Pasti ramai yang suka makan kerang sama ada kerang bakar atau rebus dan dimakan bersama sos cili, mesti sedap terangkat. Tapi, cara cuci dan nak bersihkan kerang supaya putih dapat menghilangkan pasir atau lumpur keluar kotoran agak sukar.
Antara masalah utama untuk masak kerang adalah bagaimana untuk hilangkan hanyir isi kerang dan macamana nak buang lumpur pada kerang yang hitam supaya bersih senang dimakan.
Setiap orang pasti ada cara yang berbeza untuk bersihkan kerang samada dengan mengikut petua orang dulu-dulu atau dengan cara tersendiri mengikut logik akal dan sebagainya.
Di sini dikongsikan beberapa tips dan petua membersihkan kerang dengan betul agar bersih dan cara menghilangkan pasir dalam kulit kerang. Perkongsian ini diambil daripada pengguna-pengguna media sosial yang mendedahkan rahsia masing-masing.
Cara Cuci Kerang Dengan Mudah & Cepat
Berikut adalah senarai petua untuk mencuci kekotoran yang berada pada kulit kurang supaya kelihatan bersih menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.
- Garam dan limau nipis
- Serai dan daunnya
- Asam keping
- Kunyit hidup
- Daun ubi kayu
- Air basuhan beras
- Daun betik
- Pelepah daun pisang
- Bawang putih
- Hampas kelapa
1. Guna Garam
Siapa sangka garam dapat cuci kerang dan boleh menyebabkan isinya keluar dengan mudah senang untuk kupas. Untuk mencuci, anda hanya perlu rendamkan kerang bersama dengan air yang dicampurkan dengan garam.
Rendamkan untuk beberapa minit dan dikatakan lagi lama lebih bagus kerana jika kerang itu masih hidup ia akan meluahkan segala pasir dan lumpur yang terdapat di dalamnya.
Selain itu, anda boleh campurkan dengan limau nipis dalam air rendaman tersebut dan menggosokkan kerang menggunakan buah limau nipis. Ia dapat menghilangkan bau hanyir kerang.
2. Serai
Hanya menggunakan beberapa batang serai, anda dapat mencucinya dengan putih bersih. Serai perlu ditumbuk sehingga hancur dan rendamkan serai bersama dengan serai yang telah anda tumbuk tadi.
Pastikan air rendaman sama rata dengan kerang. Seterusnya, biarkan sekurangnya 10 minit atau lebih serta toskan selepas itu dan anda akan lihat hasilnya nanti.
3. Daun Ubi Kayu
Ada yang berpendapat, daun ubi kayu sangat baik untuk membersihkannya. Cara-caranya hanya gaulkan daun ibu serta ramas-ramaskan. Hasilnya tetap cantik.
4. Air Beras
Rendamkan kerang bersama dengan air basuhan beras selama 30 minit atau lebih.
5. Kunyit
Air yang dicampurkan dengan kunyit yang telah ditumbuk. Kuantiti kunyit hanya dengan agak-agak saja. Ia perlu direndamkan selama 15 minit atau lebih. Cara ini dikatakan sangat baik untuk hilangkan kekotoran.
6. Asam Keping
Agak pelik guna asam keping boleh cuci kotoran kerang. Tapi memang betul, letakkan beberapa keping dalam air dan rendamkan bersama dengan kerang selama setengah jam atau lebih dari itu.
7. Daun Betik
Untuk mendapatkan hasil kerang putih bersih dan segala kotoran hitam pasir dan lumpur, anda boleh guna daun betik dengan ramaskan daun bersama kerang.
8. Pelepah Pisang
Mungkin ini petua tradisional sejak dulu kala kerana agar luar biasa gunakan pelepah pisang untuk membersihkan kerang. Caranya, ambil beberapa pelepah pisang bersama daunnya sedikit lalu digosokkan pada kerang.
Katanya, cara cuci kerang ini akan dapat menghasilkan isi kerang yang lebih enak dan sedap rasanya samada ia dibakar atau direbus.
9. Bawang Putih
Kaedah menggunakan bawang putih yang perlu ditumbuk juga terbukti berkesan dapat buang segala kotoran termasuk hilangkan hanyir kerang tersebut.
Baca : Resepi Rendang Kerang Pedas
10. Daun Serai
Biasanya, ramai yang gunakan batang serai untuk bersihkan kerang. Sebenarnya, daunnya juga sangat sesuai untuk mencuci. Berikut adalah perkongsian cara cuci kerang guna daun serai daripada Puan Nurhidayah Yusuff.
Katanya dengan cara ini bukan saja bersih tetapi semua sisa lumpur yang melekat pada kerang akan terkeluar dengan sendirinya. Hasil daripada petua ini kerang bersih berkilat.
11. Hampas Kelapa
Selain santan kelapa digunakan dalam masakan, hampas kelapa juga sangat elok untuk membersihkan kerang. Caranya dengan gaulkan hampas dengan kerang, biarkan selama sejam atau lebih.
Kemudian, anda akan dapati hasil daripada petua ini, kulit kerang akan menjadi putih dan bersih. Tiada lagi sebarang kotoran atau warna hitam seperti tanah pada kerang.
Video Bersihkan Kotoran Kerang
Kami juga kongsikan video tutorial mencuci kerang dengan cara Puan Ila Azman yang menunjukkan bagaimana beliau bersihkan kerang dari awal sehingga akhir. Anda boleh ikuti caranya jika anda suka.
Semua tips dan petua yang dikongsikan boleh juga digunakan untuk siput sedut, lala dan semua yang hampir sama dengan kerang. Kemudian, selepas dicuci, anda boleh rebus seperti biasa.
Diharap perkongsian cara membersihkan kerang untuk membuang tanah dan kekotoran yang melekat pada kulit dan isinya dapat membantu anda menyediakan masakan ini dengan cepat dan mudah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog