1001 Air Fryer Terbaik & Murah di Malaysia 2023 (Top Brand)

Air Fryer Terbaik di Malaysia

Kegunaan Air Fryer pada zaman moden sekarang bagaikan satu keperluan kerana memudahkan urusan menggoreng atau memasak di dapur sehingga peralatan ini dijual dengan pelbagai jenis dan jenama terbaik di pasaran Malaysia.

Walau bagaimanapun, sebagai pembeli dan pengguna, perlu juga mengambil tahu tentang brand Air Fryer yang paling bagus serta bersesuaian dengan kehendak selain harga murah atau mahal mengikut citarasa sendiri.

Alat yang digunakan dalam kehidupan harian ini mempunyai berbagai fungsi seperti menggoreng, membakar, memanggang dan banyak lagi termasuk mengukus makanan dan sebagainya malah boleh juga dikatakan multifunctional.

Untuk pengetahuan, setiap Air Fryer mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri, sebagai pembeli anda wajib membuat tinjauan serta pilihan yang betul agar dapat menggunakannya dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

Bagi membantu anda untuk membuat pilihan yang manakah paling bagus, kami sediakan senarai Air fryer terbaik seperti berikut mengikut penelitian serta pendapat kami berpandukan review daripada orang ramai di laman Shopee dan Lazada.

Senarai Jenama Air Fryer Terbaik dan Berkualiti


Di Malaysia, untuk mendapat pelbagai jenis Air Fryer sangat mudah bukan sahaja di kedai elektronik tetapi boleh juga membeli secara online di laman Shopee, Lazada dan banyak lagi.

Namun, sebelum membuat sebarang pembelian anda wajib survey dahulu serta membaca pengalaman daripada mereka yang pernah menggunakan jenama tertentu agar tidak menyesal di kemudian hari kerana tersilap beli.

1. Samu Giken Turbo


Samu Giken Turbo

Jenama Samu Giken Digital Turbo Air Fryer ini sangat istimewa dengan kapasiti 10 liter mempunyai fungsi sebanyak 20 cara untuk memasak sebarang masakan berserta suhu membakar sehingga 250 degree C dengan penjimatan masa yang banyak.

Sebut saja resepi yang anda ingin masak dari pembuatan kek, ayam bakar, menggoreng apa saja dan banyak lagi caranya yang turut disertakan bersama pembungkusan ketika anda telah membelinya.


2. Philips Premium HD9860/99


Philips Premium HD9860/99

Dengan harga yang berpatutan dan oleh dikatakan agak murah berpandukan fungsinya seperti ketuhar atau oven berserta dengan fungsi teknologi fat removal menjadikan ia sangat menarik serta menjadi pilihan ramai pakar masakan.

Walau bagaimanapun, air fryer jenama Philips mempunyai pelbagai saiz dan harga yang berbeza-beza berdasarkan keinginan dan kemampuan setiap pembeli yang menginginkan kelainan dan pembaharuan dari segi teknologi terkini.


3. Khind ARF3000


Air Fryer Khind ARF3000

Sistem high speed air circulation dengan teknologi sensor sentuhan dan 8 fungsi untuk preset hidangan berserta kapasiti 3 liter menjadikan air fryer Khind ini agak menarik walaupun saiznya agak kecil berpatutan dengan harganya yang murah.

Lebih menarik, anda kini tidak perlu lagi membalikkan semua jenis masakan sekiranya menggunakan alatan jenis ini kerana sistem yang terdapat padanya mampu menjadikan semua masakan anda masak sepenuhnya.

Selain itu, anda boleh setkan masa tertentu supaya masakan anda tidak hangit atau terbakar mengikut jangka masa yang anda inginkan dan yang terbaik adalah ia turut disahkan oleh pihak SIRIM.


4. Giselle Digital KEA 0202


Giselle Digital KEA 0202

Jenama Giselle sehingga ke hari ini sememangnya menjadi pilihan orang ramai selepas kebanyakan produk yang dikeluarkan syarikat besar ini jadi viral di laman sosial kerana kebaikan dan kelebihan yang dimilikinya.

Walau bagaimanapun, untuk jenis seperti ditunjukkan di dalam iaitu KEA0202 dengan kapaiti 4.8 liter dengan suhu bakar sehingga 200 degree C menggunakan teknologi turbo spiral heating yang boleh menjimatkan masa anda di dapur.

Rapid Air Technology yang disertakan di dalamnya boleh menjadikan semua gorengan menjadi rangup dan tanpa memerlukan minyak masak yang boleh mengurangkan jumlah kalori yang akan masuk ke dalam badan semua penggunanya.


Resepi Masakan Guna Air Fryer


5. Nakada


Jenama Air Fryer terbaik dan murah di Shopee

Jika anda sedang mencari Air Fryer yang boleh menjimat elektrik, Nakada adalah pilihan yang tepat kerana ia menggunakan power 1100W sahaja tetapi mempunyai berbagai jenis fungsi istimewa untuk masak bermacam jenis masakan.

Ia didatangkan dengan pelbagai size yang mempunyai kapasiti berbeza dan contoh di dalam gambar adalah dari NKD1100 yang boleh membakar dengan suhu sehingga 230 degree.


6. Tefal Fry Delight


Air fryer terbaik

Fungsi yang paling terbagus yang terdapat Air Fryer jenama Tefal adalah ianya serbaguna dann selamat digunakan di dalam dishwasher serta anda boleh sediakan makanan pemanis mulut dan juga yang bergoreng mengikut selera.

Ia mempunyai pelbagai warna yang cantik dan saiz yang berbeza mengikut keperluan semua pengguna dan jenama ini sememangnya sangat berkualiti tinggi malahan ia turut dikenali di seluruh Malaysia.


7. Haier


HAIER 4 Liter HA-AF40

Bagi anda yang mahu mengamalkan diet sihat bersama Air Fryer, jenama Haier ini adalah yang terbaik kerana ia mampu mengurangkan penggunaan minyak masak sebanyak 80% selain hasil tekstur masakan menjadi garing dan rangup seolah-olah menggunakan minyak.

Fungsi Rapid Heatwave Technology, menjadikan ia agak berlainan dengan semua jenis alat memasak yang terdapat di pasaran kerana proses membakar, menggoreng, memanggang dan sebagainya akan menjadi lebih mudah malahan mengurangkan bau masakan.


8. PerySmith 3D Eco Health Series PS1520


Jenama air fryer jimat elektrik

Jenama PerySmith juga tidak kurang hebat dengan kualiti yang terbagus yang didatangkan rekaan khas untuk semua pengguna yang mahu amalkan pemakanan yang sihat dan menjimatkan penggunaan elektrik di rumah dan tak lupa harga Air Fryer ini sangat murah.

Dengan suhu bakar sehingga 200 degree serta kecanggihan sistem automatik untuk menamatkan waktu masakan dapat digunakan dengan sempurna apabila ia mempunyai overheat protection untuk elakkan makanan terlebih dimasak.


9. Russell Taylors Air Fryer AF-25


Russell Taylor

Pasti ramai yang kenal dengan produk Air Fryer brand Russell Taylor yang sememangnya sentiasa menjadi idaman ibu-ibu dan mereka yang rajin memasak di dapur kerana peralatan dan perkakasan dapur ini amat istimewa.

Dengan pelbagai saiz yang berbeza berserta kualiti terjamin terbaik menjadikan jenama ini popular di seluruh negara. Rekaan bentuk dan warna yang banyak berserta harga yang berpatutan membuatkan ia mempunyai kelebihan tersendiri.


Baca: English Version

Kesimpulan

Sebenarnya masih banyak jenis-jenis Air Fryer yang bagus-bagus berserta yang berjenama berkualiti paling bagus, namun senarai yang dikongsikan adalah antara yang sentiasa menjadi igauan orang ramai.

Semua jenama di atas adalah berdasarkan review pengalaman daripada ramai pengguna yang telah membeli serta menggunakannya dan berkongsi pelbagai resepi yang dibuat dengan alat memasak yang menjadi kegilaan ramai ini.

Semoga perkongsian senarai jenama Air Fryer yang terbaik dengan harga murah dan mahal yang boleh didapati di laman Shopee dan Lazada ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan sebelum membelinya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog