Resepi Daging Masak Merah ala Thai Paling Sedap & Simple

resepi daging masak merah

Antara masakan yang selalunya orang order di restoran Thailand adalah daging masak merah yang sedap dan best kalau dimakan bersama nasi dan sambal belacan. Nak tahu resepi dan cara mudah masakan ini?

Di sini dikongsikan resepi daging masak merah ala Thai yang macam dijual di kebanyakkan kedai dan restoran serta di tempat kenduri kahwin. Cara untuk menyediakannya sangat simple saja sebenarnya.

Biasanya, kalau anda suka masakan siam, semestinya selain tomyam, masakan daging masak merah akan jadi pilihan. Walau bagaimanapun, ia mempunyai berbagai versi dan rasa.

Mengapa? Kerana orang kita sangat kreatif dan mengolahkan berbagai jenis masakan mengikut kreativiti sendiri. Begitu juga dengan masakan yang amat digemari ramai ini.

Dikatakan, kalau resepi dari negeri Terengganu, dari utara dan Kelantan agak berbeza. Malahan ada yang bersantan, agak pelikkan? Tapi, itulah kenyataannya, memang sedap kalau anda suka.

Selain daging dibuat masak merah, ayam pun boleh dibuat masakan ini. Cara buat dan langkah-langkahnya sama saja, hanya bahan utama iaitu daging ditukarkan kepada ayam.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai


cara masak daging masak merah

Berikut beberapa resepi daging masak merah yang dikongsikan diambil daripada pengguna facebook yang berkongsi cara masak masakan ini mengikut idea mereka sendiri dan bahan utama tidak dilupakan.

Bahan-Bahan Utama

cara buat daging masak merah simple

  • 1.2 kg daging
  • Pewarna merah
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk
  • Dua sudu cili boh atau cili kering
  • Dua sudu sos tiram
  • 3 sudu sos tomato
  • Dua sudu sos ikan
  • 2 senduk air rebusan daging
  • Sebiji bawang beras dihiris
  • Sebiji cili merah atau hijau
  • Beberapa cili padi
  • Sedikit gula
  • Garam
  • Daun ketumbar

Cara menyediakan:

1. Rebus daging dengan dicampurkan sedikit pewarna sehingga ia empuk. Angkat dan toskan. Hiriskan daging nipis-nipis. Tips supaya lembut dan cantik adalah dengan hiris melawan urat daging.

resipi masak merah

cara hiris daging dengan betul

2. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga warnanya bertukar seperti dalam gambar di bawah. Jangan goreng terlalu lama kerana akan garing. Cukup hanya 30 saat atau seminit. Kemudian toskan.

resepi daging masak merah ala thai

3. Tinggalkan sedikit minyak lebihan gorengan daging tadi dan tumis bawang putih dan cili kering sehingga masak atau pecah minyak.

masakan thailand

Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan masukkan daging. Kacau sehingga rata dan masukkan pula hirisan bawang besar dan cili merah.

masak merah ros simple

4. Masukkan sedikit demi sedikit air rebusan daging tadi untuk dijadikan kuah. Kepekatan kuah terpulang kepada anda sama ada inginkan kuah banyak atau pun sikit.

resepi terengganu

Kemudian, masukkan sedikit gula dan secubit garam dan sesuaikan dengan citarasa yang anda mahukan. Garam tak perlu banyak kerana sos ikan itu tadi telah masin.

Ada yang berpendapat, tidak masukkan garam pun tak apa kerana selain sos ikan, sos tiram juga telah masin. Walau bagaimanapun, terpulang kepada kehendak sendiri.

5. Apabila ia nampak masak, masukkan daun ketumbar, sila rasa dan siap boleh dihidangkan. Inilah resepi daging masak merah ala Thai hasil olahan Puan Nurha Muhammad.

Baca : Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Cara Buat Masak Merah Daging Simple

Berikut adalah perkongsian daripada Puan Myra Chaqkey. Pertama sekali, rebus daging dengan beberapa bahan yang dinyatakan seperti di bawah dan pastikan anda ikut satu persatu, barulah ia menjadi.

cara orang utara

  • Satu sudu kecil pewarna merah
  • Dua sudu sos Cap Labu (sos ikan)
  • Garam dan gula secukup rasa

Mungkin ada yang bertanya pewarna merah kalau tak ada, guna sirap boleh? Ya, boleh. Asalkan pewarna yang boleh digunakan dalam masakan seperti pewarna Rose dan sebagainya.

Kemudian, selepas direbus, angkatkan daging seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Potongkan daging mengikut citarasa anda dan air rebusan daging jangan dibuang kerana untuk dibuatkan kuah.

Bahan-Bahan

daging masak merah resepi

  • Daun limau purut
  • Bawang Holland
  • Bawang putih
  • Carrot
  • Pes cili kering
  • Cili merah
  • Cili padi (ikut kepedasan)
  • Daun bawang
  • Daun sup untuk hiasan

daging masak merah ala thai sedap

Langkah seterusnya, selepas potongkan daging itu tadi, gorengkan sekejap dan jangan terlalu lama kerana dikhuatiri ia akan garing dan menjadi keras. Cukup sekadar sekejap saja.

masakan kenduri kahwin

Tumiskan bawang putih dengan menggunakan minyak yang goreng daging itu tadi. Anda perlu pastikan minyak jangan terlalu banyak dan buangkan sedikit sekiranya tersangat banyak.

Masukkan pula, pes cili kering dan tumiskan sehingga naik bau atau ia juga dipanggil cili kering dah masak.

sos cap labu

Kemudian, campurkan sos Cap Labu, sos tiram, sos cili dan sos tomato seperti dalam gambar di bawah. Masukkan kesemua sos tersebut dalam masakan.

viral

Masak sebentar dan tambahkan air rebusan daging tadi dan jika anda mahu kuah lebih pastikan air rebusan tadi itu lebih. Masukkan serbuk perasa, gula dan garam secukup rasa.

lauk nasi minyak

Masukkan carrot.

cara kelantan

Seterusnya, bawang Holland yang dihiris cantik.

masakan masak merah daging

Masukkan daging merah yang telah siap dipotong nipis macam dalam gambar dan diikuti dengan daun limau purut.

cara memasak daging merah

Tutupkan api dan taburkan daun bawang berserta dengan daun sup. Sedap dan siap. Mudahkan? Anda boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.

Baca : Resepi Nasi Minyak Terengganu Ayam Masak Merah

Video Cara Masak Daging Merah

Berikutnya adalah video tutorial cara untuk memasak daging masak merah daripada Channel Farra yang menunjukkan bagaimana dia memasak masakan ini dari awal sehingga akhir.


Macamana mudah saja kan nak masak? Anda boleh cuba sendiri resepi daging masak merah ala Thai atau dengan cara anda sendiri. Anda boleh olahkan mengikut kreativiti.

Sesetengah orang sangat suka dicampurkan dengan kacang panjang dan ada juga bunga kobis atau brocolli, semuanya mengikut kemahuan dan citarasa kita kerana apa rasa yang kita mahu, kita yang tentukan.

Semoga perkongsian resepi daging masak merah sedap yang dikongsikan ini akan membantu anda untuk menyediakan masakan ini dengan mudah di rumah. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog