Pasti ramai yang suka makan puding roti Milo terutamanya anak-anak di rumah. Anda boleh buat sendiri dengan cara dan resepi agar-agar ini tanpa telur dengan hasil yang sangat lembut dan sedap.
Apa yang paling menarik adalah kaedahnya sangat mudah tanpa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan puding roti ini dan anda boleh buat sambil pejam mata dengan hanya guna blender sahaja.
Pasti anak anda akan suka makan dan berulang-ulang dengan mengikut resepi yang dikongsikan oleh Facebook Page Malay Kitchen dan juga Puan Merysona Edyson yang menunjukkan cara penyediaannya dari awal sehingga siap.
Resepi Agar-Agar Roti Milo Tanpa Telur Yang Sedap
Bahan-Bahan
- 4 keping roti
- Secawan susu cair
- 1/2 cawan air
- 1 cawan Milo
- 1/4 cawan gula
1. Pertama sekali masukkan roti seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan video diikuti dengan secawan susu cair, air, Milo dan gula. Kemudian kisarkan sahaja guna blender sehingga ianya menjadi halus.
2. Setelah siap dikisar dan menjadi gebu, anda perlu tuangkan di dalam kuali guna api sederhana saja, proses ini adalah untuk memasak puding roti ini supaya menjadi lebih sedap dan masukkan bahan berikut:
- 3 cawan air
- 10 gram serbuk agar-agar
4. Selepas masukkan tiga cawan air dan serbuk agar-agar tersebut, pastikan anda mengacaunya sehingga ia sebati dan mendidih.
5. Setelah masak, tutupkan api dan tuangkan ia ke dalam acuan pilihan anda sendiri dan sejukkan untuk jangka masa yang agak lama atau sehingga ia mengeras.
Biasanya, apabila sedikit suam, anda boleh masukkan ia ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih lagi bagus, kemudian keluarkan dan potongkan mengikut citarasa sendiri, siap untuk dimakan.
Walau bagaimanapun, anda boleh taburkan sedikit serbuk Milo di atas agar-agar dengan cara menapis agar ia menjadi lebih halus. Untuk topping, anda boleh letakkan apa saja mengikut kreativiti anda sendiri samada coklat chip, oreo dan sebagainya.
Baca : Resepi Puding Roti Sos Kastard
Rujukan
Kesimpulan
Macamana selepas membaca bahan-bahan dan cara-cara untuk membuatnya? Senangkan? Rasanya budak sekolah pun boleh buat kalau ikut step by step tanpa skip dan semua bahannya ada. Lepas cuba baru tahu sedap atau tak.
Semoga perkongsian resepi puding roti Milo tanpa telur ini akan memudahkan tugasan anda untuk menyediakkannya di rumah atau di mana sahaja anda berada. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog