Mungkin anda sedang tercari-cari bagaimana cara nak download video dari YouTube atau Facebook secara online percuma dengan mudah tanpa menggunakan aplikasi di laptop, Android, iPhone atau ingin jadikan sebagai audio Mp3 tapi masih tak tahu kaedah yang terbaik untuk tujuan itu.
Zaman sekarang, serba-serbi berkaitan dengan video samada untuk dijadikan pengiklanan perniagaan atau untuk segala macam hal peribadi dan sebagainya yang menjadi satu kemestian dalam kehidupan sehari-hari.
Walau apa pun tujuan anda, untuk mendapatkan video movie dan Mp4 sangat mudah samada tak guna aplikasi serta melalui komputer perisian Windows dan Mac OS, ianya semudah ABC dan free. Tak percaya? Sila perhatikan sampai habis artikel ini.
Cara Download Lagu, Movie & Video Di YouTube Tanpa Aplikasi
Bagi anda yang pertama kali tahu tentang ini pastinya excited sebab sangat senang tak perlu bersusah payah atau menggunakan data internet di telefon yang kuat untuk download video tersebut.
Muat Turun Online Via Website Di Laptop
Terdapat banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan untuk download video dari YouTube malahan boleh dikatakan semua laman media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tik Tok dan lain-lain.
Loader.To
Menerusi website ini, anda boleh terus muat turun video daripada YouTube dengan mendapatkan link URL di YouTube samada guna PC atau telefon bimbit, copy and paste link di dalam laman loader.to seterus pilih format dan download. Itu saja.
Lebih menarik, sehingga artikel ini ditulis, ketika anda klik muat turun untuk mendapatkan video, tiada sebarang paparan iklan dan kebanyakan portal yang menawarkan servis percuma mempunyai pop up iklan secara tiba-tiba.
Savefrom.net
Masih sama seperti website Free YouTube Downloader Online yang lain, laman savefrom.net (ssyoutube.com) sememangnya popular kerana kualiti video yang cantik berserta dengan pelbagai format yang boleh ditukar samada MP4 dan WEBM mengikut pilihan anda.
Caranya juga sama, anda perlu copy URL dan masukkan ke dalam ruangan yang disediakan kemudian klik pada butang download seterus result akan terpapar dan anda perlu pilih format atau resolusi (resolution) yang dikehendaki.
Guna Browser Chrome, Mozilla & Microsoft Edge
Cara ini juga amat mudah untuk muat turun semua jenis video durasi pendek atau panjang dengan hanya install extension untuk Google Chrome, di Microsoft Edge dan Add On di Mozilla, seterus boleh terus download secara online dan automatik.
Mozilla Firefox
Untuk dapatkan Add-On di Firefox Browser, anda boleh layari pautan https://addons.mozilla.org dan taipkan YouTube Downloader di ruangan search Find Add-Ons, semuanya akan terpapar dan anda perlu install serta ikut arahan.
Microsoft Edge
Untuk browser ini pula, sila klik pautan berikut https://microsoftedge.microsoft.com, masih juga sama dengan taip perkataan yang sama di ruangan Search All Add-Ons, senarai tersebut akan kelihatan dan sila buat pilihan.
Google Chrome
Pasti ramai pengguna yang menggunakan browser Chrome yang sememangnya amat popular di seluruh dunia. Semua browser caranya sama sahaja dan sila terus ke pautan ini https://chrome.google.com dan buat carian.
Baca : 10 Aplikasi Video Editor Terbaik
Untuk Mac OS
Sekiranya anda menggunakan iMac atau Macbook dengan perisian Mac OS, cara terbaik untuk download video YouTube movie menggunakan peralatan ini adalah dengan melalui aplikasi 4K Downloader.
- Sila ke portal 4K Video Downloader
- Install dan muat turun softaware sehingga tamat
- Klik Open perisian ini
- Dapat URL YouTube atau FB
- Paste link di ruangan disediakan
- Pilih saiz dan format video
- Akhir sekali klik Download, selesai
Sebenarnya, masih banyak lagi YouTube Downloader yang boleh digunakan untuk Macbook atau Mac OS, antaranya seperti berikut yang memaparkan 12 senarai yang terbaik yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan kelebihan masing-masing:
- YouTube Premium
- Wondershare
- ClipGrab GPL
- iTube Studio
- Airy Video Downloader
- Softorino YouTube Converter 2
- MacX
- PullTube For Mac
- YTD Downloader
- Best Converter Traits
- QnA
- WinX HD
Selain mendapatkan video daripada YouTube menggunakan semua downloader di atas, anda boleh juga convert atau tukar video kepada Mp3 dan pelbagai format dan saiz lain seperti yang ditunjukkan dalam senarai setiap satu aplikasi yang dipilih, malahan ada yang sangat bagus dan berkualiti.
YouTube Downloader Untuk Android & iPhone
Berikut pula adalah senarai aplikasi yang terdapat di Google Play Store untuk Android dan Apple App Store untuk iPhone yang boleh anda install untuk muar turun video menggunakan telefon bimbit.
- Snaptube
- Instube
- Vidmate
- NewPipe
- YouTube
- Videoder
- ArkTube
- YT3 Downloader
- TubeMate
- YMusic
Cara untuk dapat semua app di atas hanya dengan taip setiap aplikasi yang dikehendaki di ruangan Search pada setiap Gallery Store mengikut jenis telefon dan lihat review serta pilih yang disukai.
Baca : Cara Tukar Latar Belakang Google Meet
Senarai Video Yang Boleh Dimuat Turun
Sekadar berkongsi serba sedikit tentang senarai yang sering dicari oleh ramai pengguna yang biasanya nak muat turun video-video seperti di bawah untuk ditonton samada di rumah menggunakan Smart TV, PC dan HP:
- Movie best
- Lagu dan Music
- Cerita wayang
- Kartun
- Drama Bersiri
- Tutorial
Kesimpulan
Hari ini, semua jenis video yang terdapat di YouTube termasuk cerita panjang, anda boleh download dengan mudah dan edit tetapi harus diingat tidak semua video yang anda muat turun itu boleh digunakan semula atau dikongsikan kerana setiap satu mempunyai hak cipta terpelihara atau copyright.
Jadi, sila berhati-hati sebelum download secara percuma daripada laman YouTube, Facebook dan sebagainya. Namun, sekiranya untuk kegunaan peribadi, mungkin tak mengapa. Apa sekalipun, tepuk dada tanya selera.
Semoga perkongsian kaedah dan cara download video dari YouTube ini sedikit sebanyak dapat membantu serta memudahkan urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog