Kucing Demam Panas dan Cara Merawat Mengikut Tips Yang Betul

Kucing demam

Bagaimana cara mengetahui kalau kucing demam dan sakit walaupun terkadang ia kelihatan sihat seperti biasa. Tetapi pasti ada tanda-tanda yang menunjukkan binatang kesayangan ini tidak sihat.

Apakah tanda-tanda yang menunjukkan kucing demam berpanjangan dan adakah cara terbaik untuk merawat kucing di rumah serta bagaimanakah kaedah atau ubat yang sesuai untuk mengatasi masalah ini?

Sebagai pecinta kucing yang memelihara haiwan ini , anda wajib mengambil tahu, ini kerana sekiranya ia tak sihat seperti demam panas, selsema berpanjangan dan sebagainya, segeralah berjumpa veterinar.

Sebaiknya, dipercepatkan agar sakit atau demam kucing tidak berlarutan yang mungkin akan menyebabkan kematian tanpa disangka-sangka walaupun ia tidak menunjukkan gejala atau simptom penyakit.

Kebiasaannya anak kucing demam dan yang dewasa akan mengalami peningkatan suhu badan yang sangat berlebihan dan tak lalu nak makan, ia juga seperti manusia yang perlu diperiksa tahap kesihatan.

Suhu normal seekor kucing adalah dalam julat 38.1C - 39.4C dan sekiranya suhu tersebut telah melebihi kadar normal, itu menunjukkan ia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan.

Kucing juga sentiasa melawan virus penyakit yang ia sedang hadapi dan ia boleh dapat penyakit demam berpunca daripada berbagai faktor seperti alergik dengan ubat, imunisasi badan menurun dan sebagainya.

Tanda-Tanda dan Cara Merawat Kucing Demam


Cara merawat kucing demam selsema

Berikut dikongsikan beberapa kaedah untuk tahu apa punca dan cara untuk merawat kucing demam yang tidak sihat sebelum ia menjadi lebih serius akan mengakibatkan terkesan pada otak si bulus anda.

Anda perlu tahu sedikit sebanyak tentang ciri-ciri penyakit, punca sakit, cara rawatan dan tips untuk mengatasi demam kucing kerana jika dibiarkan pasti ia akan terus menderita sakit atau maut.

1. Kenali Punca Demam Pada Kucing

Biasanya kadar suhu yang dapat dilihat melalui dubur kucing yang normal adalah dengan bermula daripada 3.81 Celcius sehingga 39.4 Celcius.

Apabila anda menghadapi kesulitan untuk mengukur suhu tubuh badan kucing, sila perhatikan beberapa gejala yang terdapat pada kucing untuk ketahui adakah kucing tersebut demam:

Antara simptom yang kebiasaannya kucing hadapi adalah seperti berikut:

  • Nafsu makan menurun
  • Kelihatan lesu
  • Malas untuk beraktiviti
  • Lemah longlai
  • Tak mahu bercampur dengan kucing lain
  • Pernafasan tidak teratur
  • Kelihatan gementar
  • Tidak banyak membuat rawatan sendiri

2. Sila Ukur Suhu Tubuh Badan Kucing

Anda perlu membuat satu persiapan yang diperlukan sebelum mengukur suhunya iaitu anda perlukan seperti termometer khas untuk haiwan dan seterusnya ukur suhu kucing anda tersebut.

Cara untuk mengukur suhu badan kucing adalah dengan satu kaedah sahaja iaitu dengan mengukur suhunya menggunakan termometer yang perlu diukur melalui dubur atau telinga.

3. Sila Periksa Badan

Anda perlu memeriksa badan kucing supaya dapat mengetahui berbagai sebab dan faktor yang telah menyebabkan kucing anda menunjukkan gejala-gejala yang tidak sepatutnya berlaku.

Anda boleh mulakan tekan badan kucing dengan lembut guna jari dan usap secara perlahan. Sila check samada ada kecederaan seperti patah tulang, berlaku pembengkakan di kelenjar getah bening, luka dan sebagainya.

Semua perkara tersebut boleh menjadi punca-punca kucing mengalami demam panas atau berubah suhu badan yang sangat ketara sehinggakan berubah penampilan daripada aktif jadi tidak aktif.

4. Sejukkan Badan Si Bulus

Anda wajib membantu kucing demam untuk turunkan suhu tubuhnya dengan membawa kucing ke kawasan yang gelap dan sejuk, lebih baik di bahagian ruang yang mempunyai lantai batu bata.

Cara tersebut akan dapat membantu kucing untuk berbaring di tempat yang sejuk dan ia akan memindahkan panas badan yang dihadapinya ke lantai batu berkenaan.

5. Pastikan Si Bulus Minum Air Putih Dengan Banyak

Biasanya, demam boleh terjadi kerana dehidrasi, jadi untuk mengurangkan risiko tersebut, anda perlu memberikan air yang segar setiap masa kepada kucing dan perkara ini sangat penting.

Suhu badannya akan menurun dan demam akan berkurang apabila kucing dapat kembalikan cairan yang hilang itu dan inilah sebab kenapa kucing diberikan cairan IV di mana-mana Klinik Haiwan.

6. Pastikan Si Bulus Makan

Demam akan mengakibatkan kucing menjadi tidak aktif dan lemah seluruh badan. Berkemungkinan juga kucing akan terus hilang atau kurang selera makan.

Oleh itu, penting untuk anda memastikan kucing anda makan dan untuk melengkapi makanannya, anda perlu berikan makanan daripada jenis yang lembut agar mudah dimakan.

7. Berikan Vitamin B dan Supplement Energi

Wajib untuk tuan kucing memberikan nutrisi yang sangat baik untuk kucing jika anda menyayanginya demi untuk meningkatkan selera makan si comel anda itu.

Anda boleh berikan segala jenis Vitamin B Complex dan Energy Supplement khas untuk si bulus seperti Jusz Plus yang banyak dijual di pasaran dan ada berbagai jenis lagi yang terbaik.

8. Dapatkan Ubat Anti Demam

Anda boleh memberikan ubat anti demam kepada si bulus dengan mendapatkan ubat kucing yang sesuai melalui Klinik Veterinar atau farmasi yang berhampiran. Antara ubat yang terbaik untuk kucing demam adalah:

  • Amoxycilin
  • Tolfenamic
  • Meloxicam

9. Bawa Si Bulus Jumpa Doktor Haiwan

Perkara terakhir yang boleh anda lakukan adalah dengan membawa kucing berjumpa doktor haiwan apabila kesihatan kucing bertambah teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda ia semakin sihat.

Sekiranya anda telah mencuba berbagai petua dan tips untuk merawat si bulus itu di rumah tetapi tiada sebarang perubahan, bawalah ke Veterinar dengan segera sebelum jadi lebih teruk lagi.

Harga rawatan kucing demam kebiasaannya tidak terlalu mahal kerana berpandukan kepada tahap sakit yang dihadapinya dan sebaiknya tanyalah petugas kaunter di klinik jika perlu, itu adalah jalan terbaik.

Demam panas dengan suhu yang tinggi sehinggakan tiada perubahan untuk sihat menandakan kucing anda berhadapan dengan masalah kesihatan yang sangat serius yang memerlukan pemantauan.

Tugas doktor haiwan adalah untuk memeriksa secara terperinci dengan lebih baik lagi untuk mengetahu penyakit atau menguji kucing anda untuk menentukan apakah penyakit atau sebab yang menyebabkan kucing demam.

Baca : Makanan Terbaik Untuk Bulu dan Gemukkan Kucing

Cara Mengetahui Si Bulus Tak Sihat


Tanda-tanda kucing tak sihat

Berikut adalah beberapa contoh perubahan yang berlaku terhadap anak kucing atau kucing dewasa apabila mereka sakit, biasanya ini yang berlaku:

1. Kucing kelihatan lemah tidak bermaya. Bulu-bulu yang gebu itu tidak lagi dijilatnya seperti sebelum ini yang mana tersusun rapi dan bersih sepenuhnya.

2. Haiwan comel ini akan membuang najisnya merata-rata dan tidak seperti selalunya dengan membuang di dalam tempat pembuangan khas, mungkin penat dan letih agaknya.

3. Kucing sebenarnya hampir sama macam kita kerana ia akan muntah dengan mengeluarkan cecair berwarna kuning disebabkan kerana tidak makan atau mengalami loya.

4. Apabila kucing tidak selera nak makan, nafas si bulus ini akan berbau agak busuk. Begitu juga manusia apabila tak makan nafas kita berbau. Jadi pastikan anda tahu mengapa nafas kucing berbau.

Kucing yang langsung tak makan dan minum akan berisiko mendapat Ulser dan boleh mencederakan usus jadi luka atau berdarah kerana suhu badan yang terlalu panas.

5. Hidung kucing demam selsema atau menunjukkan berair dalam beberapa situasi serta nampak pucat seolah-olah dia sedang sakit. Perhatikan betul-betul warna hidungnya juga akan bertukar daripada warna asal.

6. Sebaiknya asingkan kucing yang demam daripada semua kucing-kucing yang lain kerana peratus untuk berjangkit sesama mereka sangatlah banyak.

7. Cuaca yang terlalu panas juga akan menyebabkan kita seorang manusia akan sakit, begitu juga dengan kucing akan mengalami perkara yang sama iaitu demam dan kesihatannya terjejas.

Baca : Cara Merawat Kucing Cirit-Birit

Bolehkah Kucing Diberi Panadol?


Cara mengetahui kucing sakit tanpa termometer

Ada sesetengah pembela haiwan yang menjadi kesayangan Rasulullah ini, apabila kucing demam diberikan Panadol dengan tujuan supaya si bulus yang tidak berdosa itu akan terus sihat seperti sediakala.

Mulai sekarang, JANGAN BERIKAN KUCING MAKAN PANADOL walau apa pun sekali keadaan kesihatannya. Ini kerana Panadol tidak sesuai untuk kucing dan pastinya badannya tidak menerima ubat-ubatan manusia.

Jika diberikan juga, antara akibat yang serius berlaku terhadap si bulus anda itu adalah seperti mengakibatkan buah pinggang rosak atau seketul hati yang cute ini akan mengalami kerosakan.

Ada yang berpendapat, kucingnya pernah memakan Panadol sebelum ini dan keadaannya sihat selepas dimakan ubat tersebut. Sebenarnya, TIDAK BOLEH, betul ia tidak menunjukkan sebarang perubahan kesihatan.

Tetapi sebaliknya, akan menyebabkan kesan sampingan yang berpanjangan di masa depan. Jika anda tidak percaya, anda boleh buat rujukan dengan mana-mana doktor haiwan dan bertanyakan perkara ini.

Kucing sebenarnya amat sensitif dengan ubat seperti Paracetamol atau Panadol dan antara simptom keracunan yang berlaku boleh menyebabkan haiwan ini akan menjadi seperti berikut:

  • Lemah
  • Bibir berwarna pucat
  • Pernafasan terganggu dan perlahan
  • Kaki dan muka jadi bengkak
  • Telinga berwarna kuning (Jaundice)
  • Akan muntah-muntah

Jadi, janganlah merisikokan nyawa haiwan ini apabila kucing demam diberikan ubat seperti ini. Perlu diingat, apa yang sesuai untuk manusia tidak semestinya sesuai untuk kucing-kucing anda.

Jauhi benda-benda tersebut dan memberikan kucing Panadol umpama memberikan ubat batuk orang dewasa kepada bayi yang masih kecil. Pastinya anda tidak berbuat sedemikian kepada anak sendiri bukan?

Baca : 9 Jenis Makanan Bahaya Untuk Kucing dan Tak Boleh Makan

Anda boleh dapatkan ubat atau vitamin khas untuk kucing sekiranya ia sakit dan tak sihat, ia banyak dijual di pasaran dan juga melalui Shopee dengan harga yang sangat murah tapi berkualiti serta menyihatkan si comel.

Berikut adalah set lengkap khas untuk si bulus yang boleh didapati melalui pautan yang disediakan sebagai rujukan anda sekiranya kucing anda tidak aktif atau mempunyai gejala sakit seperti berikut:

anak kucing lemah

Set lengkap ini bukan sahaja dapat mengubati batuk, flu, bersin-bersin, meningkatkan selera makan tetapi ia juga adalah multivitamin selain dapat merawat banyak penyakit yang dihadapi si comel.


Kesimpulan

Untuk lebih selamat sekiranya kucing anda mempunyai masalah kesihatan, berilah ubat khas untuk kucing seperti Vitamin atau supplement yang sesuai untuk menyihatkan tubuh badannya atau dapatkan rawatan vaksin di veterinar.

Semoga perkongsian cara untuk mengatasi masalah kucing demam berserta dengan bagaimana untuk merawat si bulus ini di rumah akan dapat membantu semua pecinta haiwan ini. Jika anda mempunyai pengalaman untuk dikongsikan, sila kongsi di ruangan komen. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog