Zaman sekarang sup tulang boleh dimakan di mana sahaja bukan hanya di kedai malahan di rumah kerana resepi rahsia dan cara untuk membuatnya jadi sedap banyak didedahkan di laman carian.
Jika anda sukakan masakan ini yang biasanya terkenal di restoran Thai, anda boleh buat sendiri dengan mengikut langkah demi langkah bagaimana untuk memasak sup tulang daging lembu ini dengan betul dan lengkap.
Sebenarnya, kesedapan makanan ini terletak kepada rencah sup samada jenis bunjut atau boleh sediakan sendiri serta tulang merah segar yang masih panas katanya boleh didapati di pasar atau yang dijual di merata tempat.
Resepi sup tulang mempunyai pelbagai versi dan rasa, style orang utara sememangnya agak berbeza tetapi simple begitu juga dengan negeri Kelantan dan Terengganu yang hampir sama namun rasanya sedikit berlainan.
Resipi Sup Tulang Lembu Paling Sedap
Mungkin ramai yang telah tahu tentang cara yang paling mudah untuk memasak sup tulang adalah dengan pressure cooker yang mana hasilnya membuatkan daging menjadi lebih lembut dan tak liat untuk dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman.
Anda boleh masak guna cara tersebut tetapi pastikan semua bahan yang disenaraikan seperti di bawah perlu ada dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk automatik tersebut dan set kan masa seperti yang ditetapkan.
Resepi sup tulang power ini sangat mudah untuk disediakan. Yang paling penting ia menjadi dan sedap dimakan satu keluarga.
Ditambahkan dengan kicap pedas, sedapnya tak terkata dan cara untuk menyediakannya sangat senang dan tak cerewet. Anda yang baru belajar masak pun boleh buat.
Bahan-Bahan
- 1 kg tulang lembu
- 2 sudu besar rempah sup
- Daun sup & daun bawang
- Air secukupnya
- Garam
Bahan Kisar
- 1 biji bawang besar merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil lada putih
Bahan Tumis
- 1 biji bawang besar merah
- 8 ulas bawang putih
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 1/2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
1. Sila rebus tulang lembu tersebut sehingga ia jadi separuh empuk.
2. Kemudian, sila blend bahan kisar dan pastikan bawang tidak terlalu hancur dan lumat. Jika terlalu hancur akan hilang manis bawang tersebut, itu pantang utama kata Puan Khadijah.
Tips yang terbaik yang boleh anda ikut adalah dengan blend terlebih dahulu lada hitam dan lada putih. Apabila dah hancur barulah masukkan bawang untuk dikisar separuh hancur.
3. Apabila daging jadi separuh empuk, sila masukkan bahan yang dikisar bersama dengan rempah sup. Kemudian sambung masak sehingga ia betul-betul empuk.
4. Bahan untuk tumis iaitu bawang besar perlu dihiris dan bawang putih pula diketuk sahaja. Tumiskan semua bahan tumis sehingga ia garing dan naik bau yang sedap.
5. Setelah itu, masukkan kesemua bahan yang telah siap ditumis itu tadi ke dalam sup tulang dan masak semula sehingga semua bahan sebati sepenuhnya. Siap.
Baca : Resepi Daging Merah Ala Thai Paling Sedap
Resepi Sup Tulang Adabi
Berikut pula adalah resepi sup tulang guna perencah Adabi yang sangat mudah untuk dimasak seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah dibawakan oleh Channel YouTube Masak Apa Hari Ni.
Jika anda ada daging kambing dan nak masak sup seperti ini, bahannya sama saja dan tukarkan tulang atau daging lembu kepada kambing, simple dan terus masak serta rasakan hasilnya, confirm anda puas hati.
Sesetengah pakar masak seperti blogger Che Nom, Azie Kitchen, Yatie Kitchen, dan ramai lagi mempunyai cara yang tersendiri untuk sediakan masakan yang amat menyelerakan ini yang mana bahan mereka pasti ada bezanya.
Nak lebih cepat dan express, beli saja rencah sup Adabi dan masak guna periuk elektrik, masukkan kesemuanya dalam periuk, siap dah boleh makan. Tapi garam dan perasa anda yang perlu tentukan sendiri.
Diharap perkongsian resepi sup tulang sedap ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa sahaja untuk menyediakannya di rumah atau di mana sahaja anda berada. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog