Cara Merawat Kucing Sakit Mata Anak & Dewasa (Ubat Terbaik)

Kucing sakit mata

Anak kucing sakit mata berselaput, berair, bengkak dan sampai buta sebelah memang kerap berlaku, ini akan memudaratkan jika tak merawat walau dengan cara apa sekalipun samada diberikan ubat terbaik, guna petua, tips dan sebagainya.

Ada juga kucing sakit mata serta selsema, bersin atau demam secara serentak, ini menunjukkan kesihatan si bulus anda telah terganggu dan harus diberikan perhatian yang penuh.

Terkadang ada haiwan ini mati begitu saja kerana mengalami penyakit ini yang mana tidak dirawat dengan betul atau dibiarkan tanpa pengawasan sehingga matanya menonjol merah, bernanah dan berdarah.

Malahan, terdapat anak kucing yang menderita kerana matanya sakit sehingga terkeluar bebola mata dan jika ia berada pada tahap ini, ia diklasifikasikan sebagai sangat kritikal dan perlu dirawat dengan cepat.

Sebagai seorang pecinta kucing yang memelihara haiwan ini, anda bertanggungjawab untuk memastikan semua kebajikan dan kesihatannya sentiasa baik dan sihat dalam apa jua keadaan.

Jangan sekali-kali menyalahkan si bulus kerana ia tidak tahu apa-apa dan yang penting kasihanilah dan sayangilah seadanya dia walaupun ia adalah hanya seekor kucing kampung.

Cara Merawat Anak Kucing Sakit Mata Dengan Ubat


Ubat terbaik

Gambar kitten di atas menunjukkan ia sedang menderita kerana matanya sakit dan mempunyai banyak tahi mata serta berselaput yang mana mungkin tuannya terlupa untuk berikan rawatan yang sewajarnya atau sebaliknya.

Anda sedang mencari ubat sakit mata untuk kucing atau ingin tahu apakah petua tradisional yang terbaik untuk memulihkan penyakit ini? Berikut kami kongsikan berdasarkan pengalaman dan info yang didapati.

Untuk merawat kucing sakit mata sebenarnya tidaklah sesukar mana tetapi memerlukan sedikit kerajinan dan masa yang terbaik untuk diluangkan kepada si bulus ini yang sentiasa menantikan kehadiran tuannya yang tersayang.

Sebelum anda mengetahui apakah kaedah yang terbaik untuk selesaikan masalah membataskan pergerakan si bulus, sebaiknya anda ambil tahu tentang bagaimana ia berlaku dan punca sakit mata terjadi agar dapat dielakkan nanti.

Seekor kucing yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan mata semestinya penglihatannya jelas dan kejernihan matanya yang berkaca dapat dilihat dengan penuh senangnya hati kita.

Walau bagaimanapun, ada beberapa punca dan penyebab yang membuatkan ia berhadapan dengan sakit mata seperti yang sedang berlaku sekarang di mana keadaan matanya berair serta banyak mempunyai tahi mata.

Feline Upper Respitory Inflection

Punca dan tanda

Mata kucing berair biasanya dikaitkan dengan penyebab utama iaitu virus seperti calicivirus, masalah pernafasan yang boleh berjangkit, bakteria dan protozoa yang mana ia amat bahaya pada si bulus.

Ia boleh merebak dengan cepat yang menyebabkan mata kucing mempunyai tahi mata yang banyak serta bernanah dan berwarna merah kerana mengalami keradangan yang sering berlaku di kelopak mata. - FB

Apabila sakitnya semakin kritikal, tidak mustahil akan sebabkan ia mengalami demam, cirit birit berpanjangan, sensitif pada cahaya dan sukar bernafas sehingga akan membawa kematian jika tidak dibendung.

Gambar anak kucing dan ibu kucing di bawah serta di atas menunjukkan ia sedang menderita dan ada yang perlu dibuat operation kerana matanya bengkak menonjol mengeluarkan lebihan isi kulit yang merah.

Adakah Boleh Sakit Mata Kucing Sembuh?

Obatnya

Untuk kesembuhan berpandukan kepada kepantasan seseorang yang membeli kucing mengambil tindakan untuk mengubati kucing yang sakit mata samada beli ubat di farmasi atau berjumpa doktor haiwan.

Walau bagaimanapun, sebaiknya dibawa ke klinik haiwan kerana vet lebih tahu ubat yang mana paling sesuai selain dapat memeriksa tahap penyakit berserta keadaan kesihatan setiap kucing yang dirawat.

Tetapi, jika anda tidak mempunyai bajet disebabkan kos rawatan kucing sakit mata agak tinggi atau atas sebab-sebab tertentu, anda boleh cuba menangani penyakit ini dengan membeli ubat-ubatan yang sesuai.

Paling penting adalah kuarantin atau asingkan kucing untuk tempoh yang lama daripada yang lain sekiranya ia sedang sakit mata, cuci matanya dengan bersih guna kapas sebelum diberikan ubat spray atau titis.

Tindakan ini adalah wajib supaya penyakit mata tersebut tidak berjangkit dan cara ini juga dapat memastikan anak kucing dan yang dewasa bebas daripada sebarang virus. - FB

Baca : Cara Hilangkan Kutu Kucing Dengan Berkesan

Ubat Terbaik Untuk Mata Kucing


Sebelum buat sebarang pembelian samada di laman Shopee, Lazada, Watson dan sebagainya, berikan perhatian kepada review ubat sakit mata kucing tersebut samada ramai yang telah menggunakannya atau adakah ia berkesan.

Untuk lebih memudahkan anda membuat perbandingan serta menambahkan sedikit pengetahuan tentang cara untuk merawat kucing yang sakit mata kami sediakan pautan senarai jenis-jenis ubat tersebut berikut:

1. Pet Care 4 in 1

Cara merawat sakit mata anak kucing

Set lengkap ini bukan sahaja dapat mengubati sakit mata tapi batuk, flu, bersin-bersin, meningkatkan selera makan tetapi ia juga adalah multivitamin selain dapat merawat banyak penyakit yang dihadapi si comel.


2. Cat Eye Drops / Ubat Titis

Ubat kucing sakit mata

Ubat ini adalah khas untuk kucing yang sakit mata atau telinga yang keadaannya seperti mata berair, bengkak dan adanya lapisan katarak. Hanya dengan bersihkan mata dan titiskan dua kali sehari.


3. Eye Vita Drops Original

Demam sakit mata dan selsema

Blue Bay Eye Vita ini antara ubat untuk mata kucing yang paling terbaik dan bagus kerana ia dapat membersihkan serta melindungi penglihatan si comel selepas menggunakannya.

Selain itu, ia kaya dengan vitamin dan boleh dikatakan supplement penting yang diperlukan oleh haiwan ini serta dapat menghilangkan atau mengurangkan stress kucing apabila mengalami sakit mata.


4. Terramycin Eye Ointment

Petua rawat mata berair berselaput

Ubat Terramycin ini sememangnya banyak digunakan oleh ramai pecinta kucing yang mana ia dikatakan sangat mujarab untuk mengatasi masalah mata kucing dengan cepat dan berkesan.

Cara merawat sakit mata kucing guna Terramycin ini sangat mudah dengan cucikan mata kucing terlebih dahulu menggunakan kain lembap yang betul-betul bersih yang telah direndamkan dalam air panas suam.

Pastikan membersihkan kedua-dua belah mata si bulus atau hanya sebelah yang mempunyai simptom. Kemudian sapukan Terramycin di mata yang sakit guna cotton bud dan jangan terlalu banyak. - Facebook


5. Super Effective Pet Supplement

Punca tanda kos rawatan tempoh

Ubat sakit mata kucing paling efektif ini bukan saja mampu sembuhkan mata yang bengkak, berair dan mempunyai selaput, malahan ia tidak beracun sekiranya si comel anda terjilat dengan tidak sengaja.

Harga sangat murah mampu dibeli oleh semua pembela haiwan ini melalui laman Shopee dan sila baca review yang telah ditulis oleh pelanggan akan keberkesanan ubat mata kucing ini.


6. Chlorop (Chloramphenicol Eye Ointment)

Neo deca ubat mata kucing chlorop

Ubat sapu jenama Chlorop ini juga berkesan berpandukan kepada tahap sakit pada mata yang dihidapi ibu atau anak kucing. Harga memang murah dan boleh dibeli di farmasi atau secara online sahaja.


Baca : Rawatan Terbaik Untuk Kucing Demam Panas

7. Neo Deca 2 + 1

Ubat ini biasanya sentiasa disarankan oleh doktor untuk disimpan di rumah kerana setiap si bulus akan berdepan dengan sakit telinga dan mata serta ubat ini sangat berguna untuk digunapakai.


Petua Kucing Sakit Mata

Ini adalah petua dan cara tradisional merawat sakit mata kucing dengan menggunakan bahan yang terdapat di dapur rumah, hanya rebus dan sapu, sila ikuti perkongsian daripada Mat Laga bagaimana untuk mengubati.


Kesimpulan

Samada anak kucing atau yang dewasa sekiranya sakit mata, ia perlu dirawat segera supaya penyakit itu tidak merebak atau menjadi lebih teruk sehingga akan membahayakan nyawa si comel itu sendiri.

Dinasihatkan cepatlah bertindak atau rawat si bulus menggunakan apa saja kaedah yang ada serta yang terbaik untuknya supaya ia terus dapat meneruskan kehidupan serta menceriakan hidup kita.

Semoga perkongsian tips dan cara merawat kucing sakit mata guna ubat dan petua orang kampung ini dapat membantu memudahkan segala masalah dan urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog