Resepi Gulai Kawah Kelantan Daging Tulang Lembu Ala Kenduri

resepi gulai kawah kelantan

Apabila tiba musim kenduri atau majlis perkahwinan, antara menu utama adalah masakan daging dan ayam yang dibuat kari atau dipanggil juga gulai kawah yang biasanya akan dimasak dalam kuantiti yang banyak.

Masakan yang paling sedap ini selalunya digandingkan dengan daging atau tulang lembu serta ada juga menggunakan ayam. Walau bagaimanapun, resepi gulai kawah Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka atau style utara pasti mempunyai sedikit perbezaan dari segi bahannya.

Di utara gulai kawah batang pisang amat popular dan rasanya pasti padu terangkat dan sangat sedap dan ia agak berbeza dengan masakan gulai Kelantan. Tapi bolehkah makanan ini kita masak sendiri untuk makan di rumah bersama keluarga?

Resepi Gulai Kawah Kelantan Ala Kenduri


Cikgu Afy telah berkongsi resepi gulai kawah Kelantan yang terbukti sangat menyelerakan seperti yang dipaparkan di Facebook miliknya. Katanya dia ingin memperkenalkan resepi ini kepada semua pengguna media sosial.

resepi gulai kawah daging

Bila masak atau buat sendiri, gulai ini pasti bau semerbak yang sangat wangi membangkitkan selera dalam rumah seperti berada di tempat kenduri kahwin di kawasan kampung. Rupanya cara masak gulai kawah sangat mudah katanya.

Menurut Cikgu Afy, resepi gulai kawah Kelantan yang asal tidak perlu ditumis. Semuanya disediakan di atas 'darat' dan ada beberapa bahan rahsia tambahan yang tidak dimasukkan dalam kari biasa.

Rempah gulai kawah homemade dari Kelantan ini membuatkan rasa gulai yang dimasak tidak seperti rasa rempah kari yang boleh beli di kedai atau di pasar raya. Nak tahu apakah rahsia resepi ini, sila baca seterusnya dan buat sendiri.

1. Anda perlu sangai rempah ketumbar sehingga mengeluarkan bau wangi dan kemudian kisar sehingga menjadi halus.

resepi gulai kawah daging kenduri

2. Bahan Kisar Untuk Sekilo Daging

gulai kawah kenduri daging dan ayam

  • 4 biji bawang merah (saiz besar dalam gambar)
  • 5 hiris nipis serai
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Gambar bahan di atas tidak menunjukkan kuantiti sebenar yang diperlukan. Setelah semua bahan di atas dikisar, boleh masukkan ke dalam bekas.

3. Bahan Tambahan

gulai kawah tulang lembu

  • 1/2 sudu besar serbuk rempah ketumbar (yang disangai tadi)
  • 1/2 sudu besar kerisik
  • 1 relung kecil manisan “nise”
  • 1 gelas air asam jawa (secubit asam jawa + segelas air)
  • 1 senduk budu
  • 8 sudu besar rempah kawah cikgu afy

4. Masukkan semua bahan kisar itu tadi serta bahan-bahan tambahan di atas.

masak dan buat sendiri

Gambar di atas adalah rupa rempah gulai kawah Kelantan yang digunakan. Walaupun ia seakan warna kari biasa tapi rasanya sangat berbeza. Sila gaul sehinggs sebati dalam bekas seperti ini.

5. Untuk Bahagian Lauk

Untuk bahagian lauk anda boleh mengikut selera anda sendiri sama ada nak guna tulang lembu,  daging kambing dan ayam pun boleh. Saya gunakan lauk seperti berikut:

daging ayam dan tulang

  • Perut
  • Daging
  • Hati
  • Paru-paru
  • Tulang lembu

6. Lauk dan juga rempah perlu digaul sehingga sebati seperti ditunjukkan dalam gambar. Anda perlu buat seperti ini dahulu.

gulai kawah ayam kelantan

7. Seterusnya masukkan dalam kuali. Saya menggunakan kuali bagi menggantikan kawah. Pastikan anda tidak membuka api pada masa ini.

gulai kawah terengganu sedap

8. Kemudian masukkan terlebih dahulu 1/2 cawan santan pekat. Saya guna santan dari perahan kelapa segar dan kacau rata.

kari kenduri

Ketika inilah proses yang kita sebutkan gulai 'darat' kerana bahan-bahan disediakan sebelum diletakkan di atas api, faham kan?

Setelah itu, barulah dibuka api yang paling perlahan. Pastikan ia ditutup dengan tudung periuk dan renehkan selama 1 jam untuk gulai pecah minyak dan daging menjadi separa lembut.

*Untuk gulai kawah yag sebenar sepatutnya santan diletakkan habis pada peringkat pertama dan dimasak sehingga daging empuk.

Disebabkan masak dalam kuantiti sedikit, cara ini menjadi untuk dapatkan rupa gulai yang cantik menawan dan menyelerakan.

Baca : Resepi Nasi Minyak Terengganu Ayam Masak Merah

Selepas kuah mula pecah minyak, barulah dimasukkan santan untuk kali yang kedua. Masukkan sebanyak 1/2 lagi santan pekat campur dua cawan air.

masakan gulai kenduri kelantan

Kemudian masukkan bahan perasa peringkat kedua iaitu:

rempah gulai kawah

  • 1/2 sudu besar perencah Hilal
  • 1 1/4 sudu besar garam
  • 1/2 lagi nisan/nise atau gula melaka
  • 1 sudu besar gula

*Kuantiti perasa mengikut citarasa sendiri serta ikut kuantiti kuah yang terhasil. Renehkan lagi selama satu jam untuk daging empuk betul-betul dan santan pecah minyak dan cantik.

Tips Tambahan

Jika gulai kawah daging atau tulang lembu yang anda masak pada waktu malam dan bangun esok pagi, kuah jadi pekat, sila tambahkan air secawan dua mengikut kepekatan atau cair kuah yang anda inginkan.

gulai kenduri kahwin

Apabila air ditambah, anda juga perlu tambahkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa yang sesuai dengan diri anda dan keluarga.

cara masak gulai kawah

Walau bagaimanapun, apabila masak gulai guna kawah dengan kuantiti yang banyak dengan kuantiti sedikit pasti ada sikit perbezaan. Jadi, anda perlu ikut cara masak gulai kawah dengan betul supaya menjadi.

Semoga perkongsian resepi gulai kawah Kelantan yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al-Habibi ini akan dapat membantu anda dan memudahkan anda untuk menyediakan masakan yang biasanya berasaskan tulang lembu, daging dan ayam ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog