1001 Cara Download Video Tik Tok Tanpa Watermark di HP dan PC

Cara download video Tik Tok tanpa watermark

Anda sedang mencari cara nak download video Tik Tok tanpa watermark dan aplikasi di telefon android, iphone ios dan laptop tapi tak tahu bagaimana kaedah yang terbaik atau masih tertanya macamana nak buat?

Kami ada solusi untuk perkara ini dan yang penting anda perlu lihat satu persatu perkongsian ini. Malahan ia sangat mudah untuk diaplikasikan samada di hp atau di komputer, semudah ABC semuanya guna website daripada Google.

Yang penting, cara ini sangat cepat tanpa menghabiskan masa serta tak perlu kuota internet yang laju. Namun, ia mungkin menjadi perlahan jika anda download dengan kuantiti yang banyak, apa sekalipun berpandukan kepada kelajuan talian anda.

Ketika ini tahun 2022, aplikasi Tik Tok yang berkongsi video sesama pengguna terus menjadi pilihan orang ramai di seluruh dunia sehingga mengalahkan syarikat gergasi terbesar iaitu Google termasuk negara Malaysia.

Untuk makluman, aplikasi ini juga telah di install Play Store beratus juta kali dengan pelbagai review yang positif yang disampaikan oleh peminatnya dari pelbagai negara berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan app ini.

10 Cara Download Video Tik Tok Tanpa Watermark


TikTok Downloader

Sememangnya, perkongsian video yang dipaparkan di laman Tik Tok bersifat pelbagai sehingga ada yang menghiburkan hati semua, viral, maklumat yang bermanfaat dan sebagainya yang boleh di download dengan percuma.

Berbagai cerita dan kisah yang ditayangkan secara percuma oleh Tik Tok creator yang mana boleh dilihat dengan karya yang berkualiti serta dengan kreativiti tinggi yang menjadikan ianya sebagai pendapatan harian atau bulanan.

Jika anda sedang mencari cara donwload video Tik Tok dengan mudah samada tanpa watermark, guna website, downloader atau tak guna aplikasi untuk disimpan di telefon atau komputer, kami kongsikan bagaimana ia dilakukan dengan cepat serta anda boleh juga tukar kepada Mp3, Mp4 dan banyak lagi.

Sebelum anda download video yang terdapat di Tik Tok, perlu diketahui tidak semua video yang boleh anda muat turun jika pemiliknya tidak mengizinkan pengguna menggunakan hak milik peribadinya, namun tidak semua begitu.

Untuk pengetahuan, kaedah dan caranya hampir sama untuk download video di YouTube, Facebook, Twitter dan Instagram tetapi yang berbeza di Tik Tok terdapat watermark pada setiap video yang akan anda download nanti.

Berikut beberapa laman website pihak ketiga yang popular boleh anda gunakan untuk download video yang menggunakan link atau URL yang perlu diambil di aplikasi Tik Tok kemudiannya di muat turun, itu sahaja dan antaranya adalah:

  • Snaptik.app
  • Qload.info
  • Download Video Tik Tok
  • Tikmate.online
  • Ttdownloader.com
  • Ssstik.io
  • Savett.cc
  • Tikmate.app
  • Downtik.com
  • Bigbangram.com
  • Lovetik.com
  • Tiktokfull.com

Baca : Kaedah Nak Muat Turun YouTube Video

Senarai Aplikasi TikTok Downloader

Berikut pula adalah aplikasi Tik Tok Downloader Without Watermark yang perlu anda install di hp android atai iPhone IOS, anda boleh buat pilihan yang manakan sesuai, walau bagaimanapun, senarai di bawah adalah yang pernah digunakan.

  • SnapTik
  • Tmate
  • TikTok No Watermark
  • Super Fast
  • Application Dev Studio
  • TikDown
  • ETM Video Downloader
  • SnapTok
  • SnapTik No Logo

Snap-Tik-Tiktok Downloader No Watermark


Cara Muat Turun Video Tik Tok Tanpa Aplikasi


Di bawah ini adalah video tutorial bagaimana anda boleh download video yang terdapat di laman TikTok tanpa menggunakan aplikasi yang boleh dibuat di komputer atau laptop peribadi yang dikongsikan oleh Channel YouTube NDRZRO.

Baca : Cara Menukar Background Google Meet

Kesimpulan

Semua website downloader dan aplikasi untuk download video Tik Tok yang tersenarai di atas menggunakan cara yang sama iaitu perlu ada link atau pautan daripada laman sosial TikTok sebelum anda memuat turun.

Sebenarnya, masih banyak lagi cara lain yang boleh dibuat untuk dapatkan video tanpa nama, tulisan atau logo di TikTok seperti melalui Telegram, Add On Mozilla, Google Chrome Extension dan sebagainya, malahan ada resolution video yang cantik berkualiti HD.

Diharap perkongsian cara untuk download video di TikTok tanpa watermark ini sedikit sebanyak dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog