Anda teringin nak makan puding roti sos kastard hasil dari air tangan sendiri? Jangan risau kami ada resepi terbaik berserta cara-cara untuk membuatnya dengan mudah yang pasti paling sedap di bumi Malaysia.
Sebenarnya, makanan ini amat mudah nak buat samada nak ada kuah atau tidak serta nak masukkan dan tanpa telur, anda yang tentukan berpandukan kepada selera dan citarasa masing-masing.
Resepi puding roti sos kastard yang dikongsikan oleh Rieta Mustafa ini sememangnya sangat digemari ramai serta terbukti keistimewaannya apabila menarik perhatian ramai netizen di laman sosial Facebook.
Resipi Puding Roti Sos Kastard Paling Sedap
Bahan-Bahan Utama
- 10 keping roti
- 30 gram mentega cair
- Kismis
- 470Ml susu segar
- 40 gram gula castor
- 80 gram brown sugar
- 4 biji telur
- 1 sudu esen vanilla
Cara-Caranya
1. Untuk jenis roti, saya menggunakan roti Gardenia Butterscoth iaitu Butter Raisin, marherin pula perlu dicairkan dalam microwave selama 10 saat sahaja.
2. Kismis pula, sekiranya menggunakan butter raisin tiada kismis pun tak apa. Selain itu masukkan juga badam hancur, Almond Nips, Chocolate Chip, kelapa kering atau apa sahaja mengikut idea anda.
3. Saya guna Brown Sugar sahaja 110 gram tanpa memasukkan gula castor tu, jika guna roti putih yang biasa, anda boleh masukkan sebanyak 120 gram.
4. Pertama sekali carik-carikkan roti dan suti di dalam loyang. Kemudian taburkan kismis, badam, coklat cip atau apa sahaja yang bersesuaian dengan selera anda.
5. Pukulkan telur bersama susu, gula, mentega cair dan esen vanilla sehingga ia sebati sepenuhnya serta tuangkan ke dalam acuan yang telah berisi roti dan tekapkan supaya bancuhan susu meresap ke dalam roti.
6. Sila bakar pada suhu 180°C dalam jangka masa selama lebih kurang 40 minit. Walau bagaimanapun, terkadang oven atau Air Fryer mempunyai suhu dan kadar untuk memasak yang berbeza, jadi sila berhati-hati.
7. Setelah ia masak biarkan ia suam dan masukkan ke dalam peti ais. Jika anda nak makan masa tengah panas pun sedap juga, terpulang.
Baca : Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap & Mudah
Cara Buat Sos Kastard
- 1 tin susu cair
- 20sudu brown sugar
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu besar tepung kastard (optional)
1. Satukan kesemua bahan sos dan kacau rata sehingga ia masak di atas api yang sederhana sahaja dan pastikan ia kelihatan sedikit pekat daripada permulaan belum masak itu tadi. Siap.
Untuk pengetahuan anda, selain daripada bakar, puding roti kukus juga boleh dibuat dengan memasukkannya ke dalam bekas pengukus dan kukuskan lebih kurang 30 hingga 35 minit sahaja dan siap boleh dimakan.
Rujukan Gambar
Kesimpulan
Sebenarnya, berbagai jenis puding roti yang boleh dibuat dan kebiasaannya ada yang jenis kukus, sos karamel, yang bakar, tanpa telur dan guna air fryer yang sangat senang saja nak dibuatnya.
Namun, ramai pakar masak seperti blogger Azie Kitchen, Che Nom, Khairul Aming, Azlina Ina dan ramai lagi yang mengolahkan makanan yang manis ini dengan kreativiti mereka sendiri dan hasilnya memuaskan.
Lebih menarik lagi, ada yang membuatnya dengan hanya menggunakan kuali tanpa oven malahan tanpa kuah pun ada tetapi tetap umphh sampai anak-anak makan berulang-ulang, sedap sangat katanya.
Diharap perkongsian resepi puding roti sos kastard ini dapat membantu serta memudahkan tugasan anda untuk menyediakan makanan ini di rumah atau di mana sahaja anda berada. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog