Cili jeruk hijau pasti tidak dapat dipisahkan dengan koay teow goreng yang mana gandingan ini sangat sedap dan menyelerakan. Untuk anda yang ingin cuba buat sendiri char kuey teow kami kongsikan cara dan resepi rahsia ala Penang style.
Kesedapan setiap kuay teow goreng biasanya berpandukan kepada bahan dan sos seperti kicap, pes atau sos tiram yang dibuat khas untuk gorengan. Selalunya ada udang, kerang, telur serta ditambah dengan taugeh dan juga daun kucai.
Perkongsian daripada Puan Fazreen Saini di laman Facebook telah menarik perhatian ramai netizen dengan ribuan share dan ini menandakan bahawa resepinya sangat sedap yang dibuat cara asli orang Penang serta rasanya yang agak pedas terangkat.
Resepi Penang Char Koay Teow Simple dan Viral
Untuk kali ini, saya nak kongsikan cara masak char koay teow simple versi kuah seperti yang banyak dijual di mana-mana gerai serta sentiasa menjadi pilihan orang ramai yang menggemari makanan ini.
Kalau saya pergi ke mana-mana gerai saya akan order kuew teow kerana makanan ini adalah antara yang menjadi kegemaran saya dan saya akan tahu masakan ini apakah bahannya yang kurang atau terlebih untuk saya perbaiki mutu masakan saya nanti.
Memang dah banyak kali saya cuba pelbagai versi kuey teow goreng chinese style dan hanya yang ini sesuai dengan tekak. Suami saya juga memuji masakan saya guna resepi ini katanya sangat sedap dan boleh buat berniaga di pasar malam.
Untuk pengetahuan anda, bahan tersembunyi yang biasanya peniaga rahsiakan adalah air rebusan udang, cili api dan ikan bilis fresh yang mana kesemuanya dimasukkan ke dalam setiap gorengan masakan ini.
Jika anda suka, anda boleh cuba buat dengan menggunakan resepi ini di rumah kerana bila buat sendiri lebih puas hati makan sampai menambah-nambah kerana jumlahnya lebih banyak daripada yang dijual di kedai dan gerai ckt.
Bahan-Bahan Kisar Halus
- 4 atau 6 ulas bawang putih
- 1 atau 2 biji bawang merah
- 5 tangkai cili padi
- Segenggam ikan bilis
- Sedikit air
Bahan Untuk Air Rebusan
- Kulit udang 10 - 14 ekor
- 3 cawan air
Bahan Untuk Sos (A)
- 2 senduk cili kisar
- 1/4 cawan kicap manis
- 6 sudu besar kicap cair
- 4 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu sos ikan (optional)
Bahan Gorengan (B)
- 1 pek kuey teow jenis halus
- 1 ikat daun kucai
- 1 mangkuk taugeh segar
- 3 biji telur
- Garam
Cara Penyediaan
1. Pertama sekali bersihkan udang dan buangkan kepala udang lalu rebuskan kepala sahaja selama 10 minit sekurang-kurangnya manakala badannya nanti dikhaskan untuk digoreng.
2. Kemudian selepas direbus, tuangkan semua kepala udang ke dalam blender dan kisar sehingga menjadi halus dan hancur.
3. Seterusnya tapiskan airnya dan semua hampas kepala udang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
4. Cincangkan secara kasar bawang merah dan bawang putih. Masukkan ke dalam blender lalu tambahkan sedikit air dan kisarkan sehingga lumat bersama dengan ikan bilis dan juga cili padi itu tadi.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan yang telah dikisarkan itu tadi. Masukkan cili kisar atau cili kering dan pastikan sehingga ia pecah minyak sepenuhnya.
6. Tambahkan dengan kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos tomato, sos ikan atau boleh digantikan dengan makan kalau nak dan masukkan semua air rebusan itu tadi mengikut tahap kepekatan yang anda mahukan.
7. Boleh masukkan kuay teow dan taugeh berserta daun kuchai diikuti dengan telur yang telah dipecahkan di dalam mangkuk. Anda boleh juga masukkan telur dahulu sekiranya anda suka telur yang kasar dan mengikut selera sendiri.
8. Kemudian, tambahkan garam dan rasa. Jika sukakan manis boleh masukkan gula. Masakkan sehingga kuay teow nampak layu dan jangan terlalu lama dibiarkan di atas kuali kerana ia cepat kembang dan kering kerana terlalu panas.
9. Bolehlah dihidangkan untuk santapan anda sekluarga yang boleh dimakan bersama cili jeruk, cili padi atau limau kasturi yang diperahkan di atasnya supaya ada sedikit rasa masam, terpulang kepada citarasa ya. Siap.
Tips Rahsia Untuk Kuey Teow Lebih Sedap
1. Tambahkan air jika nak kuah lebih.
2. Udang jangan masak terlalu lama supaya manisnya tak hilang.
3. Sebaiknya makan segera selepas masak kerana jika terlambat makan ia akan terus kembang dan kuahnya akan hilang dan kering.
Baca : Resepi Mee Goreng Mamak Original
Sos Char Kuey Teow Online
Mungkin ramai yang belum tahu tentang di pasaran Malaysia banyak dijual pati sos khas ready made untuk koay teow yang mana bila anda memasaknya ianya rasa sedap seperti mana makan di kedai dan ramai telah memuji akan kebaikan beberapa jenama tersebut.
Antaranya yang sentiasa menjadi pilihan ramai seperti brand Nona, Adabi, Mak Cun, M'Dee dari Pulau Pinang dan banyak lagi yang boleh anda beli di pasar raya atau secara online melalui laman Shopee dan Lazada.
Untuk memudahkan anda membuat pembelian dan pilihan, kami sediakan pautan untuk anda beli sos koay teow terbaik seperti di bawah dan anda boleh lihat perbandingan dan review dari pembeli terdahulu yang manakah paling sedap dan bagus.
Berikut adalah pilihan kami yang terbaik selepas telah mencubanya iaitu perencah sos char kuey teow utara yang mana ia sangat best dan sangat mudah untuk dimasak dengan cairkan sos kemudian tambahkan cili kering atau cili boh seterusnya goreng.
Lebih menarik lagi, ia bukan sekadar boleh dimasak untuk koay teow saja tetapi boleh juga digunakan untuk masakan lain seperti mee goreng mamak penang, mihun goreng dan banyak lagi. Memang power tak tipu.
Rujukan & Gambar
Kami juga sertakan satu tutorial video untuk membuat Penang char koay teow daripada Ustaz Othman Bin Saidin yang menunjukkan dari awal sehingga siap bagaimana beliau menggoreng untuk bisnes di gerai ckt miliknya. Mungkin dengan melihat video ini anda akan lebih mudah faham dan tahu buat.
Akhir Kata
Selain udang, anda boleh juga pelbagaikan bahan asas tersebut seperti daging ayam dan lain-lain tetapi rasa keaslian char koey teow mungkin sedikit berbeza memandangkan bahan utamanya adalah udang dan kerang pula bukan wajib tapi menambahkan kesedapan.
Zaman sekarang ramai pakar masak yang mengolahkan bahan char koay teow ini dengan memasukkan berbagai jenis bahan lain seperti Azie Kitchen, Che Nom dan ramai lagi. Anda juga boleh jika ada idea dan mempunyai kreativiti tinggi.
Diharap perkongsian resepi penang char koay teow pedas dan sangat sedap ini dapat membantu anda untuk sediakan masakan ini di rumah atau di mana sahaja anda berada, semoga dipermudahkan urusan dan semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog