30 Kad Ucapan & Pantun Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2023

Kad Raya 2023

Dikongsikan contoh koleksi terbaik kad ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri bergambar design terkini berserta teks pantun kreatif bagi tahun 2023 yang boleh anda guna untuk dihantar kepada ahli keluarga, sahabat handai, rakan taulan, saudara mara dan sesiapa sahaja melalui Whatsapp, FB, Instagram dan sebagainya.

Semua gambar yang disediakan boleh di download dan di edit mengikut kreativiti anda sendiri samada ingin menukar nama, kad ucapan, pantun dan semuanya tanpa perlu meminta kebenaran kerana ianya percuma.

Jika anda seorang yang kreatif, dipersilakan untuk menyunting semula kad raya ini yang amat sesuai untuk diberikan kepada mereka yang anda sayang termasuk cikgu, kawan rapat, kenalan terdekat dan lain-lain.

30 Gambar Kad Ucapan Selamat Hari Raya 2023 & Pantun Kreatif


Bersempena sambutan Aidil Fitri bagi tahun 2023 ini pastinya setiap daripada kita ingin menyampaikan ucapan selamat hari raya kepada semua orang yang kita kenal, jadi dapatkan e-card seperti di bawah mengikut selera dan pilihan anda.

Selain itu, anda digalakkan untuk mengubah dengan memasukkan kata-kata anda sendiri samada pantun hari raya dan gambar-gambar kartun, gambar sendiri seperti contoh yang dipaparkan serta sila bina ayat mengikut idea dan kreativiti.

Kad hari raya aidil fitri

Selamat hari raya terbaik

Ucapan salam aidil fitri

Kad raya digital elektronik

Kad selamat hari raya

Ucapan hari raya

Happy Eid al-Fitr Greetings

Kad raya online

Whatsapp instagram facebook

Eid Mubarak wishes 2023 Malaysia

Ayat untuk selamat hari raya

Kata-kata hari raya untuk sahabat

SMS raya

Ucapan maaf zahir dan batin

Perkataan untuk keluarga

Kad raya dulu-dulu

Baca : Senarai Aplikasi Edit Gambar Terbaik

Ucapan selamat hari raya aidilfitri

Pantun ucapan aidilfitri

Hari raya poster

Selamat hari raya 2023 ucapan

Ilustrasi logo raya

Poster hari raya

Aidil fitri 2023 khat

Template kad raya tahun 2023

Download kad raya free

Gambar kad hari raya

Teks ucapan hari raya

Kad raya boleh edit

Contoh kad raya

Pantun hari raya 2023

Kad raya kreatif

Koleksi Pantun Hari Raya Aidil Fitri

Berikut adalah senarai pantun khas untuk hari raya aidil fitri yang mempunyai 4 kerat, pelbagai ayat dan kata-kata termasuk lawak, ucapan kreatif, simple, loghat Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan sebagainya

Anda boleh copy and paste semua ayat berikut yang dikongsi daripada laman Scribd mengikut pilihan yang disukai atau mengedit setiap ayat berpandukan kesesuaian serta idea sendiri.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Sms dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat hari raya aidilfitri,
Mohon maaf zahir & batin.
(nama penghantar dan family)

Makan roti dengan sekaya,
Selamat hari raya,
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon maaf zahir dan batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
Tengok-tengok hantu raya,
Hati-hati di atas jalan,
Supaya selamat pulang untuk beraya.

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di aidil fitri,
Sms ku kirimkan pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa di hati.

Bulan ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta.

Daun mengkuang, daun kari
Ikan keli, ikan patin,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Mohon maaf zahir dan batin

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakraban.

Kuih makmur kuih tat,
Mari makan sama ketupat,
Bukan je selamat hari raya,
Tapi hari raya yang selamat,
Itu yang perlu kita ingat.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Cincin disarung hati berdebar,
Jari nan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.

Saidina Affan menyusun kata,
Tutur peri yang aulia,
Maaf-bermaafan sesama kita,
Di aidilfitri yang mulia.

Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut hari raya.

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang teraniaya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Kirim kad raya satu guni,
Ucapan pantun berseni-seni,
Di hari raya yang mulia ini,
Ku harapkan segala dosaku diampuni.

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdentum dentam,
Riang gembira di hari raya.

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Sebelum lidah kelu,
Sebelum hati kembali membeku,
Sebelum tangan kaku,
Selamat hari raya maafkan aku.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Masak lomak cili api,
Campo dongan Daun kari,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
(orang kolumpo jangan kocik ati!!).

Secebis kasih membuatkan kita sayang,
Seucap janji membuatkan kita percaya,
Sedikit luka membuatkan kita kecewa,
Tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pon sudah,
Duit raya takkan dah lupa.

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

Moon may come,
Moon may go,
When syawal come,
Ramadhan has to go.

If lebih makan,
If silap seloroh,
Please forgivekan,
Make it zero zero,
Selamat hari lebaran.

Lebarkan persaudaraan,
Kosongkan persengketaan,
Selamat hari raye,
Maaf zahir dan batin.

Membeli mercun di kedai pak ali,
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar pak abu dengan parang.

Membeli diesel di kedai ah seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.

Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.

Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di taman kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh pak ngah, 2 ringgit je?.

Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.

Sang teruna berbaju melayu,
Sang dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.

Lapar puasa terketar-ketar,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
Kiriman Whatsapp pun dah kira grand lah ye!

Anak dolah makan lepat,
Makan lepat sambil melompat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Pakai Whatsapp pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.

Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.

Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.

Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
Menyambut syawal bersama keluarga.

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Puasa itu satu perintah,
Oleh allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.

Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah allah laksanakan segera.

Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.

Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.

Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh yang berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.

Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.

Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.


Order Kad Raya Elektronik Online

Jika anda mempunyai niat untuk design sendiri atau letak gambar keluarga dan sebagainya pada kad raya, anda boleh tempah di sini dengan harga murah serta beritahu bagaimana yang anda mahukan termasuk size, warna dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan kad raya elektronik hanya dihantar melalui email, Whatsapp dan sebagainya secara online sahaja tanpa print dan cetakan perlu dibuat sendiri di mana-mana kedai yang terdekat dengan anda.

Sekiranya anda berminat untuk order atau ingin tahu maklumat lanjut tentang kad raya digital berserta perkara-perkara yang berkaitan dengan Aidil Fitri dan sebagainya, sila hubungi saya di ruang contact form.

Kesimpulan

Dunia sekarang seiring dengan teknologi internet kebanyakan orang membuat sendiri sahaja kad raya dengan menggunakan pelbagai aplikasi dan software samada di telefon atau di komputer mengikut idea sendiri.

Anda boleh mencuba sendiri dengan mencari aplikasi kad raya tertentu yang terdapat di Google Play Store untuk telefon jenis Android dan juga Apple Store Gallery iaitu telefon jenis iPhone.

Diharapkan perkongsian senarai kad ucapan raya 2023 berserta dengan pantun Selamat Hari Raya Aidil Fitri tahun ini dapat membantu anda untuk menyampaikan kepada mereka yang anda kenali. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog