Pasti ramai yang suka makan ayam goreng KFC sehingga sanggup ke restoran makanan segera ini hampir setiap hari. Mulai sekarang anda tak perlu lagi ke sana kerana ia boleh dibuat sendiri di rumah samada guna atau tanpa tepung Bestari, tepung gandum serta guna resipi rahsia yang simple dan istimewa ini pastinya sedap sehingga menjilat jari.
Gambar-gambar ayam goreng KFC yang dikongsikan telah membuktikan bahawa ianya resepi homemade ini hampir sama dengan yang original. Kalau anda tak percaya, sila cuba masak dahulu barulah tahu jawapannya dan semestinya anda berpuashati selain dapat makan dengan kuantiti yang banyak.
Sebenarnya, cara nak buat makanan yang diberi nama sebagai Kentucky Fried Chicken ini sangatlah mudah dan bahannya juga boleh didapati di mana sahaja walaupun anda tinggal jauh di pedalaman atau kampung-kampung tertentu.
Untuk makluman, perkongsian resepi ayam KFC ini mempunyai dua versi yang berbeza kerana masing-masing menggunakan tepung Bestari dan gandum berserta ada yang tanpa telur tetapi hasilnya tetap rangup dan crispy gitu.
Resipi Ayam Goreng KFC Simple dan Sedap
Resepi ayam goreng KFC sedap dan mudah ini telah dikongsikan oleh Puan Noradibas Ibrahim di laman Facebook, ia telah menarik perhatian ramai netizen sehingga mendapat ribuan Like dan Share yang membuktikan bahawa ianya menjadi.
Katanya, cara nak buat ayam KFC ini sangat senang dengan hanya guna 3 bahan utama malahan pemilik resepi turut berpesan jangan sesekali derhaka jika nak ianya sedap dimakan macam yang terdapat di kedai katanya.
Bahan-Bahan Utama
- Seekor ayam
- 2 senduk tepung Bestari original
- Sedikit air
1. Pertama sekali potongkan ayam dan bersihkan mengikut kemahuan sendiri. Bancuhkan tepung Bestari dengan air serta pastikan tidak terlalu pekat dan jangan terlalu cair kerana ia tidak akan melekat jika cair.
2. Sebelum perap ayam anda perlu memastikan adunan cantik sehingga melekat pada ayam supaya ia jadi rangup nanti. Sekurang-kurangnya ia perlu diperap dalam masa 3 jam dan mungkin satu jam mencukupi.
3. Kata orang semakin lama ia diperap, semakin sedaplah hasilnya nanti. Jika anda suka yang pedas, anda boleh dapatkan tepung Bestari Spicy bukan yang original atau yang tidak pedas.
4. Sebelum gorengkan ayam, anda wajib masukkan telur ke dalam bancuhan tepung dan gaulkan sehingga ia sebati sepenuhnya, kemudian barulah celupkan ayam dan goreng seperti biasa.
Bahan-Bahan Tepung Celup Ayam
- 500 gram tepung Bestari Ori/Spicy
- 100 gram tepung gandum
- 100 gram tepung beras
- Sedikit serbuk cili (optional)
Tips: Untuk ayam goreng KFC homemade ini berbau wangi dan sedap, masukkan sedikit serbuk cili dan anda akan dapati ianya harum semerbak satu rumah sehingga mengundang selera untuk terus makan tanpa ditunggu.
Selain itu, semasa nak celupkan ayam ke dalam tepung, tekankan sedikit bahagian potongan ayam ke dalam tepung supaya tepung akan lebih melekat pada ayam secara keseluruhan yang menjadikan ia lebih crispy.
Waktu menggoreng pula, minyak semestinya perlu banyak sehingga ayam KFC tenggelam ke dalam minyak dan ia perlulah betul-betul panas sebelum digoreng dan api pula tidak boleh terlalu kuat, memadai api yang sederhana.
Anda boleh membeli Tepung Bestari samada Original atau Spicy secara online melalui laman Shopee dan Lazada. Untuk memudahkan anda, kami kongsikan pautan tersebut dan boleh memilih yang mana satu bersesuaian dengan citarasa dan selera anda.
Resipi Ayam KFC Viral dan Original
Ini pula resepi ayam goreng KFC homemade yang simple dan viral di Facebook kerana ianya 100% dikatakan rasa yang sebenar tanpa guna tepung Bestari yang dikongsikan oleh Puan Fafae Mimie dipuji oleh ramai orang terutamanya perempuan.
Kenapa ia dipuji sedap, rangup dan sebijik rasa KFC original? Kerana ramai yang telah mencubanya dengan menggunakan resepi tersebut dan terbukti memang menjadi jika anda ikut step by step tanpa skip semua bahan yang didedahkan.
Bahan-Bahan
- Separuh ekor ayam
- 2 sudu chili flakes
- 10 ulas bawang putih ditumbuk
- 1 sudu lada sulah
- 1 sudu serbuk Secukup Rasa Maggi
- 2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil Soda Bikarbonate
- 2 sudu serbuk kari ayam atau ikan
- 1 sudu cuka makan
Baca : Cara Masak Ayam Goreng Berempah Tersedap Banyak Serdak
Penyediaan:
1. Caranya sangat mudah iaitu campurkan semua bahan dan gaul sehingga semuanya rata. Perapkan ayam tersebut sekurang-kurangnya 30 minit dan jika lebih lama lagi bagus katanya.
2. Apabila tiba masa untuk menggoreng, sila pecahkan dua biji telur ayam dan gaulkan bersama perapan ayam itu tadi sehingga ia sebati sepenuhnya dan pastikan ada bahan untuk menggoreng berikut:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil Soda Bikarbonate
3. Gaulkan ayam di dalam tepung yang telah digaulkan dan goreng dengan menggunakan api yang perlahan tak kuat sangat.
4. Bila dah masak, anda boleh toskan atau letak di atas penapis supaya minyaknya hilang atau jatuh ke bawah bekas. Siap.
Tips dan Petua
1. Petua supaya ayam masak dengan cantik pastikan ayam KFC anda tenggelam di dalam minyak dan gunakan deep fry yang dikatakan lebih jimat minyak.
2. Untuk pastikan ayam KFC telah masak anda boleh cucukkan ayam guna lidi, jika daging masih merah bermakna belum masak sepenuhnya.
3. Ada sesetengah kes, ayam hanya masak pada luaran saja tetapi isinya masih mentah, mengapa? Sebab kadar kelajuan api terlalu kuat. Api adalah faktor utama untuk pastikan ayam masak dengan baik dan rangup.
Macamana? Mudah kan nak buat sendiri? Sebenarnya ramai pakar masak seperti Azie Kitchen, Che Nom, Mat Gebu, Chef Wan dan beberapa lagi menyajikan makanan ini menggunakan kreativiti mereka sendiri dengan memasukkan bahan lain supaya ia menjadi lebih menyelerakan.
Anda pun boleh juga kan? Try and error, manalah tahu resepi sendiri itu akan lebih power dan boleh buat bisnes nanti. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sama juga dengan pengasas ayam goreng KFC dari Amerika Syarikat tu kan?
Copycat KFC Fried Chicken Recipe
Video Copycat ayam goreng KFc ini diambil daripada channel The Spruce Eats yang memaparkan resepi terbaik dalam Bahasa Inggeris. Anda boleh follow untuk menambahkan pengetahuan sekiranya berminat untuk tahu lebih banyak info yang dikongsikan.
Akhir Kata
Diharap perkongsian resepi ayam goreng KFC simple ini dapat membantu anda untuk menyajikan makanan special ini untuk anak-anak dan keluarga di rumah dengan jayanya serta semoga ia juga dapat memudahkan urusan anda tanpa sebarang masalah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog