14 Aplikasi Edit Gambar Paling Terbaik (Photo Editor Apps)

Aplikasi edit gambar terbaik di android iphone hp

Fotografi adalah salah satu perkara penting dalam kehidupan manusia hari ini. Edit gambar guna aplikasi di telefon android atau iPhone seperti rutin harian ramai orang.

Penggunaan apps edit gambar telah membuktikan bahawa ia sangat berkesan untuk melakukan aktiviti suntingan yang terbaik tanpa bantuan daripada orang yang lebih pakar.

Ini kerana dengan membuat suntingan di telefon sememangnya sangat mudah kerana semuanya secara automatik dari segi effect atau warna dan sebagainya.

Ia seolah menjadi satu kemestian bagi setiap orang untuk mempunyai apps edit foto dalam telefon pintar, dari individu sehinggalah seorang peniaga online.

Namun, mungkin masih ada yang tidak tahu aplikasi edit foto yang manakah terbaik dan sesuai untuk mereka serta adakah ia memenuhi citarasa dan ciri-ciri moden masa kini.

Walau bagaimanapun, tidak semua aplikasi smartphone yang terdapat di Google Play Store dan App Store bersesuaian dengan setiap telefon serta memuaskan hati.

Disebabkan itu, di sini dikongsikan senarai aplikasi edit gambar terbaik untuk telefon pintar anda yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian.

Aplikasi Edit Gambar Terbaik 2023


Apps edit gambar free online cantik

Senarai semua aplikasi untuk menyunting foto ini adalah pandangan penulis yang berpendapat kesemuanya adalah terbaik serta amat sesuai digunakan oleh semua pemilik android dan iphone di Malaysia.

Snapseed

App edit gambar paling cantik anime kartun

Semestinya aplikasi ini amat dikenali serta menjadi pilihan ramai kerana ia adalah milik syarikat gergasi besar di dunia iaitu Google.

Snapseed mempunyai kelengkapan yang amat diperlukan oleh pemilik telefon yang ingin menyunting gambar supaya lebih cantik dan kemas dengan menggunakan handphone.

Antara features yang terdapat dalam apps ini untuk sunting gambar seperti crop, frames, tulisan, brightness, vignettes dan banyak lagi.

Yang paling menarik adalah aplikasi ini boleh anda download di kedua-dua apps store secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Snapseed: Google Play | App Store

Adobe Photoshop Express

Guna handphone

Photoshop dikenali dengan perisian untuk mengedit gambar menggunakan komputer yang dikatakan software paling terbaik di dunia menurut pendapat sesetengah orang.

Walau bagaimanapun, sesuai dengan peredaran masa, Photoshop kini boleh digunakan melalui telefon pintar dengan memilik ciri-ciri terbaik untuk mencantikkan gambar.

Dengan menggunakan apps ini yang juga boleh dilabel sebagai aplikasi professional photo editor, hasil suntingan gambar anda akan lebih menarik mengikut kreativiti sendiri.

Antara ciri-ciri yang dimiliki oleh aplikasi Adobe Photoshop Express ini adalah seperti colour correction, contrast, exposure dan banyak lagi features menarik di dalamnya.

Inilah aplikasi yang sesuai dengan mereka yang ingin mengubah gambar-gambar yang diambil supaya menjadi lebih kemas dari segi color dan tekstur.

Anda boleh download aplikasi ini untuk smartphone pada bila-bila masa sahaja melalui pautan yang dikongsikan di bawah:

Adobe Photoshop Express: Google Play | App Store

Aplikasi VSCO

Gambar untuk produk berniaga

App VSCO lebih kepada Filter iaitu untuk menjadikan gambar mengikut warna yang anda mahukan iaitu sebagai contoh seperti anda menggunakan camera filem analog dan sebagainya.

Versi yang ditawarkan secara percuma sudah amat cukup untuk menyunting gambar, walau bagaimanapun, ada juga yang berbayar yang mana fungsi-fungsi lain lebih banyak.

Semua pengguna app ini boleh edit gambar yang sesuai mengikut paparan yang dikehendaki seperti contrast, warna kulit seseorang dan banyak lagi.

VSCO: Google Play | App Store

Baca : Cara Remove Background Gambar Paling Mudah & Cepat


Adobe Lightroom

Apps tulisan cantik guna photoshop

Fungsi yang terdapat dalam Adobe Lightroom untuk kegunaan dalam komputer hampir sama dengan fungsi-fungsinya yang terdapat dalam aplikasi untuk telefon.

Semua kerja suntingan gambar menjadi lebih cepat dan senang kerana setiap features yang anda inginkan semuanya ada di dalamnya.

Namun, aplikasi ini mempunyai sedikit bayaran yang perlu anda belanjakan untuk menggunakan semua features yang ditawarkan.

Adobe Lightroom: Google Play | App Store

Aplikasi Foodie

Aplikasi untuk mengedit gambar background

Sesuai dengan namanya yang mengaitkan makanan, begitulah ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi untuk edit gambar makanan ini, ya sangat terbaik dan hebat.

Apps ini bersesuaian dengan mereka yang suka berkongsi gambar-gambar makanan di laman sosial, untuk jualan, peniaga, produk, perniagaan food delivery dan sebagainya.

Apa yang istimewa dalam app ini adalah Foodie editor ini sangat serupa dengan editor yang terdapat dalam aplikasi Instagram yang mana ia mempunyai filter.

Walau bagaimanapun, filter Foodie Editor lebih banyak pilihan dan keseluruhannya adalah 30 jenis filter untuk edit gambar makanan anda.

Foodie: Google Play | App Store

Aplikasi Visage

Download aplikasi edit gambar dan tulisan

Aplikasi edit wajah terbaik, inilah apps yang anda cari di mana ia boleh menghilangkan segala jerawat, bintik hitam, menjadikan gigi putih dan banyak lagi.

Dengan menggunakan aplikasi untuk muka ini, Visage membantu anda untuk mencantikkan wajah dengan hanya edit dan tekan beberapa fungsi yang anda perlukan.

Lebih menarik, ia bukan sahaja buat gambar anda jadi comel tetapi ia boleh mengubah penampilan anda serta menghaluskan kulit menjadikan kulit anda lembut cantik dan bersinar.

Malahan, ia dapat mencantikkan warna gigi seseorang menjadi putih bersih dan mempunyai fungsi alat solek yang lengkap mengikut warna yang anda pilih.

Namun, aplikasi Visage yang boleh anda guna secara percuma ini mempunyai tayangan iklan, manakala versi berbayar iaitu Pro sangat sesuai untuk anda yang mementingkan kecantikan wajah.

Visage: Google Play | App Store

Senarai Photo Editor Apps


Selain aplikasi edit gambar yang dikongsikan di atas, berikut adalah senarai antara apps untuk mengedit gambar yang amat disukai pengguna telefon yang sehingga kini masih ramai yang download.

Anda boleh memilih yang mana sesuai dengan citarasa dan kehendak sendiri serta ada beberapa aplikasi tersebut yang tidak sesuai dengan sesetengah telefon.

Sila klik pautan aplikasi yang anda pilih mengikut jenis telefon iaitu apps android melalui Google Play Store dan iphone melalui Apple Apps Store di bawah:


Ada beberapa aplikasi dalam senarai yang diperkenalkan lengkap dengan editor untuk mengedit video dan gambar dalam satu app sahaja.

Semoga perkongsian senarai aplikasi edit gambar terbaik untuk kegunaan di telefon android dan iphone ini akan memudahkan kerja anda untuk menyunting gambar. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog