Parvo Kucing - Simptom Penyakit & Cara Merawat Yang Betul

Parvo Kucing

Mungkin masih ada yang tertanya apa itu Parvo Kucing yang dikenali sebagai Feline Parvovirus (FPV) dan dipanggil juga dengan nama Feline Panleukopenia atau (FIE) Feline Infectious Enteritis (Radang Usus Yang Menular) yang boleh berjangkit sehingga menyebabkan kematian tiba-tiba kerana tidak merawat si bulus dengan betul sehingga sembuh.

Kebiasaannya, simptom parvo yang terdapat pada seekor kucing dapat dilihat dengan tanda-tanda tertentu serta perlu diberikan rawatan dengan kadar segera sebelum virus yang amat degil ini akan terus merebak dan terus hidup walaupun dalam apa persekitaran sekalipun dalam jangka masa setahun atau lebih lama lagi.

Sekiranya, si bulus telah dijangkiti, jangan bimbang kerana penyakit ini boleh sembuh jika anda ikuti setiap langkah-langkah serta cara untuk menghilangkan penyakit ini dengan tepat selain turut mengubatinya samada dengan cara perubatan moden yang boleh didapati di mana-mana klinik haiwan atau dengan kaedah petua tradisional yang dijamin berkesan.

Cara Merawat Penyakit Parvo Virus Kucing Supaya Sembuh


Parvovirus

Berikut beberapa maklumat yang berkaitan dengan virus parvo yang perlu diambil tahu oleh semua pecinta kucing sebelum ia terus mengancam nyawa si bulus di rumah tanpa kita sedari. Ada sesetengah kes, haiwan comel ini mati secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda yang menunjukkan ia telah mempunyai penyakit ini yang datang menyerang secara senyap.

Jadi, untuk mengelakkan perkara sebegini, anda perlu memastikan kawasan rumah atau di mana si bulus tinggal sentiasa dalam keadaan bersih dan tiada kekotoran yang biasanya datangnya daripada najis kucing itu sendiri. Selain itu, ada banyak perkara penting yang perlu dititikberatkan untuk atasi parvovirus seperti dikongsikan seterusnya.

Kenali Parvo Virus

Virus Parvo adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan kucing menghadapi penyakit yang amat teruk sehingga tidak mampu untuk makan dan minum serta turut menjadi tidak berdaya, lesu, pendiam dan tidak aktif seperti biasa.

Wabak yang amat ditakuti ini telah menyebabkan kadar kematian kucing semakin tinggi apabila si bulus tidak divaksin serta tingga bersama-sama dengan semua kucing lain yang cenderung untuk dijangkiti sehingga membawa maut kesemuanya sekali dalam satu masa sahaja.

Walau bagaimanapun, Parvo Kucing tidak boleh berjangkit kepada manusia atau anjing tetapi Canine Parvovirus yang terdapat pada seekor anjing yang positif virus ini boleh dijangkiti oleh kucing dengan kadar yang cepat dan mudah.

Anak kucing yang berumur antara 4 minggu sehingga 12 minggu sangat mudah untuk mendapat jangkitan manakala bagi kucing dewasa yang tidak mempunyai vaksin pula lebih berisiko tinggi untuk terkena penyakit ini sehingga maut secara mengejut.

Tanda-Tanda Kucing Parvo

Semua simptom penyakit yang disebabkan oleh parvo virus ini dapat dilihat dengan mudah dan sebagai pembela kucing, anda wajib mengambil tindakan yang cepat dengan mengasingkan setiap satu daripadanya yang telah dijangkiti supaya ia tidak merebak.

Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang boleh didapati pada si bulus sekiranya kucing anda mempunyai parvo. Sebaiknya segerakan dapatkan rawatan apabila anda telah mengetahui puncanya daripada gejala yang menunjukkan ia positif seperti:

  • Cirit birit berpanjangan
  • Bau najis sangat busuk
  • Muntah berwarna kuning
  • Kurang air dalam badan (dehydrate)
  • Bau mulut yang busuk
  • Tidak selera makan dan minum
  • Alami kemurungan yang teruk
  • Suhu badan sangat panas
  • Demam dengan lama tak sembuh
  • Najis mempunyai darah
  • Lemah dan lesu tidak bermaya
  • Menyorok dan menyendiri

Untuk makluman, ada sesetengah kes yang berlaku menyebabkan anak kucing mati secara mengejut sedangkan ia sihat malahan tiada sebarang tanda yang menunjukkan ia dijangkiti parvo tetapi maut menjemput tanpa kita sedari apakah punca sebenarnya.

YouTuber Farid Ali Life channel turut berkongsi bagaimana untuk kita ketahui si bulus telah pun dijangkiti berserta dengan tanda-tanda virus tersebut telah pun menyerang, sekurang-kurang anda dapat tahu apabila melihat penerangan daripada video ini.


Pencegahan Parvo Virus Dari Terus Merebak

Faktor persekitaran yang kotor adalah punca utama yang menyebabkan adanya parvovirus dan ia akan terus merebak dengan cepat melalui cecair, lendiran mulut dan najis yang terdapat pada seekor kucing yang telah positif dan akan dijangkit oleh kucing yang lain bersamanya.

Manakala, lalat atau sebarang serangga seperti kutu menjadi agen dan pembawa virus tersebut kepada kucing lain dengan menghinggapnya serta ia juga boleh menular melalui angin atau sentuhan secara langsung sesama mereka.

Untuk mengatasi daripada virus ini merebak di rumah dan kediaman, ada beberapa tindakan penting yang perlu dilakukan supaya parasit ini tidak terus menjadi penghuni tidak diundang untuk jangka masa yang panjang dengan cara berikut:

1. Virus parvo boleh dihapuskan dengan mencuci lantai atau kawasan yang sepatutnya dengan campuran air sabun dan Clorox. Kemudian, mop keseluruhan tempat di mana kucing sentiasa berada dan bermain.

2. Pastikan kesemua tempat tinggal si bulus sentiasa dalam keadaan bersih tanpa sebarang kotoran dan sentiasa menukar pasir sekiranya kucing membuang najis di dalam Litter Box. Najis yang kotor adalah antara punca utama penyakit ini.

3. Sebagai pemilik kucing, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan menjaga semua kebajikan kucing bukan hanya sekadar memberi makan dan minum, sebaliknya turut menjaga kesihatan dan penjagaannya dengan cara yang betul dan bersih.

Rawatan Terbaik dan Betul

Cara menghilangkan parvo kucing boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah yang harus diambil perhatian oleh semua pemilik kucing, janganlah tunggu sehingga ia telah dijangkiti barulah nak cuba dapatkan rawatan, sebaiknya buatlah persediaan pencegahan seperti:

1. Memastikan semua kucing yang dibela telah mendapat suntikan vaksin yang lengkap sepertimana yang telah disarankan oleh doktor haiwan atau daripada klinik veterinar.

2. Apabila kucing didapati terkena parvo, jangan bertangguh, segeralah bawa pergi ke mana-mana kerana ia boleh menjadi lebih kritikal jika tiada tindakan diambil malah boleh mati dengan cepat.

3. Sememangnya tiada ubat dan penawar khas untuk mengatasi penyakit ini, walau bagaimanapun, ia dapat dicegah dengan beberapa kaedah yang terbukti berkesan seperti kuarantin dan mengasingkan kucing yang positif dan yang lain.

Sebenarnya, tiada ubat khusus untuk membunuh virus ini dan ia hanya bergantung kepada antibodi kucing semata-mata dan rawatan secara agresif untuk mencerahkan peluang untuk sembuh adalah seperti berikut yang biasanya diminta oleh doktor haiwan:

  • IV drip untuk rehydrate semula
  • Antibiotik
  • Vitamin dan Immune Booster
  • Blood Transfusion jika perlu

4. Jika anda sedang merawat kucing parvo, pastikan sentiasa mencuci tangan selepas itu dengan menggunakan sanitizer, Dettol atau seumpamanya supaya ia tidak terus merebak dengan cara daripada sentuhan pemilik kucing.

Walaupun haiwan comel ini tidak keluar daripada rumah (in-door), ini tidak bermakna ia tidak berjangkit, mereka masih boleh terkena dengan pelbagai sebab dan punca seperti sentuhan contaminated object seperti tangan, baju, kasut dan lain-lain.

5. Vitamin dan supplement juga diperlukan semasa ia sedang menderita sakit dan dengan cara ini dapat membantu menyihatkan kucing atau sekurang-kurangnya ia dapat bertahan daripada terus mati.

6. Air glukosa biasanya amat digalakkan oleh semua vet dengan memberikan cecair ini menggunakan picagari dengan sukatan yang disarankan dalam kadar sebanyak 3 jam sekali pada setiap hari supaya ia terus mendapat tenaga dan menguatkan antibodi.

7. Makanan basah (wet food) juga sangat membantu yang mana makanan yang halus atau telah dihancurkan boleh diberikan kepada pesakit parvo kerana ia biasanya tidak akan makan seperti biasa.

Petua Untuk Kucing Terkena Sakit Parvo

Simptom penyakit parvo

Pasti ada yang masih lagi belum tahu tentang untuk merawat parvo kucing dengan petua tradisional menggunakan rumput helikopter (Pendul) yang boleh didapati di mana sahaja serta ia sangat membantu mengurangkan dan menghilangkan virus jahat ini dengan berkesan.

Sememangnya rumput pendul ini dapat mencegah daripada kucing terus jadi lemah tidak berdaya, menaikkan selera makan, najis tidak lagi berdarah atau dapat mengelakkan daripada terus demam panas dan bersin-bersin atau selsema berterusan. Berikut adalah cara-cara untuk diberikan minum kepada kucing:

Penyakit kucing parvo

1. Dapatkan rumput pendul yang segar seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan pastikan ia bersih sepenuhnya sebelum direbus. Sesetengah pendapat mengatakan sebaiknya diambil sekali dengan akar, batang dan daunnya.

2. Rebuskan rumput ini dengan sukatan 2 cawan air, tunggu sehingga ia mendidih menjadi hanya satu cawan sahaja. Kemudian sejukkan air rebusan dan terus diberikan minum kepada kucing yang terkena parvo.

3. Penggunaan picagari (syringe) sangat digalakkan kerana ia lebih mudah tetapi jika kucing boleh minum sendiri, itu adalah petanda yang sangat baik. Air ini umpama penawar terbaik dan ia seperti ubat antibiotik kepada anak kucing dan dewasa.

Untuk pengetahuan, sukatan rumput pula biasanya untuk air dua cawan hanyalah segenggam sahaja dan boleh agak-agak mengikut keperluan masing-masing tetapi air rebusan tidak boleh disimpan lama, cukup sekadar digunakan pada hari yang sama.

Selain itu, di laman Shopee juga ada dijual produk supplement dan vitamin yang berasaskan daripada rumput pendul ini yang boleh dibeli dengan harga yang sangat murah, kami sediakan pautan tersebut untuk memudahkan tugasan anda.

Baca : 10 Vitamin Yang Paling Terbaik Untuk Meow

Ubat Terbaik Untuk Kucing Parvo

Berikut adalah antara ubat-ubatan yang paling terbaik dan terbukti amat berkesan dapat mencegah virus parvo yang terdapat pada setiap kucing dengan syarat diberikan kepadanya mengikut aturan seperti yang dinyatakan pada setiap label atau bungkusan produk tersebut.

Semua senarai yang dikongsikan adalah berpandukan kepada pengalaman setiap penjaga kucing dan juga review yang diberikan oleh pelanggan terdahulu selepas menggunakan ubat tersebut yang ternyata antaranya didapati sembuh seperti sediakala dan dapat hidup dengan bahagia dan gembira.

Kyllinga Nemoralis

Cara merawat parvo sehingga sembuh

Produk yang dihasilkan daripada rumput pendul ini sangat bagus untuk atasi parvo, demam panas dan selsema. Buktinya, lihat saja jumlah jualan dan setiap komen daripada pelanggan serta ia dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Lihat di Shopee.

Pet Care Immune Booster

Tanda dan punca sakit parvo

Set lengkap jenama Pet Care ini sentiasa menjadi pilihan ramai pelanggan kerana ia dapat menguatkan daya tahan dan menguatkan antibodi kucing yang kurang aktif, sebagai penambahbaikkan sel-sel dalaman dan meningkatkan sistem imunisasi untuk elakkan daripada virus ini merebak.

Malahan ia turut dapat menghilangkan cirit birit, ulser, kemurungan, sakit mata, selsema dan semestinya demam. Lebih menarik ia membantu menaikkan selera makan kucing, menambahkan tenaga, vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh si bulus. Dapatkan di Shopee.

Akhir Kata

Saya sendiri pernah berhadapan dengan kucing kesayangan yang mati secara tiba-tiba walaupun ia sedang sihat dan aktif, kemudiannya diikuti dengan lagi 11 ekor yang turut serta dalam jangka masa seminggu sahaja. Apabila saya dapat tahu tentang FPV ini, saya dapatkan ubat seperti di atas dan semuanya dapat diselamatkan berpandukan nasihat doktor, vitamin dan supplement.

Diharap perkongsian dari Facebook tentang virus parvo kucing berserta cara untuk merawat dengan pencegahan yang betul dapat membantu si bulus anda daripada menjadi mangsa yang disebabkan oleh penyakit pembunuh senyap ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog