Zaman sekarang penggunaan gambar format JPEG, PNG dan PDF sangat penting untuk sebarang permohonan jawatan kosong dan pendaftaran tertentu secara online yang mana semua itu perlu di upload dan ramai yang berdepan dengan masalah file yang sangat besar dan perlu kecilkan saiz KB (Kilobyte/Kbyte) atau MB (Megabyte) yang ditetapkan.
Apabila ia berlaku, permohonan tersebut tidak dapat diteruskan dan image atau file perlu di compress supaya ia menjadi lebih kecil mengikut kadar yang diperlukan. Bagaimana cara nak kecilkan saiz gambar tersebut mengikut format sebenar serta apakah kaedah yang paling cepat dan mudah?
Berikut dikongsikan cara untuk compress setiap file PDF dan gambar yang berformat JPG serta PNG menggunakan tool online sama ada guna hp telefon Android, iPhone atau komputer desktop dan laptop. Ini termasuk dengan aplikasi yang terdapat di Google Play Store dan Apple Gallery khas untuk iOS.
Cara Mengecilkan Saiz Gambar JPG PNG & PDF
Masalah sebegini biasanya dihadapi oleh sesiapa sahaja samada pelajar, mahasiswa, graduan dan sebagainya yang menggunakan perkhidmatan internet untuk memohon secara online yang memerlukan fail dan gambar tertentu bagi menjimatkan ruang dan berikut adalah cara kecilkan saiz gambar apa pun termasuk passport, kad pengenalan dan yang paling pantas.
PNG, JPEG & PDF Compression Online
Untuk nak compress gambar format PNG dan JPG yang menggunakan tool seperti di bawah, anda boleh mengecilkan saiz gambar tersebut sehingga 80% daripada saiz yang asal tetapi ia juga berpandukan kepada kualiti dan transparecy setiap file dan image berkenaan.
Cara ini anda hanya perlu pergi ke laman web https://compresspng.com tanpa perlu download apa-apa sotware untuk tujuan compress gambar dan file kerana semuanya ada dalam satu website sahaja.
1. Klik atau layari https://compressjpeg.com
2. Masukkan file atau gambar yang perlu anda kecilkan saiz dengan klik pada UPLOAD FILES berpandukan kepada pilihan format gambar samada JPEG, PNG, GIF atau PDF.
3. Apabila telah siap, butang DOWNLOAD akan terpapar, sila klik untuk dapatkan file yang telah di compress dan sila lihat saiz failnya yang telah pun dikurangkan daripada saiz yang original.
Baca Juga : Tukar Word Kepada PDF (Vice Versa)
Image Resizer Pixel Percentage Aspect Ratio
Untuk anda yang ingin mengecilkan saiz gambar mengikut kadar percentage yang dikehendaki seperti contoh inginkan yang bersaiz 20KB sekurang-kurangnya. Ada tool yang dikenali sebagai Image Resizer dan Compressor berpandukan kepada kemahuan pengguna.
Anda hanya perlu layari website https://redketchup.io/image-resizer atau https://redketchup.io/image-compressor seterusnya paparan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah dan anda boleh nak tukarkan size serta format gambar seperti:
- PNG - Portable Network Graphic
- JPG - JPEG Image
- WEBP - Webp Image
- HEIC - High-Efficiency Image Container
- GIF - Gif Image (Non Animated)
- ICO - Windows Icon Image
- BMP - Bitmap Image
- TIFF - Tagged Image File Format
Sila pilih KB atau MB yang anda mahukan, buat pilihan setiap OPTION yang anda nak mengikut kehendak sendiri. Sebaiknya hanya pilihkan yang perlu sahaja. Seterusnya, sila DOWNLOAD file tersebut dengan klik pada butang SAVE.
Aplikasi Compress Gambar
Berikut adalah antara beberapa apps yang boleh digunakan untuk mengecilkan ukuran gambar dengan telefon sahaja. Kami kongsikan pautan aplikasi khas untuk Android dan Iphone untuk memudahkan anda download di HP dengan segera.
Khas Untuk HP iPhone
Khas Untuk HP Android
Sebenarnya, banyak lagi aplikasi lain yang boleh anda dapati dengan menaip kata kunci (keyword) image compression pada ruangan search dalam setiap laman aplikasi tersebut dan terus buat pilihan mengikut review pengguna yang telah menggunakan app tersebut.
Video Tutorial
Berikut adalah video daripada YouTube channel Tips dan Tutorial yang turut berkongsi bagaimana untuk anda kurangkan ukuran saiz setiap gambar dengan format tertentu secara langkah demi langkah dari awal sehingga selesai proses tersebut.
Kesimpulan
Mudahkan nak buat? Semuanya hanya di hujung jari saja tak perlu nak susah payah guna apa-apa software. Diharap perkongsian senarai cara nak kecilkan saiz gambar format JPEG, PNG dan PDF ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda di luar sana. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog