Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai Sedap & Simple

Siakap masak stim

Jika anda suka makan ikan siakap masak stim limau ala Thai, boleh buat sendiri di rumah dengan resepi rahsia dan cara nak buat supaya jadi paling sedap walaupun kaedahnya simple saja guna kuali tak perlu barang dapur elektronik seperti oven.

Kesedapan masakan ini berpandukan kepada rencah dan bahan utama yang paling penting seperti sos ikan serta air tangan seseorang itu selain mengikut resipi yang ditunjukkan dengan mudah step by step sehingga siap.

Apa yang menarik menu ini amat sesuai untuk yang sedap dalam pantang atau sedang melakukan diet untuk membuang kolestrol dan ia juga dikatakan kurangnya kalori memandangkan ia dimasak secara kukus atau rebus.

Resipi Siakap Masak Stim Limau Ala Thai Yang Mudah


Ikan siakap stim resepi

Masakan siakap stim limau ala siam ini hasil perkongsian daripada Puan Ukhti Arani di laman Facebook untuk santapan berbuka puasa untuk satu keluarga, katanya untuk menyediakan menu ini tersangatlah mudah dan ringkas.

Bahan Yang Diperlukan

Resepi ikan siakap masak stim limau ala thai

  • Seekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis / kasturi
  • 5 hirisan halia
  • Sebatang serai
  • 3 biji cili kecil hijau
  • 3 biji cili kecil merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sebatang daun ketumbar
  • Daun limau purut
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit sos ikan

Cara Untuk Kukus Ikan

Bawang putih Chinese style

1. Bersihkan ikan siakap dengan menghiriskan pada bahagian badannya seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

2. Kemudian masukkan halia dan serai ke bahagian perut ikan lalu perahkan jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir. Anda boleh juga guna lemon kalau perlu atau tiada limau nipis.

3. Seterusnya, kukuskan ikan di dalam periuk pengukus selama 5 minit sekurangnya dan biarkan seketika pada suhu api yang sangat perlahan dan sederhana sahaja.

Cara Masak Kuah Stim Ala Thai

Cara masak ikan siakap stim

1. Cincang bawang putih secara kasar dan gorengkan ia di dalam kuali sehingga warnanya sedikit keemasan dan kerangupan bawang putih goreng pasti akan menaikkan aroma ikan siakap stim limau tersebut.

2. Padamkan api kemudian masukkan sedikit air suam diikuti dengan kiub pati ayam Knorr, 4 sudu besar sos ikan, sesudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan juga perahan limau nipis.

3. Sebaiknya rasakan dahulu kuah tersebut samada cukup masin, masam dan manis semuanya. Jika terlebih masin boleh masukkan sedikit air dan kacaukan ia sehingga sebati. Oh ya, anda boleh juga masukkan asam boi jika suka, biasanya yang berwarna putih bukannya jenis yang merah.

Resipi ikan siakap

4. Langkah yang terakhir adalah dengan menuangkan kuah tersebut ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun ketumbar, kukuskan lagi ikan siakap bersama kuahnya untuk selama 3 minit, siap.

Untuk pengetahuan, ramai pakar masak seperti Che Nom, Azie Kitchen dan ramai lagi yang memasak ikan siakap stim limau ini dengan cara tersendiri yang mana ada masak tanpa sos ikan, tanpa pengukus, Chinese Style, guna sos tiram, guna oven dan sebagainya.

Jadi, anda sebagai tukang masak bebas boleh mengolahkan resepi ini mengikut kreativiti sendiri samada untuk memasukkan bahan lain yang sesuai atau masak dengan cara yang berbeza dan lain berpandukan kepada idea masing-masing begitu juga dengan jenis ikan samada ikan kerapu, kembung dan lain-lain.

Baca : Resepi Ikan Masak Singgang Original

Video Tutorial

Bagi anda yang masih baru belajar masak atau agak susah nak faham dari pembacaan untuk resepi ikan siakap masak stim limau ini,kami sediakan video tutorial daripada YouTube Channel Puan See Siti yang menunjukkan caranya satu persatu.


Rujukan Recipe & Gambar

Diharap perkongsian resepi siakap stim limau ala Thai ini dapat membantu serta memudahkan urusan anda untuk menyediakan makanan ini di rumah atau di mana sahaja anda berada. semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog