Setiap kali hari raya pasti akan terjumpa pemanis mulut ini iaitu agar-agar kering yang mempunyai berbagai warna dan rasa. Cara nak buat sangat mudah dan anda boleh ikut resepi rahsia ini dengan menggunakan sukatan cawan yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, juadah ini dapat juga ditemui di musim lain tetapi rasanya berkemungkinan agak berbeza dengan agar-agar kering yang dimakan pada hari raya, kan?
Jika anda ingin cuba untuk membuatnya di rumah, pastikan semua bahan diperlukan ada, terutamanya gula batu yang sememangnya penting, namun ada juga yang guna tanpa bahan ini.
Cara Buat Agar-Agar Kering Paling Mudah
Resepi agar-agar kering yang dikongsikan oleh Puan Asma Nordin ini sangat mudah untuk dibuat dan anda boleh juga mengubah mengikut idea sendiri dengan gunakan sukatan cawan selain keringkan dengan menggunakan oven dan sebagainya.
Sekiranya nak dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan, anda boleh perbanyakkan kuantiti setiap bahan dalam senarai dan pastikan ianya lengkap dengan rasa supaya semuanya menjadi dan tak rugi nanti.
Bahan-Bahan
- 60 gram agar-agar tali
- 1500 ML air
- 1200 gram gula pasir kasar
- 120 gram gula batu ketuk halus
- 1 helai daun pandan
- 300ML air dimasukkan selepas didih
- Pewarna kesukaan
Cara Membuat:
1. Rendamkan agar-agar dalam jangka masa lebih kurang 30 minit dan toskan. Kemudian terus masakkan ia bersama dengan 1500 ML air terlebih dahulu dan masukkan daun pandan yang perlu disimpulkan.
2. Pastikan ia betul-betul mendidih dan cair serta nampak jernih sepenuhnya. Kemudian masukkan gula pasir dan gula batu mengikut sukatan di atas dan masak lagi sehingga ia larut sepenuhnya.
3. Selepas itu barulah masukkan 300 ML air yang terakhir ke dalam periuk dan masakkan lagi sehingga ia mendidih dalam masa sekejap sahaja dan tutupkan api.
4. Kemudian tapiskan agar-agar dan masukkan pewarna mengikut citarasa masing-masing dan tuangkan ia ke dalam loyang yang sesuai. Dalam resepi ini Puan Asma menggunakan loyang bersaiz 10 X 10 inci.
5. Seterusnya sejukkan agar-agar pada suhu bilik sehingga agar-agar menjadi keras dan potonglah mengikut kreativiti sendiri dan saya menggunakan pisau agar-agar yang bergigi.
Pisau jenis ini agak klasik dan ukurlah mengikut sama saiz dengan pembaris talam yang telah saya ciptakan khas mengikut pelbagai saiz.
6. Setelah itu bolehlah dijemur sehingga ia kering di bawah cahaya matahari yang panas dan terus boleh makan. Mungkin ada yang tertanya agar-agar kering tahan berapa lama, sebenarnya ia boleh dimakan selagi ia tidak berkulat dan biasanya berbulan-bulan dan ada yang bertahun lamanya, namun jawapan ini ada pada yang pakar.
Baca : Resepi Biskut Suji Sukatan Cawan
Tips atau Petua
Saya tutupkan dengan kain net yang nipis ketika menjemur, net ini banyak dijual di kedai bunga atau kedai riben. Cara ini adalah supaya tiada lalat atau serangga lain yang hinggap.
Saya lebih suka jemur dengan cara tradisional dan biasanya kalau cuaca panas dalam 5 hari dah boleh jadi kering dan cantik seperti yang kita mahukan. Saya juga tak guna pengering elektrik.
Rujukan Gambar
Jika anda ingin cuba buat agar-agar kering bentuk bunga rose, kristal, hati dan sebagainya, caranya sama sahaja cuma anda perlukan acuan khas seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang disertakan di bawah:
Tutorial
Selain itu, untuk lebih mudah faham, kami kongsikan juga video daripada YouTube milik Channel Warisan Bonda TV yang memaparkan cara mudah dan jimat untuk membuat manisan ini berserta agar-agar kering bunga rose.
Kesimpulan
Sebenarnya pelbagai jenis agar-agar kering yang boleh dibuat dengan menggunakan bahan yang sama serta ia berpandukan kepada idea masing-masing yang ingin mengolahkan. Malahan ada juga yang pakar membuatnya menggunakan acuan bunga ros dan banyak lagi.
Zaman sekarang ramai yang cuba buat pembaharuan dengan menukar caranya iaitu tanpa dijemur, tanpa memasukkan gula batu dan banyak lagi. Anda juga boleh buat jika anda membuat idea baru dalam pembuatan manisan ini.
Semoga perkongsian resepi dan cara membuat agar-agar kering tradisional ini dapat membantu serta memudahkan tugasan anda untuk menyediakannya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog