Resepi Durian Crepe Sedap Lemak Berkrim Yang Mudah

Durian crepe

Raja buah di Malaysia ini apabila terlalu banyak stok di rumah sebaiknya anda cuba buat durian crepe sendiri guna resepi rahsia yang viral dari Puan Azlina Ina terbukti jadi sedap, gebu, lembut serta puas hati makan satu keluarga.

Selain masakan pengat pulut durian, dodol durian dan macam-macam lagi yang boleh dibuat menggunakan buah ini, pencuci mulut crepe patut anda cuba kerana keenakkannya sukar nak digambarkan dengan gabungan kulit yang cantik dan rasa inti Whipping Cream, padu.

Sememangnya menu ini sedang viral lebih-lebih lagi bila tiba musim buah dan ia boleh didapati di mana sahaja dengan harga yang agak mahal kerana kesedapannya sampai tak cukup sekali makan. Jadi, lebih baik buat sendiri puas hati makan dan bahannya pun simple dan mudah.

Cara Buat Durian Crepe Guna Resepi Viral


Kata Puan Azlina Ina, saiz kulit samada besar atau kecil dengan ketebalan mengikut citarasa sendiri berpandukan kepada resepi yang dikongsikan. Jika nak buat banyak boleh gandakan bahan atau terlebih buat boleh simpan dalam peti ais dengan bekas tertutup.

Resepi crepe durian viral

Apabila nak buat semula, keluarkan dari freezer dan pastikan telah hilang sejuk dan buatlah semula mengikut cara-cara yang didedahkan. Anda juga boleh olahkan mengikut kreativiti sendiri tapi sila berhati-hati takut nanti tak jadi.

Bahan Utama

  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 5 sudu besar tepung ubi kayu
  • 5 sudu besar tepung kastard
  • 10 sudu besar tepung Hong Kong
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula icing
  • 8 biji telur saiz B (kuning sahaja)
  • 2-3 titis pewarna lemon yellow
  • 6 cawan susu segar
  • Sedikit esen vanilla

Cara Membuatnya:

1. Kesemua tepung serta bahan-bahan kering perlu diayak sebanyak dua kali dengan tujuan untuk mendapatkan tekstur yang gebu dan cantik.

2. Masukkan ia ke dalam satu bekas sesuai, masukkan garam, gula icing, esen vanilla dan telur perlu whisk sehingga sebati. Masukkan pula susu segar dan pewarna kuning. Kacaukan guna tangan kemudian terus tapis.

3. Panaskan pula Non Stick Pan bersaiz kecil, jika tiada boleh guna pan biasa dan sapukan sedikit butter menggunakan api yang sederhana saja. Sapukan butter guna tisu, setelah pan panas, angkat.

Masukkan adunan kurang dari satu senduk ke dalam pan dan lenggangkan ia sehingga kelihatan rata dan menjadi kulit nipis memenuhi ruang permukaan pan. Letakkan di atas dapur tak perlu balikkan untuk 2 atau 3 minit. Jangan terlalu lama kerana akan jadi hangus.

4. Ulangi langkah ini untuk mendapatkan kulit crepe yang cantik sehingga adunan habis semuanya. Cara untuk melipat kulit seperti berikut:

  • Pilih bahagian kasar di dalam
  • Letak whipping cream setompok
  • Letakkan isi durian atau filling durian
  • Masukkan cream sekali lagi
  • Lipat dengan ketat supaya gemuk

Cara buat durian crepe

Bahan-Bahan Inti Crepe

  • Custard durian
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan gula halus
  • 300 gram isi durian
  • 3 sudu besar tepung custard
  • 2 sudu besar tepung ubi

1. Tepung custard perlu dicairkan dengan sesikit air dan masakkan semuanya sehingga ia jadi pekat.

2. Jika anda nak buat durian crepe frozen lebih dari 7 hari atau lebih tahan lama, boleh letak dalam chiller dan ia tak akan basi.

3. Kalau nak buat berniaga jual terus guna isi durian dan boleh saja guna durian fresh. Selain itu, anda boleh pelbagaikan perisa samada guna coklat, oreo, strawberry dan sebagainya.

Baca : Resepi Puding Roti Sos Kastard Simple Sedap

Video Tutorial

Mungkin dengan pendedahan video cara membuat durian crepe dari awal sehingga siap, anda akan lebih faham berbanding dengan dari penulisan. Untuk itu, kami kongsikan juga videonya daripada Facebook Seminit Resepi yang menunjukkan satu persatu.



Akhir Kata

Sebenarnya durian crepe mempunyai pelbagai versi dan resepi yang diolahkan oleh ramai pakar masak seperti blogger Che Nom, Azlita, Afeeqa, Azie Kitchen dan ramai lagi. Jadi, kalau anda ada idea menarik tak salah mencuba untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Diharap perkongsian resepi durian crepe viral dari Puan Azlina Ina ini dapat memudahkan tugasan anda untuk menyediakan makanan ini di rumah atau di mana sahaja anda berada dengan jayanya. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog