10 Vitamin Kucing Terbaik Untuk Gemuk & Melebatkan Bulu

Vitamin Kucing

Membela kucing bukan hanya sediakan makanan dan tempat tinggal tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kesihatan tubuh badannya, berbulu lebat, selera makan atau gemuk dengan memberikan vitamin terbaik.

Selain vaksin, vitamin kucing dan nutrisi yang mencukupi membantu si comel supaya tidak mudah mendapat sebarang penyakit yang biasanya dibawa oleh virus tertentu walau di mana saja ia berada.

Malahan dengan pemeriksaan berkala oleh doktor haiwan juga dapat menjaga kesihatannya dalam jangka masa panjang serta diberi perhatian penuh dengan penjagaan dari segi pemakanan yang betul.

Jika anda inginkan anak kucing atau dewasa yang dipelihara sihat, selera makan, gemuk, berbulu lebat dan cantik, anda wajib memberikan supplement atau vitamin yang bersesuaian untuk kebaikan si bulus.

Samada kucing kampung atau yang dibeli dengan harga mahal, kesemuanya harus diberikan kasih sayang dengan sama rata tanpa dipilih kasih atau sebaliknya kerana ia tetap haiwan kesayangan ramai.

10 Vitamin Kucing Terbaik Untuk Gemuk & Berbulu Lebat


Vitamin untuk kucing terbaik

Untuk menggemukkan seekor kucing, anda perlu tahu serba sedikit tentang beberapa jenis vitamin yang diperlukan oleh si bulus sebelum diberikan padanya termasuk apakah kebaikan nutrisi tersebut.

1. Vitamin A - Fungsi Vitamin A adalah khas untuk kesihatan kulit, mata berserta dengan kekebalan tubuh badan si bulus.

2. Protein - Ia berfungsi untuk membantu antibodi, enzim, dan meningkatkan nafsu atau menambah selera makan kucing.

3. Vitamin C dan E - Ia dapat membantu serta mengekalkan perkembangan tulang dan gigi.

4. Lemak Omega 3+6 - Apabila diambil, hasilnya akan menyebabkan kulit dan bulu si bulus akan tumbuh dengan lebat dan cantik serta sihat tubuh badan.

5. Vitamin K - Dapat memberikan bantuan untuk pencegahan pembekuan darah dalam badan.

6. Vitamin D - Ia mampu mengatasi masalah lumpuh atau sebarang gangguan yang berkait dengan tulang kucing.

Jenis-Jenis Vitamin Untuk Kucing


Vitamin yang terbaik untuk kucing bukan hanya daripada satu jenis sahaja dan ia mempunyai berbagai jenis untuk berbagai tujuan seperti berikut yang telah diciptakan khas untuk si bulus:

  • Untuk sistem percernaan
  • Kesihatan bulu dan kulit
  • Tumbesaran
  • Menjaga daya tahan tubuh badan
  • Menambahkan selera makan
  • Meningkatkan nafsu

Sebenarnya, terlalu banyak kebaikan dan manfaat yang boleh didapati daripada pengambilan daripada segala jenis vitamin untuk kucing yang terbaik dan antara seperti berikut:

1. Vitamin Untuk Gemuk Dengan Cepat

Jika anda terjumpa kucing yang gemuk dan sihat pastinya ia telah diberikan makan vitamin dengan berkala mengikut jadual yang teratur.

Selepas kucing makan vitamin biasanya berat badan tentunya akan naik dengan cepat yang biasanya diberikan vitamin A, B, C dan E yang mengandungi kandungan minyak ikan dan sebagainya.

Selain itu, selera makan kucing pasti bertambah dengan bulunya kelihatan semakin banyak, gebu dan cantik seperti yang kita inginkan.

2. Vitamin Untuk Lebatkan Bulu

Vitamin jenis ini biasanya diberikan kepada kucing yang mengalami masalah bulu gugur dan semakin berkurang samada disebabkan penyakit, pemakanan atau kurangnya vitamin dalam badan.

Vitamin terbaik untuk kucing yang keguguran bulu adalah vitamin A, B dan E yang kini banyak dijual di kedai, klinik haiwan, Pet Shop atau secara online di Shopee, Lazada dan lain-lain.

3. Vitamin Khas Untuk Anak Kucing (Kitten)

Anak kucing yang telah memasuki usia lebih kurang tujuh minggu sudah boleh dipisahkan daripada ibunya dan boleh diberikan makanan kucing yang berat samada wet food atau dry food.

Walau bagaimanapun, ia masih memerlukan vitamin untuk membantu tumbesaran badan selain dapat membantu penjagaan imun daripada tubuh si comel anda ini dengan nutrisi berkhasiat yang seimbang.

Untuk pengetahuan, sekiranya anda memberikan supplement atau vitamin yang mengandungi minyak ikan kepada anak kucing, ia dapat membantu tambahkan selera makan sekaligus ia cepat jadi besar dan gemuk.

4. Vitamin Untuk Kucing Yang Sedang Hamil

Seekor ibu kucing yang sedang mengandung juga amat sangat memerlukan supplement dan vitamin kerana bukan hanya untuk menjaga badannya sendiri tetapi termasuk anak dalam kandungannya.

Malahan dengan pengambilan vitamin khas untuk kucing hamil dapat membantu menambahkan tenaga serta kesihatan yang lebih baik selain dapat memudahkan proses kelahiran bayi kucing nanti.

Vitamin A, D dan E sebenarnya amat diperlukan oleh kucing yang mengandung dan apabila ia diberikan semua supplement tersebut, bayi kucing yang lahir nanti pasti sihat sepenuhnya.

Baca : 9 Jenis Makanan Yang Kucing Tak Boleh Makan

Kos dan Harga Vitamin Kucing


Kos pembelian atau harga bagi vitamin si bulus samada kitten atau yang dewasa adalah berbeza-beza berpandukan kepada jenis vitamin serta kualiti supplement tersebut.

Sebelum anda membuat sebarang pembelian, anda dinasihatkan berjumpa doktor atau bertanyakan kepada mereka yang lebih arif tentang vitamin apakah yang sesuai untuk si bulus anda.

Dengan cara ini, keselamatan kucing lebih terjamin serta tiada sebarang risiko yang perlu diambil memandangkan doktor lebih tahu tentang semua ini.

Sekiranya anda sedang mencari superfood yang paling terbaik tambah selera makan dan bagus untuk melebatkan bulu yang gugur serta vitamin kucing untuk gemuk, berikut adalah senarai jawapannya.

1. Cat Candy's Nutri Lick

Untuk gemuk dan melebatkan bulu

Kucing sebenarnya tahu apa yang baik dan tidak bagus untuk dirinya sendiri, begitu juga dengan nutrisi atau makanan yang akan dimakannya, tidak bermakna ia cerewet tapi memilih kerana selera.

Cat Candy Nutri Lick adalah supplement atau vitamin yang amat sesuai untuk kucing yang akan meningkatkan serta mengekalkan kesihatan yang maksimum untuk si bulus.

Kesemua tujuan yang anda mahukan seperti untuk lebatkan bulu dan menggemukkannya walaupun ia seekor kucing kampung, Cat Candy telah membuktikan segala kemampuan dan keperluan itu.

Dibuat dengan 7 ramuan utama seperti minyak kelapa dara, pati tapioka, minyak buckthorn seed dan banyak lagi melalui kajian terperinci dengan bahan kandungan yang kaya dengan nutrin dan protein.

Lebih menarik lagi, daging yang digunakan di dalamnya adalah dari jenis import yang terbaik dan dijadikan sebagai Cat Candy yang pastinya akan disukai oleh semua kucing di Malaysia dan di dunia.

Ia bukan saja untuk tumbesaran tetapi mampu untuk hilangkan berbagai jenis penyakit seperti sakit mata, selsema, batuk, demam panas dan sebagainya. Ia terbukti berkesan daripada mereka yang telah menggunakannya.

Anda boleh membaca setiap komen dan review yang telah diberikan oleh pelanggan terdahulu di dalam laman pembelian untuk mengetahui keberkesanan serta adakah ianya sangat baik untuk kucing.


2. Nutri Plus Gel

Royal Pet Multivitamin untuk kucing kampung sihat

Memelihara kucing sebenarnya tidaklah susah tetapi penjagaan yang rapi dan teliti semestinya perlu diterapkan agar si comel akan sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang hari.

Terkadang ada juga kucing yang alergik, diserang penyakit atau terluka kerana sebab-sebab yang tertentu. Apabila ia sedang berada dalam tahap pemulihan ia memerlukan multivitamin yang lengkap.

Dengan pemberian multivitamin dapat membantunya agar dengan cepat sihat dan pulih seperti sediakala. Nutriplus Gel adalah pilihan yang bagus untuk kucing yang baru sembuh daripada sebarang perkara.

Produk ini juga terbagus untuk kucing yang mengandungi mineral dan diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu organik tanpa sebarang bahan kimia yang udah dapat diserap oleh badan kucing.


3. SuperFood Produk Khas Untuk Kucing

Superfood nutri plus gel

Vitamin SuperFood sangat sesuai untuk kucing yang kurus dan perlu gemuk dengan cepat, yang mempunyai masalah kutu, kurap, kulat, penyakit sporo, sakit mata, demam, cirit birit, batuk, selsema dan sebagainya.

Produk ini sangat berkesan dan hasilnya boleh dilihat selepas 3 hari pengambilan serta selamat dimakan kerana semua bahan dalam kandungannya adalah organik dan dijamin halal.

Yang paling penting ia telah mendapat kelulusan SIRIM Malaysia. Didatangkan dengan bentuk tablet dan jangan risau semua kucing pasti suka makan dan akan terus meminta-minta selepas diberikan.

Cara makan Super Food ini pula perlu mengikut pada tahap umur kucing dan semestinya selepas memakannya kucing akan berselera makan dan kerap meminta makanan nanti, jadi bersedialah.


4. Royal Pet Premium Care For Pet

Harga vitamin kucing untuk selera makan

Dengan cara makan sehari sebiji mampu jadikan kucing kampung anda gemuk dan bulat sehingga seronok dipeluk nanti. Tak percaya? Anda boleh bertanya kepada pembeli sebelum ini.

Vitamin Royal Pet ini bukan sahaja vitamin kucing untuk gemuk tapi dapat lebatkan bulu yang gugur, menghilangkan kurap, tambah selera makan dan ia adalah makanan superfood paling baik abad ini.

Selain dari jenis tablet, ada juga produk Royal Pet daripada jenis spray iaitu cecair yang boleh menghapuskan kutu tanpa sebarang suntikan yang akan menyakitkan si bulus nanti.


5. PA Immune Pet Booster

Supplement

Jika kucing anda sering mengalami sakit atau mendapat berbagai penyakit seperti selsema, batuk dan sebagainya, PA Immune Pet Booster ini adalah sesuai untuk mereka memakannya.

Kerana produk ini membantu memelihara haiwan kesayangan anda daripada dijangkiti dan meningkatkan sistem imun badannya, menghalang daripada terus sakit serta membunuh segala kuman.

Cara penggunaannya dengan hanya menggunakan picagari atau syringe kemudian disuapkan kepada kucing anda dengan kekerapan seperti yang diterangkan pada pelekat atau label produk tersebut.


Untuk dapatkan banyak pilihan produk supplement dan vitamin untuk kucing, anda boleh layari laman Shopee dan Lazada kerana di sana banyak terdapat yang berkualiti setanding dengan harga yang murah dan mahal.


Baca : Senarai Makanan Kucing Yang Paling Bagus Untuk Gemuk dan Bulu Lebat

Kesimpulan

Sebenarnya masih banyak supplement serta vitamin khas untuk kucing yang boleh didapati di mana-mana, namun yang dikongsikan di atas adalah antara yang sering digunakan oleh ramai pecinta kucing Malaysia.

Apa jenis vitamin sekalipun yang anda beli, perkara yang pertama perlu dititikberatkan adalah kualiti dan kebaikan serta nasihat daripada doktor haiwan untuk mengambil suplemen berkenaan.

Semoga perkongsian tentang vitamin kucing yang bagus dan terbaik ini dapat membantu serta memudahkan segala urusan anda untuk gemukkan dan melebatkan bulu si bulus. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog