Cara Hilangkan Kutu Kucing Dengan Cepat & Berkesan

Kutu Kucing

Kutu kucing sememangnya membawa masalah sekiranya anda tidak menghapuskan atau membasminya kerana ia akan memudaratkan si comel anda. Apakah cara untuk hilangkan masalah ini dengan cepat dan berkesan?

Ear mites atau dipanggil sebagai kutu telinga adalah salah satu jenis parasit yang bahaya berada di dalam telinga kucing dan ia boleh membuatkan haiwan kesayangan anda ini mati jika tidak dirawat.

Penyakit yang berpunca daripada kutu adalah biasa saja tetapi jika tidak dibasmi dengan sepenuhnya ia akan mengundang berbagai masalah serius yang terjadinya penyakit lain yang lebih bahaya dan terancam.

Kebanyakan kutu yang menyerang kucing adalah dengan cara mengigit dan menghisap darahnya untuk menjadikan makanan supaya ia dapat terus hidup walaupun berada di dalam telinga atau di badan si bulus.

Gigitan tersebut akan menyebabkan kucing menjadi tidak selesa seperti biasa dan akan menyakiti dirinya sendiri seperti menggaru dan sebagainya. Oleh itu, atasi segera perkara ini untuk kebaikannya.

Apakah punca kutu dan bagaimana cara untuk merawat serta menyembuhkan perkara ini, di sini dikongsikan bagaimana cara hilangkannya dan beberapa penjelasan yang berkaitan daripada seorang pakar di Facebook.

Bagi mengatasi masalah ini, berikut dikongsikan bagaimana seorang pecinta kucing dapat menghapuskan selain mengetahui beberapa perkara yang berkait dengan kutu kucing supaya dapat dielakkan.

  • Bahaya kutu kucing
  • Jenis-jenis kutu
  • Ciri-ciri kucing yang berkutu
  • Punca adanya kutu si bulus
  • Cara hapuskan kutu di tubuh kucing
  • Cara pencegahan supaya tiada lagi

Cara Menghilangkan Kutu Kucing Dengan Cepat


Cara hilangkan kutu kucing

Kutu telinga amat mudah berjangkit daripada kucing ke kucing lain yang berada di tempat yang sama dan apabila dijangkiti biasanya antibody haiwan ini akan menjadi lemah atau menurun sekiranya tidak pernah vaksin.

Sebelum anda tahu bagaimana untuk merawat serta mengelakkan kutu kucing ini sebaiknya tahu serba sedikit tentang punca dan tanda-tanda yang sangat jelas dapat dilihat yang terdapat pada si bulus anda.

1. Scratching, garu guna kuku di dalam atau di tepi telinga.
2. Kepala bergoyang-goyang seperti ada sesuatu yang tak kena.
3. Ada kesan bengkak di sekitar sekeliling atau dalam telinga.
4. Ada cecair yang meleleh keluar daripada telinga.
5. Telinga mengeluarkan bau yang sangat busuk.
6. Cecair yang dikenali sebagai nanah aka keluar dari telinga.
7. Telinga aka penuh dengan tahi atau adanya benda yang berwarna hitam.

Sebenarnya, berbagai jenis virus yang terdapat di sekeliling kita serta mudah menjangkiti kucing, oleh itu sebagai pemilik kucing, sentiasalah memantau persekitaran di mana kucing anda tinggal.

Petua Merawat & Ubat Kutu Telinga


Banyak cara tradisional untuk merawat atau menghilangkan kutu kucing serta bermacam petua dan ubat kutu yang dikongsikan oleh ramai pecinta haiwan ini yang boleh anda amalkan untuk si bulus, antaranya:

1. Petua dengan menggunakan minyak kelapa dara yang perlu ditambahkan dengan herba Anti Inflammatory atau belikan ubat telinga di klinik haiwan veterinar serta di Pet Shop.

Antara ubat yang biasa digunakan adalah daripada jenis yang berjenama Neo Deca Aer dan Ilium Ear Drops jenama Troy.

2. Titiskan ke dalam telinga anak kucing atau yang dewasa dengan beberapa titiskan dua atau 3 titis serta urutkan secara perlahan dalam jangka masa selamat seminit sekurangnya.

3. Ambilkan kapas telinga dan bersihkan semua kotoran serta nanah yang terdapat di dalam atau di sekitar telinga kucing.

4. Sebaiknya lakukan perkara ini dalam 2 atau 3 kali sehari selama seminggu atau sehingga telinga kucing anda benar-benar bersih serta terhindar daripada segala kekotoran.

5. Anda tidak perlu risau untuk membersihkannya dan anda akan dapati banyak kotoran akan terkeluar daripada telinganya. Jangan bimbang kerana semakin banyak keluar semakin bagus untuk proses pembersihan.

6. Jangan terlalu takut untuk mencuci serta bimbang ia terkena gegendang telinga kucing kerana gegendang haiwan ini tidak sama dengan manusia yang mana kedudukannya agak tersorok sedikit.

Sila rujuk pada gambar yang dipaparkan di atas sebagai rujukan untuk mengenali serta mengetahui kedudukan dan bagaimana gegendang kucing yang dapat dilihat dalam ilustrasi tersebut.

Ketahui apa yang akan berlaku terhadap kucing anda sekiranya tidak merawat serta jika membiarkan sahaja keadaannya yang berkutu tanpa sebarang rawatan atau pembersihan yang boleh dilakukan.

1. Si Bulus Akan Tersiksa

Sebagai pecinta kucing yang amat menyayangi tentunya anda tidak sampai hati melihat dirinya tersiksa dek kerana kutu yang membuatkannya mengigit diri sendiri dan sebagainya sehingga membuatkan kucing agresif.

Selain itu, disebabkan gigitan juga akan menyebabkan bulu kucing akan gugur akibat grooming yang dilakukan sendiri secara berlebihan kerana mungkin sakit atau gatal pada bahagian yang mempunyai kutu.

2. Kutu Boleh Menyerang Manusia

Untuk pengetahuan, jika kucing mempunyai kutu pastinya peluang kutu untuk menyerang anda sentiasa ada malahan kehadiran kutu akan membuatkan seisi dalam rumah tiada lagi keselesaan kerana kutu akan bertelur merata-rata.

Lebih teruk lagi jika ia menjadikan tempat seperti tilam, almari pakaian, karpet dan sebagainya sebagai rumah untuknya berkembang biak bagi keturunannya di rumah anda nanti.

3. Kucing Akan Terkena Alergik Kulit (Dermatitis Allergy)

Biasanya kerana kutu membuatkan kulit kucing ada benjolan kecil pada kulitnya tetapi jika kucing tersebut mempunyai alergik terhadap air liur kutu, ia akan menjadikan benjol-benjol tersebut lebih banyak.

Bukan sahaja banyak malahan akan kelihatan kulitnya bengkak serta kemerah-merahan yang membuatkan kucing sentiasa menggarukan kulitnya sendiri yang menyebabkan luka-luka kecil.

4. Kucing Kecacingan

Selain kulitnya gatal-gatal, kutu juga adalah pembawa telur cacing Pita di dalam air liur kelenjar lidahnya dan sekiranya ia bertelur serta menetas di tubuh kucing akan menyebabkan kucing kecacingan.

Perkara ini amat serius dan jangan dipandang remeh dan perlu ditangani dengan segera kerana setiap nutrisi yang dimakan oleh kucing kesemunya akan diserap atai diambil oleh cacing pita tersebut tanpa disedari.

5. Kekurangan Darah Pada Si Bulus (Anemia)

Kutu adalah penghisap darah dan ini bermakna kucing akan kehilangan banyak darah. Sekiranya darah tersebut terlalu banyak diambil kutu, hal ini menyebabkan kucing terkena penyakit Anemia iaitu kurang darah.

Tanda-tanda yang dapat dilihat jika perkara ini berlaku adalah gusi akan menjadi pucat, sentiasa letih atau lesu dan suhu kucing juga semakin menurun serta Anemia boleh sebabkan berbagai komplikasi penyakit.

6. Infeksi Bartonella

Infeksi Bartonella atau dikenali sebagai penyakit Cat Scratch Disease (CSD) adalah penyakit yang boleh menyerang kucing, anjing dan juga manusia itu sendiri yang disebabkan oleh bakteria Bartonella Henselae.

Bakteria yang terdapat dalam kotoran kutu ini amat bahaya pada manusia serta berjangkit melalui jilatan kucing terhadap manusia melalui luka-luka seperti melecet atau luka yang terbuka.

Antara gejala yang disebabkan oleh bakteria ini akan menyebabkan penyakit seperti demam, muntah-muntah, Diarrhea, kekejangan dan pembengkakan kelenjar iaitu dkenali sebagai beguk.

Jenis-Jenis Kutu Yang Ada Pada Kucing

Spray kutu kucing terbaik

Sebenarnya, terlalu banyak jenis kutu-kutu yang sentiasa menghinggap tubuh badan kucing, walau bagaimanapun, spesis yang paling kerap hinggap atau menyerang kucing adalah seperti berikut:

  • Fleas
  • Tick
  • Mite (Tungau)

Baca : Rawatan Untuk Kucing Demam

Ciri-Ciri Kucing Terkena Kutu

Spray kutu kucing

Berikut pula adalah beberapa ciri-ciri yang kebiasaannya terdapat pada kucing yang telah diserang oleh kutu tanpa disedari dan anda perlu tahu semua tanda-tanda berikut:

  • Sentiasa mencakar dan gigit bulu sendiri
  • Grooming yang berlebihan
  • Bulu kucing selalu gugur
  • Menghindari kawasan dalam rumah
  • Tingkah laku seperti kucing liar
  • Berat badan menurun
  • Gusi nampak pucat dan lesu
  • Terdapat luka meras bekas gigitan
  • Bintik hitam pada kulit kucing
  • Bintik merah pada kain tempat tidur kucing
  • Kutu-kutu yang kelihatan pada badan

Baca : Senarai Makanan Kucing Terbaik di Malaysia

Cara Menghapuskan Kutu Kucing

Untuk menghilangkan kutu sebenarnya tidaklah susah namun anda perlu sentiasa ambil perhatian tentang perkara ini agar ianya tidak menjadi masalah pada masa akan datang yang berlaku terhadap kucing anda.

Cara untuk menghapuskan kutu kucing boleh dilakukan dengan banyak kaedah dan antara yang amat digalakkan adalah seperti disenaraikan di bawah yang mana anda perlu lakukan dengan cepat.

1. Shampoo Kucing

Guna shamppo khas untuk kucing tetapi itu tidak semestinya atau anda boleh gunakan shampoo bayi yang direka khas untuk kulit bayi yang sensitif yang mana ia dapat membunuh sebahagian kutu tersebut.

Walau bagaimanapun, semua kutu yang bersarang di badan kucing pasti tidak semuanya akan mati kerana ia memerlukan syampu khas untuk membasmi kutu yang akan mengusir atau mematikan kutu dengan cepat.


2. Minyak Telon & Minyak Kelapa Dara

Jika anda guna minyak telon yang mempunyai campuran tiga gabungan minyak iaitu minyak jintan, kayu putih dan minyak kelapa yang mana ia dapat membunuh kutu kucing dalam jangka masa 7 minit sahaja.

Namun, ada yang berpendapat minyak telon tidak sesuai untuk kucing kerana ada yang kandunganbya seperti Essential Oil Lavender yang dikatakan menjadi racun terhadap si bulus anda.

Tetapi minyak kelapa dara adalah yang paling terbaik dan sangat disyorkan oleh ramai pakar kucing dan doktor haiwan malahan satu kajian yang dilakukan di Washington USA mengatakan minyak kelapa muda paling terbaik.

Ia telah terbukti dapat membunuh kutu serta sangat berkesan dan selamat digunakan untuk mematikan kutu dengan cepat malahan ia juga dapat serangga atau sengkenit dan kutu-kutu jenis lain.


3. Penggunaan Sikat Kutu Khas

Dengan menyikat bulu kucing secara teratur tentunya memberikan impak yang sangat baik untuk kucing yang mana cara ini dapat menghilangkan kutu dengan cepat serta membuatkan bulu kucing lebih gebu dan halus.

Anda boleh dapatkan sikat kucing yang banyak dijual di pasaran seperti di Pet Shop atau klinik haiwan. Malahan anda boleh juga membeli secara online di Shopee dan Lazada dengan banyak pilihan.


4. Cuka Epal

Mungkin ada yang tidak tahu apakah kebaikan dan khasiat cuka epal yang mana ia telah difermentasikan menjadi cecair. Ia banyak digunakan dalam kehidupan manusia seperti dalam masakan dan sebagainya.

Selain itu, kelebihannya untuk kesihatan tubuh badan, kecantikkan kulit, mengurangkan kolestrol dan banyak lagi. Tetapi untuk kucing juga sangat bagus dengan tujuan untuk cara membasmi kutu yang bersarang dalam bulu anda di rumah.


5. Ubat Titis Kucing

Produk ubat titis kucing yang dikhususkan untuk mengusir kutu yang terdapat dalam bulu serta badan kucing yang amat berkesan boleh mencegah kutu banyak di jual di mana-mana kedai dan pasar raya di Malaysia.

Harga ubat titis ini juga sangat murah malahan berbagai jenis yang boleh dibeli dan digunakan untuk tujuan ini. Sebagai pembeli anda wajib mendapatkan yang paling terbaik.


Pencegahan Supaya Kutu Tak Kembali

Kaedah yang seterusnya perlu dilakukan oleh anda yang membeli kucing untuk menghapuskan kutu kucing secara keseluruhan adalah dengan melakukan langkah-langkah yang betul seperti berikut:

1. Memantau Pergerak Si Bulus

Salah satu sebab utama yang menyebabkan kutu bersarang pada badan kucing adalah ia seringkali pergi ke tempat-tempat yang telah menjadi sarang kutu serta ia berpindah randah dari badan ke satu badan yang lain.

Kebiasaannya, tempat yang dimaksudkan adalah seperti di luar rumah, tempat kotor, kebun, taman atau tempat yang mempunyai tumbuhan dedaunan yang banyak yang sering menjdai tempat tinggal sang kutu.

Untuk tujuan menjaganya daripada mempunyai atau diserang kutu, anda haruslah sentiasa memantau pergerakannya dan jangan dibiarkan ia pergi ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

2. Jaga Kebersihan Rumah Scara Berkala


Selepas selesai membasmi kutu dengan memantau pergerakkannya, langkah seterusnya adalah membersihkan tempat tinggal si bulus anda seperti di kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan kutu.

Sebaiknya, pastikan kawasan dalam rumah sentiasa bersih atau benda-benda lain seperti karpet, tilam, bantal dan sebagainya dicuci atau dibersihkan dengan vakum secara teratur dan berkala.

3. Lakukan Pemeriksaan Secara Rutin

Setelah kutu kucing terbukti hilang sepenuhnya, tugas anda adalah sentiasa membuat pemeriksaan pada keadaan si kucing agar kutu tidak lagi datang menyerangnya tanpa anda sedari.

Kekerapan untuk pemeriksaan adalah bergantung kepada masa anda sendiri untuk menguruskan pada waktu mana yang sesuai untuk bersama kucing untuk diperiksa keadaannya.

Baca : Cara Merawat Kucing Cirit Birit

Ubat Kutu Kucing Yang Mujarab

Salah satu cara yang paling cepat untuk hapuskan parasit ini adalah dengan menggunakan ubat khas yang banyak dijual di pasaran sepertimana disyorkan oleh ramai doktor veterinar dan klinik haiwan.

Berikut adalah antara senarai ubat-ubat kutu telinga kucing yang boleh anda beli untuk mencegahnya daripada terus membiak yang boleh didapati di laman Shopee dan Lazada yang berkualiti dengan harga agak murah.

  • Camay Cat Flea Lice Spray
  • Pet Cat Anti Flea Prevention
  • Flea Out
  • Pet Flea Drop
  • Ubat Kutu & Kurap Kucing

Sebenarnya, sangat banyak jenis-jenis ubat kutu kucing, senarai di atas adalah antara yang terbaik dan sering dibeli oleh ramai orang dan di bawah ini salah satu yang paling bagus dan berkesan.

Shampoo kutu kucing

Camay Repellent adalah pencegah kutu yang dirumus khas dari bahan natural tanpa racun dan selamat digunakan oleh manusia. Keunikannya adalah kesan semburannya dapat bertahan dalam masa yang agak lama.

Ia bukan sahaja dapat menghalau kutu tetapi serangga lain juga seperti pepijat, semut, lipas, lipan dan berbagai lagi. Paling menarik ia tidak memudaratkan sekiranya si bulus termakan tanpa sengaja.


Set Lengkap Pet Care 4 in 1

Ubat kutu kucing yang paling berkesan

Set lengkap ini bukan sahaja dapat mengubati kutu, flu, bersin-bersin, meningkatkan selera makan tetapi ia juga adalah multivitamin selain dapat merawat banyak penyakit yang dihadapi si comel.


Kesimpulan

Adakah kutu kucing akan berjangkit pada rambut kita dan adakah ia bahaya pada manusia? Sebenarnya, ia tidak berjangkit tetapi boleh mengigit kulit manusia dan menyebabkan adanya kegatalan di kepala atau badan.

Bagi anda yang mempunyai kulit yang sensitif, sila berhati-hati dengan kutu ini, walaupun ia kecil tetapi tetap akan memudaratkan sehingga meninggalkan parut bagi anda yang alergik dengan kutu ini.

Semoga perkongsian tips dari Facebook dan cara untuk menghilangkan kutu kucing yang berbahaya pada manusia juga dapat membantu serta memudahkan segala urusan harian anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog