Apabila kucing mengalami selsema, hidung, mata berair, nafas berbau, bersin dan batuk berpanjangan, jangan biarkan sebaiknya terus merawat dengan cara apa pun samada dengan ubat farmasi yang berkesan atau petua tradisional.
Kebiasaannya, jika tidak sihat perubahan ketara akan jelas berlaku iaitu kucing aktif dan tidak aktif. Adakalanya ada yang masih boleh bermain walaupun tidak sihat seperti demam dan selsema.
Sebagai pembela haiwan kesayangan ramai ini, anda wajib menjalankan tanggungjawab iaitu memastikan kesihatan si comel anda sihat sepenuhnya dan berikan rawatan yang terbaik jika ia menghadapi selsema.
Mungkin anda sedang mencari apakah cara yang selamat untuk merawat selsema kucing sendiri di rumah memandangkan kos rawatan untuk mengubati kucing di klinik agak tinggi, ya anda boleh cuba dengan petua.
Petua Merawat Kucing Selsema Secara Tradisional
Sebenarnya, banyak kaedah untuk berikan rawatan yang sewajarnya pada kucing menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah atau dengan cara yang akan dikongsikan oleh ramai pecinta haiwan ini di Facebook.
1. Cuka Epal
Penggunaan cuka epal bukan saja untuk masakan dan makanan tetapi ia juga sesuai untuk merawat si bulus anda samada untuk penyakit kurap dan selsema kucing yang teruk.
Cuka epal sebenarnya membantu meneutralkan semula PH dan caranya dengan memasukkan sesudu ke dalam makanan atau minuman seperti wet food serta air minuman harian si bulus, ya itu sahaja dengan sekali sehari.
2. Memanaskan Badan Si Bulus
Dengan cara panaskan badan kucing membantu mengurangkan serta melegakan selsema yang dihadapinya itu, mengoyakkan surat khabar diletakkan bersama kucing diikuti selimut dan sebotol air suam dalam cat cage.
Surat khabar mengandungi karbon pada tulisan yang mana ia dapat menghangatkan badan kucing yang terkena selsema. Jika anda ada cara lain boleh juga dilakukan asalkan tidak menyakitkan diri si bulus.
3. Rumput Helikopter atau Pendul
Khasiat rumput ini dikatakan terbukti dapat mengatasi banyak penyakit seekor kucing iaitu seperti demam, selsema dan sakit parvo antaranya. Siapa sangka rumput liar mempunyai kebaikan yang tidak kita sedari.
Dikatakan air rebusan rumput helikopter ini dapat mengurangkan selsema kucing yang mana ia perlu meminumnya selepas direbus serta ada juga yang memberikan ia makan begitu sahaja kerana tidak memudaratkan.
Menurut perkongsian di Facebook, untuk menggunakannya anda perlu mencabut rumput ini bersama akarnya kemudian dibersihkan serta mematahkan sedikit daun serta batang kemudian rebus di atas api yang sederhana.
Jangan terlalu lama apabila merebus kerana dikhuatiri akan hilang khasiat rumput helikopter ini. Setelah ia sejuk, berikan kucing minum sebanyak 10 Mil hingga 20 Mil guna picagari pada waktu pagi dan malam.
4. Kunyit
Kunyit dapat menghilangkan selsema kucing? Mungkin macam pelik dan sukar untuk percaya kan? Tapi itulah kenyataannya di mana bahan ini digunakan hanya sapu pada batang hidung kucing yang selsema.
Setelah itu, anda akan dapat melihat hidung kucing tersebut akan mengeluarkan cecair daripada hidungnya kerana kunyit bertindak untuk mencairkan hingus yang pekat serta memudahkannya untuk terus bernafas.
5. Sauna
Ya sauna. Dengan cara ini dapat memanaskan tubuh badan kucing dan sangat sesuai dilakukan ketika musim hujan apabila kucing terkena serangan selsema berpanjangan iaitu ketika tiada matahari.
Caranya hanya menggunakan sangkar kucing serta letakkan bersama air panas di dalamnya atau cari alternatif untuk mendapatkan wap panas dalam kandang si bulus kerana kaedah ini sangat membantu untuk panaskan badannya.
Selain itu, jika bilik anda tertutup, masakkan air panas dengan banyak dan pastikan kucing ada bersama di dalam bilik tersebut. Wap tersebut pasti akan memenuhi ruangan bilik anda itu.
6. Supplement
Dapatkan supplement yang bersesuaian seperti Vitamin C dan Multivitamin yang akan dapat membantu kesihatan kucing. Caranya hancurkan supplement tersebut dan masukkan dalam picagari seterusnya suapkan, mudah tak?
Amalkan setiap dua kali dalam sehari sehingga keadaannya sihat sepenuhnya dan ia amat sesuai diberikan kepada si bulus ketika ia menunjukkan tanda-tanda selsema yang mungkin akan jadi lebih teruk lagi.
7. Asid Amino
Fungsi Asid Amino sebenarnya dapat membina protein serta mempu menjadi satu pertahanan atau benteng kepada kucing daripada serangan virus yang akan terus membiak dan merebak dengan cepat.
Ambilkan sedikit Asid Amino dengan dos sebanyal 200 MG hingga ke 500 MG ke dalam Wet Food dan berikan ia makan, dengan kaedah ini ia sememangnya sangat membantu daya tahan sakit kucing itu sendiri. - Facebook
8. Air Kelapa
Air kelapa untuk kucing selsema? Ya, betul, ia bukan saja menyembuhkan hidung berair berhingus tapi sekaligus dapat menyejukkan badan si bulus serta dapat menghilangkan sakit perut atau berak cair katanya. - FB
9. Minyak Kelapa Dara
Masha Cat VCO adalah supplement dan vitamin yang terdapat dalam minyak kelapa dara untuk kucing selsema serta mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan yang amat diperlukan oleh si bulus, antaranya seperti :
- Tingkatkan imunisasi dan tenaga
- Melegakan pernafasan, ulser dan mulut berbau
- Memelihara usus
- Melindungi hati dan hempedu
- Menggalakkan penghasilan insulin
- Memusnahkan bakteria dan cacing
Kucing yang sukar bernafas kerana selsema teruk berwarna hijau batuk berpanjangan, mata berair, bersin, tak nak makan, sakit mata, demam dan sebagainya amat sesuai mengambil Masha Cat VCO minyak kelapa dara ini.
Punca-Punca Kucing Selsema
Ia berlaku kerana disebabkan oleh jangkitan atau kombinasi beberapa jenis virus dan bakteria yang menyebarkan penyakit ini di kalangan kucing yang bergaul sesama mereka tak kira anak kucing atau dewasa dengan cara:
- Melalui air liur
- Menerusi cairan daripada bersin
- Berkongsi beka makanan, minuman, sangkar dan lain-lain
- Melalui sentuhan manusia
Tanda-Tanda Kucing Terkena Jangkitan Selsema
- Sering bersin berpanjangan
- Demam
- Tiada selera atau kurang nafsu makan
- Lemah dan lesu
- Batuk teruk
- Mata merah dan berair
Biasanya tanda-tanda tersebut akan kelihatan berkurang selepas 7 hari dan ia akan kembali semula dalam jangka masa 2 hingga 3 minggu dan perlu dirawat dengan kadar yang cepat sebelum melarat.
Pemberian ubat mengikut dos yang disarankan oleh doktor berserta dengan kesesuaian berpandukan kepada berat badan si bulus sebenarnya mampu merawat penyakit ini dengan segera.
Ibu bapa atau anak kucing yang telah mendapatkan vaksin sebelum ini akan lebih cepat sembuh malahan penyakit selsema itu tidak akan menjadi lebih teruk sepertimana kepada kucing yang belum dapatkan vaksin.
Pengambilan vitamin yang sesuai serta supplement khas untuk kesihatan si bulus sebenarnya sangat membantu dan proses kesembuhan daripada sakit kerana selsema menjadi lebih cepat.
Baca : Resepi Makanan Kucing Untuk Gemuk
Ubat Selsema Kucing Paling Terbaik & Berkesan
Selain guna cara tradisional, anda boleh dapatkan ubat selsema daripada klinik haiwan, farmasi, pet shop atau membeli secara online di laman Shopee dan Lazada dengan harga yang sangat murah tetapi berkualiti.
Tak percaya? Jika anda nak beli online setiap jenis ubat, pastikan anda membaca review daripada pembeli sebelumnya yang telah menggunakan ubat-ubatan tersebut, sekiranya ia berkesan itulah yang paling terbaik.
Untuk memudahkan tugas anda untuk mendapatkan penawar selsema si bulus, kami sediakan pautan dan beberapa contoh ubat jenis spray, krim, kapsul, vitamin dan supplement yang biasanya dibeli oleh ramai pecinta kucing.
1. Spray Homeopathy
Ini adalah ubat selsema kucing yang paling terbaik dan sangat berkesan yang dapat mengeringkan hingus serta menghalang penyakit ini daripada terus berjangkit, menghilangkan selsema dan sakit mata secara keseluruhan.
Cara untuk sembuhkan anak kucing selsema hanya spray dua kali sehari pada lidah si bulus itu sehingga ia sembuh dan kandungan semburan ini juga mampu bertahan untuk jangka masa selama sebulan makan.
2. Imexa Cat Flu
Ubat jenis cecair ini sangat mudah digunakan dengan memasukkan sebanyak 30 Mil air kosong ke dalam botolnya kemudian digoncang seterusnya diberikan pada kucing untuk minum sebanyak sekali dalam sehari sahaja.
Ubat selsema mujarab ini sesuai untuk anak kucing dan kucing dewasa mengikut dos yang telah ditetapkan pada setiap label botol serta ia boleh disimpan dalam peti sejuk untuk berbulan-bulan yang boleh dijadikan stok.
3. Moxivet - Moxila
Sebagai pembela haiwan ini, ubat ini boleh dijadikan sebagai persediaan sekiranya kucing akan diserang selsema atau penyakit seperti cirit birit, demam, masalah pernafasan dan juga masalah sendi.
4. Jenis Kapsul
10 biji ubat kapsul selsema kucing yang paling berkesan ini dijual di laman Shopee dengan harga RM10 sahaja dan ia mampu merawat berbagai penyakit seperti luka sporo, bisul, berulat dan sebagainya.
Baca : Rawatan Sakit Mata Pada Kucing
5. Ubat Kuning
Dikenali sebagai ubat kuning khas untuk selsema kucing atau yang sering bersin. Dos digalakkan adalah berpandukan kepada berat setiap si bulus anda daripada sebiji sehingga 1/8 biji setiap kali diberi.
6. Super Food Booster Vitamin
Vitamin booster seperti ini sebaiknya diamalkan kerana dengan adanya ia dapat menaikkan selera makan kucing. menambahkan berat badan atau semakin gemuk, mencegah demam dan selsema termasuk kutu dan kurap.
Baca : Tips Untuk Hilangkan Kutu Kucing di Rumah
7. Bexton
Kandungan herba yang terdapat di dalamnya dapat melegakan masalah batuk dan selsema haiwan kesayangan anda dengan kadar segera walau bagaimanapun antibody setiap kucing adalah berbeza-beza.
Kesimpulan
Pastikan setiap kali kucing ada selsema perlu dirawat dengan kadar segera supaya sakitnya itu tidak terus melarat sehingga berlaku penyakit lain serta tidak berjangkit terhadap kucing-kucing yang lain.
Langkah pencegahan yang betul adalah dengan cara kuarantin atau mengasingkan kucing yang sedang selsema daripada ahli keluarga atau saudara-maranya dalam tempoh tertentu sehingga ia sihat secara sepenuhnya.
Semoga perkongsian petua, tips dan cara merawat kucing yang selsema ini dapat membantu serta memudahkan tugasan anda untuk memberikan rawatan yang baik terhadap si bulus yang tersayang itu. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog