Apabila sinki tersumbat tahap kronik pasti pemilik rumah akan sakit kepala memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini, lebih-lebih lagi tinggal di apartment, lagi susah.
Sebenarnya, saluran air sinki tersumbat bukanlah perkara luar biasa dan ramai yang menghadapinya, jangan stress sangat sebab ada cara untuk atasi perkara ini dengan berkesan.
Begitu juga kepada anda yang tinggal di rumah flat, ada petua mudah untuk memperbaiki sinki bocor anda itu tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak dan yang pasti jimat dan murah.
Cara mengatasi sinki tersumbat dan petua baiki dengan mudah telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang berkongsi info ini untuk orang ramai.
Menurut beliau, kaedah ini bukan saja boleh digunakan untuk sinki tetapi ada yang boleh anda guna untuk lubang tandas yang tersumbat namun harus berhati-hati.
Cara Mengatasi Sinki Tersumbat Dengan Berkesan
1. Guna Pam
Ini adalah cara yang biasa dilakukan oleh ramai orang untuk baiki sinki tersumbat dengan mengepam berkali-kali sehingga sinki boleh digunakan.
Walau bagaimanapun, ada caranya yang betul dan berkesan dengan menekankan pelocok yang terdapat pada saluran tersumbat tersebut di dalam sinki yang mempunyai air.
Tekanan air akan membantu menarik segala cebis-cebisan atau bahan-bahan yang tersumbat di dalam saluran air tersebut.
2. Baking Soda dan Air Garam
Mungkin ada yang tak tahu bahawa baking soda dan garam boleh membantu untuk atasi masalah sinki tersumbat dengan cepat tanpa perlu panggil plumber untuk baikinya.
Caranya dengan mengambil 1/4 cawan baking soda, 1/4 cawan garam dan tuangkan ke dalam lubang sinki yang tersumbat itu tanpa dicampurkan dengan bahan lain.
Jika anda inginkan kesan yang lebih cepat, dikatakan campuran 1/2 cawan cuka dan air lemon amat membantu selain dapat menghilangkan bau busuk dalam sinki.
3. Guna Drain Snake
Jika dulu-dulu kebiasaannya orang akan menggunakan penyangkut baju besi saja untuk mengorek dalam saluran tersumbat.
Jika anda ingin cara yang lebih mudah, anda boleh gunakan drain snake seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, itulah caranya yang biasa plumber lakukan.
Peralatan ini seperti tali yang panjang dan diperbuat daripada sejenis logam atau pun jenis plastik yang ada dijual di kebanyakan kedai hardware di Malaysia.
Anda perlu masukkan satu daripada hujungnya ke dalam lubang sinki, apabila dapat rasa ia tersangkut dalam saluran, pusingkan beberapa kali supaya benda tersumbat akan terkumpul.
Setelah itu, tariklah secara perlahan-lahan dan dibilaskan menggunakan air yang panas. Jika masih tersumbat, sila cuba lagi sehingga berjaya dan pasti boleh.
4. Buka Perangkap Sinki
Salah satu tempat yang wajib diperiksa setiap kali saluran tersumbat adalah di bahagian perangkap sinki.
Yang mana anda boleh lihat di bawah sinki ada paip yang terbentuk seperti huruf S, P atau perangkap botol yang amat mudah ditanggalkan.
Anda perlu menyediakan sebuah baldi besar kat bawah sinki terlebih dahulu sebelum membuka perangkap tersebut kerana air pasti akan mengalir keluar.
Bukakan perangkap ini dan jangan lupa guna dawai besi untuk tolak keluar sebarang sisa-sisa yang tersangkut di dalam saluran tersebut.
Kemudian, cuci bahagian perangkap ini dengan menggunakan berus gigi atau sebarang berus yang sesuai dan bilaskan dengan air seperti biasa.
5. Garam Kasar
Kaedah yang paling mudah adalah dengan guna guna garam kasar yang perlu ditaburkan ke dalam lubang sinki dan garam halus juga boleh, sebaiknya yang kasar.
Kemudian, jiruskan dengan air yang panas ke dalam saluran yang tersumbat dengan sisa makanan itu dan lihat hasilnya selepas beberapa minit.
Fungsi garam yang dilarutkan dengan air panas itu akan membuang semua kotoran yang terlekat pada lubang dan menyebabkan saluran tersebut akan boleh digunakan semula.
Ubat Sinki Tersumbat Original
Cara lain untuk atasi masalah ini boleh juga dengan guna sejenis ubat khas yang boleh baiki saluran anda dengan hanya taburkan serbuk ini di lubang dapur atau bili air dan tandas.
Selain itu, lubang tandas ia boleh juga digunakan pada tangki septik dan alat pembentungan lain yang mana kuantiti serbuk diperlukan dua hingga tiga botol.
Ubat sinki atau Effective Drain Cleaner ini terbukti sangat berkesan untuk menghalang dari sinki tersumbat selepas serbuk dituangkan dalam lubang saluran.
Ramai pengguna yang membeli produk ini di laman Shopee telah memuji keberkesanannya untuk lubang sinki serta beberapa saluran lain.
Harga produk ini tidak terlalu mahal dan boleh didapati di kedai-kedai runcit dan barangan hardware. Anda boleh juga beli secara online di Shopee dan Lazada melalui pautan yang disediakan berikut:
Petua Saluran Sinki Rumah Tersumbat
Berikut adalah rakaman video daripada channel YouTube Mozfemes Perfume yang berkongsi petua dan cara-cara untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat di rumah.
Kesimpulan
Sekiranya anda ingin mengelakkan lubang sering tersumbat, sebaiknya cucilah bahagian itu setiap sebulan sekali. Dengan cara ini sinki anda lebih selamat dan bersih.
Selain itu, saranan saya untuk atasi bilik air atau saluran sinki tersumbat dengan cepat dan berkesan adalah dengan menggunakan drain snake atau soda bikarbonat.
Semoga perkongsian cara dan petua sinki tersumbat ini akan dapat membantu anda di rumah dengan mudah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog