Ayam goreng berempah amat sedap sesuai dimakan bersama dengan nasi putih kukus panas yang biasanya digandingkan dengan sambal belacan. Nak cuba buat sendiri di rumah boleh ikut resepi rahsia mudah yang viral untuk bisnes dan kenduri.
Ayam berempah kalau banyak serdak dari batang serai dan lengkuas ditambah dengan daun kari pulai pasti terangkat rasanya walau simple sahaja bahan perapannya yang membuatkan kita makan berulang-ulang kali.
Walau bagaimanapun, zaman sekarang ramai yang mengolahkan masakan ini berpandukan kepada idea sendiri dengan mencampurkan bahan lain serta menggorengnya guna Air Fryer, masukkan daun pandan dan sebagainya.
Manakala di restoran mamak pula agak berbeza rasanya tetapi masih dipanggil ayam goreng berempah begitu juga dengan cara orang negeri Terengganu, Kelantan, utara, Johor dan lain-lain.
Resepi Ayam Berempah Simple Paling Sedap
Berikut adalah resipi ayam goreng berempah yang mudah dan ringkas hasil perkongsian daripada Tengku Roselyza Raja Muhammad di laman sosial Facebook yang telah viral menarik perhatian netizen.
Bahan-Bahan Penting
- 1 ekor ayam dipotong 14
- 7 / 10 batang serai
- 4 senduk cili kisar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 2 sudu besar jintan manis
- 2 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 2 sudu tepung jagung / beras
- 2 inci halia
- Serbuk kari daging
- Daun kari
- Kiub pati ayam Maggi / garam
- Serbuk kunyit
- Seinci lengkuas
- Kelapa parut (optional)
Cara Penyediaan
1. Pertama sekali kisarkan semua bahan-bahan di atas guna blender atau apa saja mesin yang boleh mengisarkan bahan masakan.
2. Jika anda mahukan serdak yang banyak pasti dua batang serai sahaja perlu dipotong seinci panjangnya kemudian ditumbuk sehingga lumat seperti ditunjukkan dalam gambar-gambar berikut.
3. Setelah siap dikisar dan ditumbukkan serainya, satukan semua bahan kemudian digaulkan dengan ayam untuk proses seterusnya iaitu perapan.
4. Setelah siap gaul, perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit dan lagi lama lagi bagus. Sebaiknya semalaman supaya semua bahan meresap ke dalam daging ayam berempah tersebut yang membuatkan ia lagi sedap.
5. Untuk proses gorengan pula, rahsia untuk rangup adalah dengan menggoreng guna api yang tidak terlalu kuat dan pastikan minyak masak penuh supaya dapat tenggelamkan setiap ketulan ayam. Siap.
Macamana? Senangkan nak buat ayam goreng berempah? Ada juga yang olahkan dengan memasukkan kelapa parut untuk menjadikan serdak yang rasanya lemak dan enak.
Selain itu, sekiranya anda tidak suka dengan bahan tertentu seperti jintan atau ingin goreng tanpa serai, daun kari dan sebagainya, tak perlu masukkan bahan tersebut tapi mungkin rasanya sedikit lain.
Lebih menarik, ramai pakar masak seperti Azie Kitchen, Sheila Rusly, Che Nom, Kak Wok, Eina Azman, Chef Sabri, Pak Engku, Yatie Kitchen, Azlita dan ramai lagi mempunyai cara tersendiri yang hasilnya tersangat sedap.
Ada yang membuatkan ia menjadi lebih crispy, rasa yang pedas, daging ayam lembut, dicampurkan dengan madu lebah, digoreng guna oven dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing.
Baca : Resipi Sambal Belacan Sedap Untuk Bisnes
Rujukan
Diharap perkongsian resepi ayam goreng berempah yang paling sedap ini dapat membantu serta memudahk urusan anda untuk menyediakan masakan ini di rumah atau di mana sahaja anda berada. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog