Ramai yang suka edit gambar online untuk tujuan tertentu seperti nak dikongsikan di media sosial Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya tapi tak tahu cara nak buang background gambar dengan mudah dan cepat secara percuma berserta HD Quality dan High Resolution.
Lebih parah lagi jika anda sedang dalam keadaan nak cepat dan mencari cara yang paling mudah memandangkan gambar yang sedia ada perlu anda sunting dan membuang semua latarbelakang yang terdapat dalam gambar.
Jangan risau, dalam artikel ini kami kongsikan kaedahnya tanpa perlu sebarang bayaran dan hasilnya sangat memuaskan hati ditambah dengan kualiti gambar High Dimension dan paling penting ianya free tanpa perlu download aplikasi di Play Store dan Apple Store semata-mata untuk remove background gambar.
Cara Remove Background Gambar Dengan Mudah HD Quality
Sebenarnya banyak cara untuk menyunting, menukar atau buang latarbelakang setiap jenis gambar seperti gambar PNG, JPG, WebP, GIF, file PDF dan lain-lain lagi yang boleh didapati di laman carian Google yang hampir kesemuanya free.
Tetapi yang mana satu paling terbaik atau memenuhi kehendak semua pengguna? Di sini saya senaraikan 5 contoh website yang sering digunakan oleh orang ramai berdasarkan rating yang disediakan oleh laman gergasi Google.
Semestinya setiap satu perkhidmatan atau peralatan pasti mempunyai kelebihan, kebaikan, Pros and Cons, tapi sebagai pengguna anda berhak menentukan yang mana satu paling bagus dan memuaskan hati.
1. Adobe Express Online
Ini cara pertama yang paling best bagi pendapat saya dan anda sangat dialu-alukan untuk anda cuba serta cara untuk menukarkan background gambar dengan kaedah ini sangat cepat, hanya beberapa klik saja dan download gambar tersebut.
Sebelum anda nak gunakan Adobe Express ini, sebaiknya anda Sign Up atau Daftar di laman tersebut dengan memasukkan email peribadi kerana apabila telah selesai buang latar belakang, untuk download anda perlu Sign In atau Login.
1. Pertama sekali layari portal Adobe Express di https://express.adobe.com/tools/remove-background.
2. Kemudian klik pada Browse on your device seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah dan pilihkan jenis gambar yang nak dibuang latarbelakangnya.
3. Selepas memasukkan gambar, secara automatik background gambar tersebut akan hilang seperti yang anda mahukan.
4. Seterusnya, anda boleh edit dan customize gambar sekiranya perlu untuk membuang bahagian-bahagian tertentu dengan menggunakan tool restore dan erase.
5. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, anda boleh terus download dan sila bandingkan gambar asal dan gambar yang telah siap kerana kualiti gambarnya masih sama tanpa pecah, kabur dan lain-lain.
Saya lebih suka guna Adobe Express berbanding dengan website remove.bg kerana kualiti gambarnya sangat bagus selain dapat guna berbagai tool-tool lain yang dikhaskan untuk edit gambar termasuk gambar passport, untuk kad .pengenalan MyKad dan lesen memandu.
2. Website Remove.Bg
Portal remove.bg sememangnya popular dan sentiasa digunakan oleh ramai orang dari seluruh dunia memandangkan penggunaan untuk buang background di laman ini juga amat mudah tetapi jika anda mahu gambar yang berkualiti, anda perlu bayar.
Walau bagaimanapun, hasil gambar yang percuma masih cantik tetapi size gambar sangat kecil dan terkadang tidak sesuai untuk digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu. Jika anda nak cuba, sila ikut step by step di bawah:
1. Layari website rasmi remove.bg.
2. Sila klik atau paste image pada ruangan Upload Image.
3. Seterusnya anda akan dapati secara automatik semua background belakang gambar telah dibuang sepenuhnya.
4. Anda boleh tekan butang download atau klik edit di preview image. Untuk gambar yang berkualiti HD atau High Resolution, anda memerlukan credit dari website tersebut.
5. Di bahagian preview, anda boleh letakkan background semula dengan warna tertentu mengikut kreativiti dan pilihan dan ada juga disediakan berbagai jenis gambar background khas.
6. Jika nak masukkan gambar background lain atau perlu edit, sila tekan pada menu Add Design yang tertera dan ia akan redirect terus ke website Canva.
Biasanya, untuk pertama kali anda guna tool ini, anda dapat download gambar HD secara percuma. Untuk dapatkan gambar Full Resolution, anda boleh Register dan pilih Plan Subscription mengikut kemampuan.
Baca : 10 Aplikasi Edit Video Percuma Paling Terbaik
3. Canva PRO Background Remover
Pasti ramai yang dah kenal dengan website dan aplikasi popular Canva ini yang mempunyai pengguna yang tersendiri di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, mengikut pengalaman saya, cara remove background dengan Canva ia dikhaskan untuk pengguna berbayar sahaja.
Jadi, saya andaikan anda nak cuba remove background foto HD guna Canva Pro tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Berikut dikongsikan langkah demi langkah yang paling mudah yang boleh anda buat untuk tujuan ini.
1. Semestinya layari portal canva.com atau boleh juga guna aplikasi jika perlu yang boleh anda download di Google Play Store dan sebagainya.
2. Klik pada menu Create a Design dan klik pada Edit Photo, seterusnya upload photo yang anda nak buang latar belakangnya dan sila pergi ke tool Background Remover seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah.
3. Semuanya automatik dan sama juga dengan remove.bg yang mana anda boleh edit gambar background termasuk letakkan apa-apa jenis gambar lain atau dengan sebarang jenis graphic illustration dan lain-lain.
Mudah saja kan? Sebenarnya untuk guna Canva Pro, anda boleh pilih untuk plan bayaran bulanan atau tahunan dan harganya tidak terlalu mahal. Sebaiknya anda subscribe sekiranya anda seorang yang selalu edit gambar setiap hari.
4. Free Tool Fotor.com
Laman fotor.com mempunyai kelebihan yang tersendiri dan ia juga hampir sama dengan Canva, namun tetap mempunyai perbezaan yang ketara. Fungsi untuk buang background gambar juga amat mudah digunakan malahan ia percuma.
1. Sila layari website fotor.com di https://www.fotor.com/features/background-remover.
2. Upload gambar dan anda akan dapati background gambar telah dibuang secara automatik.
3. Anda boleh edit dan menukar warna pada latar belakang begitu juga dengan saiz.
Bayaran akan dikenakan jika anda ingin besarkan gambar kepada saiz tertentu dan anda boleh juga cuba subscribe free trial dengan mendaftarkan email di laman ini.
Baca : 14 Aplikasi Terbaik Untuk Edit Gambar di Telefon
5. Photoroom.com
Fungsi photoroom.com hampir sama saja dengan website lain tetapi mempunyai free tool yang menarik seperti:
- Background Remover
- White Background
- Blur Background
- Magic Retouch
- AI Background Generator
1. White Background untuk anda letakkan background yang berwarna putih.
2. Blur Background untuk mengaburkan latar belakang gambar.
3. Magic Retouch untuk membuang semua jenis objek yang terdapat dalam gambar termasuk watermark.
4. AI Background Generator adalah tool yang sangat bagus digunakan oleh sesiapa sahaja yang inginkan gambar menarik kerana anda hanya perlu memasukkan kata kunci dan tool ini akan mencipta gambar mengikut keyword yang diberikan.
5. Background Remover untuk membuang semua jenis photo background yang terdapat pada gambar dengan upload gambar tersebut di butang Start from Photo atau Drop an Image di pautan www.photoroom.com/background-remover/
Seterusnya secara automatik background akan dibuang, walau bagaimanapun sedikit kekurangan yang terdapat pada tool ini kerana setiap gambar yang di download mempunyai watermark tetapi anda boleh dapatkan secara percuma dengan daftarkan email di bahagian Upgrade to Pro.
Apa yang menarik dengan photoroom.com adalah fungsi-fungsi yang lain semestinya amat terbaik serta kebanyakkannya hampir sama dengan Canva.
Apps Tukar Background Gambar
Kami sediakan senarai aplikasi yang boleh anda gunakan untuk remove background gambar dengan menggunakan telefon Android dan iPhone. Semua apps yang dikongsikan dipilih secara rawak berpandukan kepada rating di Play Store dan Apple App Store.
- Cut Cut: Photo Editor & CutOut
- LightX
- AutoCut
- Ultimate Background Eraser
- Change Background of Photos
- PicsKit Photo Editor
- Pic Layer
- Auto Background Remover
- Remove BG
- Background Eraser - InShot
- PhotoRoom
- ClipDrop
Untuk dapatkan semua aplikasi yang tertera di atas, sila ke apps gallery berpandukan kepada jenis telefon yang anda gunakan dengan menaip nama setiap aplikasi yang ingin anda cuba. Kesemuanya boleh di edit dan remove background dengan kualiti yang memuaskan.
Akhir Kata
Banyak lagi website lain yang menawarkan servis yang sama tetapi kelima-lima laman yang dikongsikan adalah antara yang sentiasa menjadi pilihan ramai pengguna samada di Malaysia dan di mana-mana saja.
Diharap perkongsian cara remove background gambar tanpa guna aplikasi ini sedikit sebanyak dapat membantu dan turut memudahkan semua urusan anda yang berkaitan dengan edit photo ini. Semoga bermanfaat. - Budak Skema dari Bukit Besi Blog