Cara Tukar Word Ke PDF Online (Document File Converter)

Cara tukar word kepada pdf

Mungkin anda sedang mencari bagaimana cara untuk tukarkan file PDF (Portable Document Format) kepada word iaitu Microsoft Word yang boleh di edit dengan mudah tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Apabila urusan kita yang membabitkan dengan dokumen yang amat penting serta memerlukannya dengan segera dalam format tertentu, kita perlu convert kepada setiap file yang diperlukan agar semua kerja lebih teratur dan efisien.

Namun, tidak semua file boleh diedit dengan cepat seperti PDF yang mana agar sukar untuk disunting, walaupun anda boleh mengeditnya pasti akan ada masalah tertentu seperti hasilnya tidak sepertimana yang diinginkan.

Jadi, solusinya tukar kepada word terlebih dahulu dan edit, kemudiannya save atau disimpan dalam format PDF seperti sebelumnya. Semuanya akan jadi lebih mudah dan cepat jika anda melakukan cara ini dengan betul.

Cara Tukarkan File PDF Kepada Word Vice Versa


PDF & Microsoft Word Converter

Sebenarnya, banyak sangat cara untuk tukarkan PDF kepada word, DOC atau DOCX secara online samada dengan menggunakan komputer iaitu di PC, laptop ataupun aplikasi khas di telefon Android dan iPhone.

Dikongsikan cara-caranya yang mudah berpandukan kepada jenis dan kaedahnya satu persatu, anda boleh memilih yang manakah sesuai dan hanya perlu telitikan setiap satu daripadanya sehingga di akhir artikel.

Guna Telefon Android & iPhone

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan memuat naik atau install setiap aplikasi pilihan yang disenaraikan di laman Google Play Store dan Apple App Gallery seperti berikut:

App Store & Play Store

  • Word to PDF Converter
  • PDF to Word Converter
  • Fast PDF
  • PDF to Document
  • PDF Converter

Selain itu, anda boleh juga mencari sendiri di store aplikasi pilihan dengan menaip kata kunci PDF Converter atau Word Converter dan sebagainya, kemudian pelbagai jenis apps yang boleh dipilih akan dipaparkan.

Secara Online Via Website

Berikut pula adalah beberapa senarai laman website yang boleh anda guna untuk menukarkan sebarang file dokumen kepada Portable Document Format atau vice versa dan sila pilih format yang anda mahukan.


Walau bagaimanapun, dalam artikel ini kami kongsikan salah satu daripadanya iaitu smallpdf.com dan kaedah untuk semua website biasanya lebih kurang sama sahaja dan tak perlu pening, hanya upload file yang ingin ditukar, itu sahaja.

Mudah saja caranya iaitu dengan klik pada butang Choose File dan masukkan dokumen Microsoft Word kemudian semua itu akan bertukar secara automatik dan anda boleh download format yang telah siap, simple dan mudah.

Cara menukar pdf kepada word

Sebenarnya, bukan sahaja file Microsoft Word yang boleh ditukarkan kepada PDF tetapi banyak lagi dokumen lain yang boleh ditukar mengikut format yang kita mahu seperti daripada PDF ke image seperti PNG, JPG, SVG dan banyak lagi, semuanya boleh dilakukan secara online sahaja tanpa memerlukan sebarang software yang banyak dijual di internet.

Di laman smallpdf.com juga anda boleh menukarkan format-format tertentu seperti dalam senarai berikut:

Convert From PDF

  • PDF to Word
  • PDF to Excel
  • PDF to PPT
  • PDF to JPG

Convert To PDF

  • Excel to PDF
  • PPT to PDF
  • JPG to PDF

View & Edit

  • Edit PDF
  • PD Reader
  • Number Pages
  • Delete PDF Pages
  • Rotate PDF

Split & Merge

  • Split PDF
  • Merge PDF

Convert & Compress

  • Compress PDF
  • PDF Converter
  • PDF Scanner

Sign & Security

  • eSign PDF
  • Unlock PDF
  • Protect PDF

Baca : Cara Download Video YouTube Dengan Mudah

Convert DOCX Kepada PDF Tanpa Software

Melalui perisian Microsoft Word iaitu DOC atau DOCX juga dapat menukar kepada PDF secara manual seperti yang ditunjukkan dalam video YouTube berikut yang diambil daripada Channel Nowar yang berkongsi tentang ini.


Akhir Kata

Diharap perkongsian cara untuk tukar document PDF to word dan sebaliknya ini dapat memudahkan semua urusan anda yang memerlukannya dengan segera, semoga bermanfaat dan selamat maju jaya. - Bukit Besi Blog