Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014

Salam satu Malaysia. Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat Islam di dunia. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang lebih baik daripada sebelumnya dan semoga Ramadan kali ini juga segala amalan kita pada bulan yang teramat mulia ini diterima oleh Allah SWT.

Selamat Berpuasa

Di bawah ini adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia bagi Ramadhan tahun 2014M/1435H yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di Malaysia 1435H/2014M


  • Negeri Perlis
  • Negeri Kedah
  • Negeri Pulau Pinang
  • Negeri Perak
  • Negeri Kelantan
  • Negeri Terengganu
  • Negeri Pahang
  • Kuala Lumpur & Putrajaya
  • Negeri Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Negeri Melaka
  • Negeri Johor
  • Negeri Sabah
  • Negeri Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Berikut adalah senarai daerah - daerah yang terdapat di dalam setiap negeri - negeri di Malaysia mengikut jadual yang telah di tetapkan oleh Jakim. Anda perlu klik untuk pada setiap link negeri di atas untuk memuat turun atau download jadual tersebut di dalam bentuk file PDF.

JOHOR

  • ZON 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
  • ZON 2 - Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau Berhampiran
  • ZON 3 - Daerah Pontian dan Kluang
  • ZON 4 - Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor

PERAK

  • ZON 1 - Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
  • ZON 2 - Ipoh, BAtu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
  • ZON 3 - Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
  • ZON 4 - Temengor dan Belum
  • ZON 5 - Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
  • ZON 6 - Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
  • ZON 7 - Bukit Larut

SARAWAK

  • ZON 1 - Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
  • ZON 2 - Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
  • ZON 3 - Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
  • ZON 4 - Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
  • ZON 5 - Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang
  • ZON 6 - Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak
  • ZON 7 - Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
  • ZON 8 - Kuching, Lundu, Bau dan Sematan
  • ZON KHAS - Kg. Ulu Merapok, Kg. Sungai Merapok, Kg. Manchu, Kg. Bukit Puan, Kg. Tanah Sibagol, Kg. Undop, Kg. Sasa, Kg. Bukit Manang, Kg. Merambai, Kg. Limpaki, Merapok, Kg. Bangkatan, Kg. Ladang Lalang, Kg. Lempaki Tengah, Kg. Lempaki Asal, Kg. Languban dan Kg. Patarikan

SABAH

  • ZON 1 - Bahagian Sandakan (Timur): Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
  • ZON 2 - Bahagian Sandakan (Barat): Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
  • ZON 3 - Bahagian Tawau (Timur): Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak
  • ZON 4 - Bahagian Tawau (Barat): Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
  • ZON 5 - Bahagian Kudat: Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat
  • ZON 6 - Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101M)
  • ZON 7 - Bahagian Pantai Barat: Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
  • ZON 8 - Bahagian Pedalaman Atas: Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
  • ZON 9 - Bahagian Pedalaman Bawah: Tenom, Longpasia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang

TERENGGANU

  • ZON 1 - Kuala Terengganu dan Marang
  • ZON 2 - Besut dan Setiu
  • ZON 3 - Hulu Terengganu
  • ZON 4 - Kemaman dan Dungun

KELANTAN

  • ZON 1 - Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku)
  • ZON 2 - Jajahan Jeli, Gua Musang (Termasuk Daerah Galas dan Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing
  • SELANGOR
  • ZON 1 - Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
  • ZON 2 - Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam

PAHANG

  • ZON 1 - Pulau Tioman
  • ZON 2 - Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
  • ZON 3 - Temerloh, Chenor, Maran, Jengka, Jerantut dan Bera
  • ZON 4 - Raub, Bentong dan Lipis
  • ZON 5 - Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
  • ZON 6 - Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland

WILAYAH PERSEKUTUAN

  • Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Labuan

PERLIS

  • Perlis

NEGERI SEMBILAN

  • ZON 1 - Jempol dan Tampin
  • ZON 2 - Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jelebu

KEDAH

  • ZON 1 - Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
  • ZON 2 - Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
  • ZON 3 - Daerah Padang Terap, Sik dan Baling
  • ZON 4 - Daerah Kulim dan Bandar Baharu
  • ZON 5 - Daerah Langkawi
  • ZON 6 - Puncak Gunung Jerai

PULAU PINANG

  • Seluruh Negeri Pulau Pinang

Semoga bermanfaat dan Selamat Berpuasa semua.

Rujukan Anda: JAKIM

Peristiwa 10 Hari Terawal Bulan Zulhijjah

1. ZULHIJJAH: Di dalam khabar menyatakan, bahawa Allah mengampunkan Nabi Adam Alaihissaalam pada hari pertama bulan Zulhijjah.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.

2. ZULHIJJAH: Nabi Yunus Alaihissalam dilepaskan dari perut ikan Nun.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, seolah-seolah mengerjakan ibadah kepada Allah selama setahun dengan tidak melakukan sebarang maksiat walau sekelip mata.

3. ZULHIJJAH: Hari dimustajabkan doa bagi Nabi Zakaria Alaihissalam.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, akan dimustajabkan oleh Allah segala doanya.

4. ZULHIJJAH: Hari keputeraan Nabi Isa Alaihissalam.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, akan dijauhkan dari segala kesusahan dan kepapaan.

Bulan Zulhijjah

Gambar di Mekah - Credit to Encik Anuar Rahman

5. ZULHIJJAH: Keputraan Nabi Musa Alaihissalam.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, akan dilepaskan daripada sifat munafiq dan diamamkan daripada azab.

6. ZULHIJJAH: Hari kemenangan dan pembukaan Kota Khaibar bagi Rasulullah Salallahu Alaihi Waalihi Wassallam.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, akan ditilik oleh Allah dan sesiapa yang ditilik oleh Allah tidak akan diseksa selama-lamanya.

7. ZULHIJJAH: Hari dipadamkan api neraka Jahannam dan ditutup pintunya. Tidak akan dibuka pintu tersebut melainkan selepas berlalu 10 Zulhijjah.

8. ZULHIJJAH: Hari Tarwiyyah.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari Tarwiyyah, akan diberi pahala yang tidak diketahui kadarnya, melainkan Allah Yang Maha Mengetahui.

9. ZULHIJJAH: Hari Arafah.

Fadhilat: Sesiapa yang berpuasa pada hari yang amat masyhur ini, ditulis oleh Allah sebagai orang yang berpuasa 2 tahun; setahun sebelum itu dan setahun selepasnya, serta ditulis sebagai Ahli Qanitin (orang yang sentiasa beribadah).

10. ZULHIJJAH: Hari Raya Aidil Adha.

Fadhilat: Siapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya. Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.

Tulisan Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki As-Sanusi, buku AMALAN BULAN Zulhijjah

Selamat Hari Malaysia Ke 50

Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. 16 September setiap tahun diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 16 September 1963. Tarikh bersejarah ini telah dirasmikan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 orang rakyat Malaysia pada ketika itu.

Hari Malaysia

Image Credit to SiBintang.com

Berikut adalah ucapan Selamat Hari Malaysia Ke-50, 2013 daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Abdul Razak melalui blog 1Malaysia.

Tahun ini adalah tahun yang amat bersejarah buat semua rakyat Malaysia. Pada tanggal 16 September, negara kita menyambut ulang tahun rasmi penubuhannya yang ke-50.

Pengisytiharan rasmi penubuhan Malaysia telah dibuat oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tarikh bersejarah ini, dalam tahun 1963, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pengisytiharan yang disaksikan oleh oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 orang rakyat telah memberi sinar harapan kepada semua.

Pada ketika itu, rakyat berbilang kaum dan agama, mengimpikan kemerdekaan, kebebasan dan kemakmuran dalam sebuah negara yang berdaulat. Satu kompromi telah dicapai bagi melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dalam penubuhan Malaysia. Hak autonomi dan kedudukan kedua-dua buah negeri ini turut dinyatakan dalam Perkara 20, Suruhanjaya Cobbold.

Ingin saya tegaskan bahawa Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negara. Sebagai Perdana Menteri, saya sentiasa berusaha bagi memastikan pembangunan yang sama rata untuk semua negeri di Malaysia.

Sejak tahun 2010, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk melaksanakan sejumlah 79 projek pembangunan infrastruktur asas luar bandar di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2012 sahaja, sejumlah RM62.3 juta dari jumlah ini telah diperuntukkan kepada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) bagi membiayai beberapa projek, termasuk merekabentuk jalan masuk dan jalan dalam ke Hab Halal Tanjung Manis, bekalan air di Samalaju dan kajian kebolehlaksanaan untuk Taman Sains di Mukah. RM207 juta juga telah diperuntukkan dalam Koridor Pembangunan Sabah bagi melaksana beberapa projek infrastruktur dan pertanian.

Usaha berterusan bagi membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Malaysia. Kehidupan masyarakat di kedua-dua buah negeri ini telah banyak berubah berbanding 50 tahun yang lalu, selaras dengan pembangunan global.

Walaupun dalam usia yang muda, Malaysia telah berjaya membina sebuah negara yang disegani, sama ada dari aspek politik, ekonomi dan pembangunan sosial. Pengorbanan dan usaha gigih semua pihak dalam membentuk negara, mempertahankan keamanan dan kemakmuran selama ini akan sentiasa dihargai.

Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam membina kemakmuran ekonomi, mempertahankan kedaulatan dan memelihara keharmonian dalam negara.

Kadar Zakat Fitrah 2013 Seluruh Malaysia

kadar bayaran zakat fitrah

Kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2013 / 1434H telah dikeluarkan untuk semua negeri - negeri di Malaysia. Pada tahun ini kadar bayaran masih lagi dikekalkan seperti tahun - tahun sebelumnya.

Pastikan anda membayar zakat kepada pegawai atau amil yang bertauliah serta mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Senarai Kadar Bayaran Zakat Seluruh Negeri Di Malaysia


NONEGERITAHUN 2013 (RM)
1PERLIS6.00
2PERAK7.00
3PULAU PINANG7.00
4KEDAH7.00
5SELANGOR7.00
6NEGERI SEMBILAN6.50
7JOHOR5.00 / 8.00 *
8MELAKA6.50
9PAHANG7.00
10TERENGGANU4.50 / 7.00 / 7.60 *
11KELANTAN7.00
12SABAH7.00
13SARAWAK6.50
14KUALA LUMPUR7.00
15PUTRAJAYA7.00
16LABUAN7.00

* Bagi negeri Terengganu dan Johor, kadar bayaran adalah berbeza mengikut gred dan jenis beras

Cara Pembayaran Zakat Fitrah


Ada beberapa cara untuk membayar zakat fitrah samada secara online iaitu melalui website e-zakat atau melalui bank - bank utama di Malaysia yang menerima pembayaran zakat online dan juga cara lain seperti senarai cara bayar zakat seperti di bawah:

  1. Mesin ATM
  2. Kad Kredit
  3. Perbankan Telefon
  4. Kaunter Bank
  5. E-Zakat Pay
  6. SMS
  7. Pejabat Pos
  8. Perbankan Internet
  9. Kaunter Pusat Zakat
  10. Skim Berkat ( Skim Potongan )

Rujukan Anda

  • http://www.zakat.com.my/
  • http://www.e-zakat.com.my/

Semoga bermanfaat kepada semua dan semoga dipermudahkan, insyaAllah.

Kelebihan Malam Lailatul Qadar 10 Malam Terakhir Ramadhan

Malam lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau juga dipanggil malam al-Qadar sememangnya diketahui oleh semua umat Islam bahawa ia adalah malam yang teramat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia setiap kali menjelang bulan Ramadhan.

Ia berdasarkan ayat Al-Quran daripada surah al-Qadr, firman Allah SWT:

Maksudnya : "Malam Al-Qadar (Malam Lailatul Qadar) lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi Muhammad SAW amat bersungguh-sungguh membuat ibadat dan melebihi daripada malam-malam Ramadhan yang lain. Perkara ini juga disebutkan di dalam sebuah hadis iaitu :

Maksudnya : "Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" (Riwayat Muslim, no 1175)

Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Maksudnya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : "Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Malam Lailatul Qadar


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, walau bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadis-hadis yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malahan, tanda ini juga amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah negara adalah berbeza. Di negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami panas terik. Adakah malam Lailatul Qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadis Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Maksudnya : "Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walau bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?

Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?


Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadis al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Maksudnya : "Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" (Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamanya di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadis yang menyebut:
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Maksudnya : "Malam al-Qadar adalah malam ke dua puluh tujuh"(Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386)

Doa Terpenting Semasa Malam Lailatul Qadar


Allah SWT pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Maksudnya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat (Al-Baqarah : 200)

Jelas dalam ayat ini Allah SWT ada menegur manusia yang melupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah SWT mewartakan bentuk doa yang sepatutnya iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah SWT :

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" (Al-Baqarah : 201)

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah SWT. Inilah yang disebut dalam jawapan Nabi SAW kepada Aisyah r.a :

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Maksudnya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : "Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan."

Doa Malam Lailatul Qadar


doa malam lailatul qadar

Mestikah Mendapat Tanda Malam Lailatul Qadar?


Sabda Nabi SAW :

من يقم ليلة القدر فيوافقها

Maksudnya : "Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya." (Riwayat Muslim)

Hadis ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadis di atas.

Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?


Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :

waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Maksudnya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar (Al-Qadr : 5)

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134)

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya?


Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar? Sudah tentu jawabnya tidak, Allah SWT Maha Adil. Bagi wanita sedang uzur berbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :

  1. Berzikir
  2. Berdoa
  3. Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  4. Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Walau bagaimanapun, menurut Ustaz Zaharuddin.net, sesetengah ulama silam dan juga moden berpendapat wanita sedang haid dibenarkan juga membaca Al-Quran tanpa memegangnya iaitu menerusi hafazan dan Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf.

Semoga perkongsian tentang kelebihan malam Lailatul Qadar yang dikongsikan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin ini akan bermanfaat untuk anda dan semua umat Islam. - Bukit Besi Blog