10 Aplikasi Edit Video Percuma Terbaik (Android & iPhone App)

Download aplikasi edit video terbaik android

Mungkin ramai yang tahu banyak aplikasi edit video percuma yang terbaik boleh di download untuk kegunaan smartphone seperti android, iphone dan juga komputer.

Zaman sekarang tahun 2021 dengan teknologi yang canggih seiring dengan kemajuan membolehkan semua pengguna telefon dan komputer buat apa sahaja begitu juga dengan mengedit video sendiri.

Melalui smartphone saja, proses suntingan dan cara pengeditan video boleh dilakukan dengan mudah dengan bantuan aplikasi tertentu yang dikhaskan untuk edit video dan gambar tanpa masalah.

Walau bagaimanapun, tidak semua aplikasi yang sesuai dengan smartphone seseorang berpandukan jenis telefon samada android atau iphone mengikut versi terkini dan lama.

Biasanya video editor app yang bagaimanakah menjadi pilihan anda? Adakah kerana kelebihan fungsi dan effect di dalamnya atau kerana ianya kerana ia percuma tidak perlu bayaran?

Namun, bagi seorang YouTuber pastinya aplikasi versi Pro akan menjadi pilihan kerana ia memenuhi segala keperluan untuk proses editing video secara keseluruhan.

10 Aplikasi Edit Video Percuma dan Terbaik


Aplikasi edit video tanpa watermark

Berikutnya adalah 10 senarai aplikasi edit video terbaik android dan iPhone yang boleh anda gunakan secara percuma serta boleh didapati online di Google Play dan Apple Store.

  • Adobe Premiere Rush
  • PowerDirector
  • VideoShow
  • Quik
  • KineMaster
  • Magisto
  • FilmoraGo
  • Clips by Movavi
  • VivaVideo
  • Funimate

1. Adobe Premiere Rush


Apps untuk edit video tukar wajah ganti muka orang

Aplikasi Adobe yang direka khas untuk mengedit video di android ini adalah salah satu produk terbaru daripada syarikat besar tersebut yang diberi nama sebagai Adobe Premiere Rush.

Pastinya proses untuk suntingan video jadi lebih mudah dengan menggunakan aplikasi ini di telefon bimbit anda kerana semua fungsi yang diinginkan oleh semua orang tentunya ada.

Malahan, video yang mempunyai resolusi tinggi juga boleh anda edit tanpa sebarang masalah serta ia amat responsive dan mesra pengguna.

Kelebihan

  • Mudah digunakan
  • User friendly dan responsive
  • Mudah synchronization projek melalui multiple device
  • Fungsi export file yang cepat
  • Penjadualan untuk siaran di laman sosial
  • Warna dan tools yang amat hebat

Keburukan

  • Versi berbayar agak mahal
  • Sesuai dengan semua jenis model telefon masa kini
  • Storyboard templates are unavailable
  • Slightly slow
  • Transitions yang agak terhad

2. PowerDirector


Apps tukar muka video

Aplikasi ini adalah saingan kepada beberapa aplikasi yang terdapat di pasaran yang mana ia agak serupa dengan beberapa aplikasi untuk penyuntingan video seperti VideoShow apps dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ia mempunyai kelebihan yang tersendiri selain free download, ia juga menyediakan tutorial dan cara untuk menggunakan aplikasi ini dan sesuai untuk mereka yang ingin belajar.

Melalui tutorial tersebut ia memaparkan bagaimana untuk menggunakan semua fungsi yang terdapat di dalamnya dengan betul untuk menghasilkan suntingan video yang berkualiti.

Banyak fungsi yang terdapat dalam versi percuma yang boleh anda guna, namun untuk langganan yang berbayar mempunyai ciri resolusi yang tinggi serta tidak mempunyai iklan.


Kelebihan

  • Easy to navigate timeline interface
  • Slow motion editor dan effects
  • Buat video pro dalam beberapa saat saja
  • Green-screens video yang mengkagumkan
  • Ada tutorial untuk semua fungsi

Keburukan

  • Cara penggunaan mungkin agak susah nak faham pada awalnya
  • Upgraded editing tools agak sukar ditemukan
  • Blurry feature implementation in unconsistent

3. VideoShow


Video editor apps paling terbaik

Kemudahan user-friendly interface yang amat baik dengan tools untuk beautify video anda menjadikan aplikasi VideoShow ini agak istimewa walaupun hampir sama dengan beberapa aplikasi lain.

Yang menariknya, jenama ini telah memenangi anugerah salah satu aplikasi pilihan yang percuma dan terbaik serta amat diminati pengguna ini di laman Google Play Store.

Kualiti video anda pasti lebih cantik kerana ia turut menyediakan berbagai pilihan audio yang unik dan terbaik untuk dimasukkan ke dalam suntingan video anda.

Ramai pengguna aplikasi berpendapat walaupun VideoShow bukanlah untuk golongan pengeditan video profesional tetapi ia mempunyai banyak fungsi yang diperlukan untuk proses suntingan video pada hari ini.


Kelebihan

  • Setiap video mempunyai banyak pilihan muzik latar
  • Mempunyai MP3 converter
  • Mudah untuk digunakan dan mempunyai berbagai alat
  • Amat baik untuk edit video baru dengan cepat
  • Kerap dikemaskini untuk kandungan baharu

Keburukan

  • Export video mengambil masa yang agak lama
  • Memerlukan advanced setting
  • Ciri suntingan pengubahan muzik agak sedikit

4. Go Pro Quik Apps


Go Pro Quik Video Editor android

Jika anda mahukan aplikasi untuk edit video yang bukan hanya free tetapi lebih cepat serta laju, Go Pro's Quik boleh merealisasikan dan dapat membantu anda untuk tujuan itu.

Ciri-ciri aplikasi terbaik dan hebat untuk proses penyuntingan dengan mempunyai kemampuan membuat video secara automatik menggunakan gambar, inilah apps tersebut.

Selain itu, anda boleh share video anda yang telah siap secara live di semua rangkaian media sosial atau terus menyimpannya di dalam folder kamera telefon anda dengan resolusi 1080P.


Kelebihan

  • Ciri-ciri share yang pantas
  • Video yang belum siap boleh disimpan sebagai draft
  • Kesesuaian motion photos dan GoPro
  • Membolehkan untuk penyimpanan video dalam HD 60fps dan 1080P

Keburukan

  • Ia hanya dapat menyokong video durasi 60 saat sahaja
  • Font style tidak boleh diubahsuai
  • Ia tidak membenarkan content capturing dalam aplikasi

5. KineMaster


Video Editor Kine Master

Aplikasi edit video KineMaster sememangnya amat popular di kalangan pengguna android dan iPhones pada zaman sekarang yang mana ia sentiasa menjadi pilihan ramai kerana mudah digunakan.

Video editor versi percuma membolehkan anda membuat video yang berkualiti serta lebih profesional menggunakan semua fungsi yang terdapat di dalamnya.

Walau bagaimanapun, ia seperti kebanyakkan aplikasi editor video yang berbayar yang lain di mana ia mempunyai fitur premium yang amat diperlukan oleh individu yang sentiasa mengedit video.

Namun, free KineMaster juga menawarkan banyak ciri-ciri yang diperlukan untuk proses suntingan video dengan fungsi-fungsi yang menarik dan terbaik.


Kelebihan

  • Proses import yang mudah dengan drag and drop sahaja
  • Tools yang pelbagai dalam versi percuma
  • EQ presets untuk audio playback yang lebih baik
  • Instant preview yang baik
  • Frame by frame volume control dan trimming
  • Real time recording

Keburukan

  • Ia tidak menyokong format video 1080p dan 4K

Info:

Anda mencari aplikasi video tukar muka dan ganti wajah yang free mudah digunaka? Anda boleh rujuk aplikasi edit gambar di bawah kerana ada app yang sesuai untuk klip video dan gambar 2 in 1.

Baca : 14 Aplikasi Edit Gambar Paling Terbaik

6. Magisto


Video editor app iphone online

Anda tidak mempunyai pengalaman tentang video editing guna handphone? Jangan bimbang kerana aplikasi Magisto antara app yang terbaik untuk sunting video yang kualitinya hampir sama macam Pro.

Magisto adalah antara aplikasi yang paling lama dalam industri apps masa kini yang boleh membantu anda edit video dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Apa yang anda perlukan adalah dengan hanya memilih salah satu video atau beberapa video clips untuk disunting dengan menyesuaikan latar belakang dan selebihnya aplikasi ini akan menyiapkannya.

Untuk tayangan video yang menarik dengan menggunakan aplikasi Magisto, masa anda tidak terbuang begitu sahaja kerana dalam masa beberapa minit saja semuanya siap.


Kelebihan

  • Feature edit video automatik
  • Tools yang canggih untuk Vlogger
  • Navigation yang amat mudah
  • Editing video yang cepat

Keburukan

  • Ada berpendapat ciri automatik kurang membantu

7. FilmoraGo


Aplikasi edit video di hp

Anda stress dengan aplikasi video editor yang terdapat dalam telefon anda? Jika ya, anda boleh beralih kepada apps Wondershare's FilmoraGo kerana ianya ada versi percuma.

Bukan itu sahaja, ia turut popular menjadi perhatian ramai pengguna yang mana aplikasi ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang amat mudah digunakan dalam proses suntingan video.

Malahan, ia antara aplikasi yang paling kerap digunakan walaupun jenis free version yang turut mempunyai banyak fungsi yang diperlukan untuk edit video klip anda.

Lebih menarik, ia mempunyai fungsi untuk membuat video dalam keadaan terbalik, lengkap dengan format yang sesuai untuk laman YouTube, Instagram, Facebook dan sebagainya.


Kelebihan

  • Amat mudah dipelajari
  • Real time preview
  • Sokongan import dari media sosial
  • Templates dan effect yang pelbagai

Keburukan

  • Mempunyai banyak iklan
  • Proses login yang agak terganggu

Baca : Cara Buang Background Gambar Online


8. Clips by Movavi


Apps untuk edit video android

Aplikasi Clips by Movavi adalah aplikasi yang sangat mudah yang berada di pasaran untuk digunakan di telefon android atau pun iPhone dengan versi percuma.

Ia memenuhi segala keperluan untuk pengguna tanpa mengira tahap kepandaian seseorang untuk edit video samada mahir atau tidak, anda masih boleh guna aplikasi ini dengan mudah.

Ia dilengkapi dengan fungsi sesuai untuk proses editing video, frames berpelbagai, effect yang banyak pilihan serta ciri-ciri yang sangat menarik untuk dicuba.


Kelebihan

  • Apps yang ringkas dan mesra pengguna
  • Amat praktikal untuk pemula
  • Ciri-ciri yang canggih
  • Effect video yang banyak

Kekurangan

  • Hanya menerima import dari local files
  • Fungsi yang terhad suntingan video versi Pro
  • Ia kelihatan agak rumit

9. VivaVideo


Video Editor app download for Android

Ia diciptakan khas untuk memuaskan hati pengguna yang dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menarik serta video anda pasti seperti di edit oleh seorang yang profesional.

Walaupun versi percuma mempunyai fungsi yang terhad tetapi ciri-ciri asas yang utama masih boleh digunakan untuk crop video, trim, gabungkan video, cut dan sebagainya tetap terbaik.

Kelebihan

  • Amat mudah digunakan
  • Features yang lengkap serta menarik
  • Koleksi effect dan filter yang banyak
  • Hasil video yang lebih profesional

Keburukan

  • Agak susah untuk download file video yang besar

10. Aplikasi Funimate


Video editing app free

Kemampuan untuk mencantikkan dan edit klip video dengan sepantas kilat sekelip mata menjadikan aplikasi ini menarik serta jadi pilihan ramai pengguna media sosial.

Ini kerana ia boleh dikongsi di semua platform social media dengan mudah serta versi percuma masih lagi mampu untuk dapatkan video yang menarik dan terbaik.

Walau bagaimanapun, app library hanya mempunyai lebih kurang 100 themes dan 15 jenis video filter yang boleh anda cuba untuk edit video.

Memandangkan ia percuma pastinya developer aplikasi ini ingin menjana pendapatan dengan memaparkan beberapa banner dan iklan yang bersesuaian.

Kelebihan

  • Terbaik untuk post lucu di media sosial
  • Proses editing tak memenatkan
  • Banyak themes dan filter boleh dipilih

Kekurangan

  • Tiada versi premium untuk membuang iklan
  • Bukan untuk hasilkan video profesional

Download di Google Play & App Store


Untuk mendapatkan setiap aplikasi video editor seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh download di gedung aplikasi untuk android dan iPhone seperti di bawah:


Kesimpulan

Semua aplikasi edit video yang dikongsikan adalah antara yang terbaik menjadi pilihan ramai pengguna untuk penghasilan rakaman video yang menarik dan memuaskan hati.

Walau bagaimanapun, pilihan di tangan anda yang menentukan yang manakah sesuai serta memenuhi kehendak dan citarasa sendiri untuk proses editing video di telefon.

Semoga perkongsian senarai aplikasi untuk mengedit video android dan iPhone ini sedikit sebanyak membantu serta memberikan idea kepada anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog