jadi, untuk memudahkan urusan anda untuk menghubungi sesiapa sahaja dengan menggunakan aplikasi ini, kami kongsikan bagaimana ia dibuat dengan cara yang sangat-sangat mudah tanpa perlu peningkan kepala.

Cara Hantar Whatsapp Tanpa Perlu Simpan Nombor Telefon


Apabila setiap kali nak hubungi orang-orang yang tertentu seperti peniaga atau seseorang yang hanya dikenali untuk sementara, kita perlu simpan contact tersebut, akhirnya nombor semakin banyak.

Di bawah adalah beberapa cara yang mudah nak hantar mesej Whatsapp dengan gunakan nombor telefon saja tanpa perlu edit atau meletakkan nama seseorang untuk menghubungi mereka.

Easy Message App


Cara whatsapp tanpa simpan nombor

1. Layari laman website https://easymessage.app

2. Seterusnya masukkan nombor telefon yang kita nak mesej.

3. Klik START dan CHAT WHATSAPP, itu saja. Jika anda gunakan PC, sila klik CONTINUE TO CHAT dan pilih USE WHATSAPP WEB dan jika handphone, secara automatik akan terus masuk ke telefon anda.

Selain itu, jika anda tak mahu save link atau susah nak ingat pautan Easy Message App, anda boleh download apps ini di telefon Android di Google Play Store atau iPhone di Apple Apps Store.

Wasap.my


Cara mesej wasap

Penggunaan Wasap.my semakin popular di Malaysia yang mana kebanyakkan penggunanya adalah daripada mereka yang buat bisnes bagi memudahkan komunikasi dan menghubungi atau dihubungi dalam perniagaan yang dijalankan.

Lebih menarik, ada dua cara yang boleh digunakan tanpa perlu save contact iaitu menukar nombor telefon kepada perkataan iaitu seperti nama bisnes anda atau apa saja perkataan yang anda mahukan.

1. Anda perlu register terlebih dahulu di http://system.wasap.my jika nak guna cara ini seperti yang dipaparkan di dalam gambar dengan klik pada Create Account dan masukkan semua maklumat yang diminta.

2. Kemudian, boleh teruskan tujuan anda dengan klik pada ADD LINK, seterusnya masukkan nama, perkataan atau domain yang menjadi pilihan seperti contoh Nama Saya dan jadinya https://namasaya.wasap.my.

3. Seterusnya, masukkan nombor telefon Whatsapp anda sendiri dengan contoh 60123456789, pastikan ianya mempunyai kod negara di hadapan. Anda boleh masukkan ayat lain di dalam Pre-Filled Text jika perlu.

4. Kemudian tekan SUBMIT. Anda juga boleh mengubah nombor telefon sekiranya anda mempunyai nombor Whatsapp yang lain begitu juga di bahagian ayat untuk prospek yang anda ingin mesejkan itu.

Wa.Me


Cara buat link whatsapp tanpa nombor untuk bisnes

1. Cara ini yang paling mudah rasanya dan sangat mudah nak ingat iaitu dengan hanya menaip URL https://wa.me di browser Chrome samada di PC atau telefon kemudian tanda '/' diikuti dengan nombor telefon penerima mesej.

2. Contoh seperti berikut https://wa.me/60123456789. Kemudian paparan berikut akan menanyakan anda Open Whatsapp, klik saja Continue To Chat dan teruskan perbualan anda.

Jika anda masih tidak faham dengan penerangan melalui pembacaan di atas, dikongsikan juga video tutorial dari Channel YouTube Encik X yang menunjukkan cara yang paling mudah untuk menghantar mesej.


Baca : Cara Download Video Tik Tok Tanpa Watermark

Browser Chrome, Firefox ETC


How to whatsapp without saving number

Cara hantar mesej Whatsapp tanpa perlu save nombor telefon dalam Phonebook anda ini agak berbeza dan rasanya mudah daripada yang lain kerana tak perlu download aplikasi tapi hanya taip di browser saja.

Anda boleh gunakan semua jenis browser yang ada seperti Google CHrome, Firefox, Safari, Samsung, Microsoft Edge dan sebagainya dengan mengikut langkah-langkah yang berikut samada di HP atau PC:

1. Pergi ke pautan https://api.whatsapp.com/send?phone=[contact-number] diikuti dengan nombor telefon yang anda nak mesej, contoh: https://api.whatsapp.com/send?phone=0191234567 seterusnya tekan enter.

2. Itu saja, seterusnya klik OPEN atau CONTINUE TO CHAT, dan mulakan mesej sepertimana anda menghantar mesej di Whatsapp pada kenalan, keluarga dan sesiapa sahaja. Mudahkan?

Kesimpulan

Sebenarnya, masih banyak lagi kaedah dan cara untuk menghantar mesej Whatsapp dengan tidak menyimpan nombor di telefon samada melalui website atau aplikasi, namun senarai di atas adalah hanya beberapa saja yang biasanya digunakan.

Anda hanya perlu taip saja di Google carian dengan keyword "Whatsapp without save number", kemudian beratus-ratus yang akan keluar, hanya pilih saja yang mana berkenan dan sebaiknya pilihkan yang termudah.

Selain itu, anda boleh cari aplikasi-aplikasi yang sesuai di Google Play Store untuk Android manakala di Apple Store Gallery untuk iOS, iPad, Iphone dan sebagainya.

Diharap perkongsian cara hantar mesej Whatsapp tanpa perlu save nombor ini dapat membantu serta memudahk urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog