Masalah batuk berpanjangan dan gatal tekak sememangnya sakit amat merimaskan sehingga terganggu aktiviti harian. Apakah cara terbaik dan petua menghilangkan batuk dengan berkesan?
Mungkin ramai yang tahu tentang petua hilangkan batuk dengan cepat seperti yang disarankan oleh nenek moyang kita yang mana menggunakan kaedah tradisional.
Kaedah cara kampung, biasanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah. Manakala, mengikut perubatan moden pastinya ubat batuk dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami batuk berdarah atau batuk kering, sebaiknya anda terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut dan sesuai dengan tahap batuk anda.
Tetapi, jika batuk anda tidak serius, anda boleh cuba dengan petua yang dikongsikan di bawah untuk mengatasi masalah batuk sama ada berkahak atau tidak.
Sekurang-kurangnya ia dapat menghilangkan sakit, gatal tekak, selsema dengan segera dan akhirnya anda atau kanak-kanak yang merawat sendiri pasti akan dapat tidur malam dengan lena tanpa sebarang gangguan.
Petua Hilangkan Batuk Dengan Cepat
Berikut adalah antara petua untuk hilangkan batuk dan gatal tekak yang berpanjangan. Anda boleh pilih yang manakah sesuai dengan kehendak sendiri.
Walau bagaimanapun, anda disarankan pergi ke klinik untuk mendapatkan nasihat doktor sekiranya batuk anda tidak hilang atau masih batuk tanpa henti.
1. Madu dan Limau Nipis
Petua guna madu dan limau nipis ini mungkin ramai yang telah tahu tetapi mungkin juga cara menggunakannya tidak betul seperti tersalah kuantiti dan sebagainya.
Cara yang betul untuk meminum madu bersama limau adalah dengan menggunakan sudu plastik untuk madu sebanyak satu sudu besar sahaja dan sekurangnya sebelah biji limau nipis.
Madu dicampurkan dengan air suam dan diperahkan limau itu tadi ke dalam cawan. Kemudian, sebelum minum sebaiknya bacalah doa yang sesuai dan selawat ke atas Nabi.
2. Bawang Putih
Bawang putih yang telah siap dibakar separuh masak juga boleh mengatasi masalah batuk yang teruk. Terutamanya pada waktu malam ketika tidur.
Jika anda menghadapi situasi ini, sila bakar bawang putih sebiji dan dimakan begitu sahaja ketika sedang batuk, insya Allah ia akan hilang.
Ada juga berpendapat, bawang putih boleh juga dicampurkan dengan madu dan diminum bersama air suam yang mampu mengubati batuk dengan cepat dan hilangkan kahak.
3. Air Garam
Benar kata orang-orang dulu bahawa garam boleh mencegah batuk, gatal tekak dan sakit gigi. Anda boleh cuba cara ini di rumah dengan segera.
Caranya dengan mengambil sesudu besar garam dan larutkan dalam gelas berisi air suam dan kumur seberapa kerap sehingga batuk anda hilang.
4. Halia
Cara menghilangkan batuk guna halia sangat mudah dengan hanya mengambil sepotong halia atau lebih, kemudian ditumbuk atau dihiris serta diletakkan dalam air suam.
Anda boleh campurkan sedikit gula jika mahu atau kosong sahaja, kemudian minum seperti biasa dan anda akan dapati batuk beransur hilang sendirinya.
Halia mampu melegakan batuk malah mampu meredakan kembung perut selain ia juga akan menyebabkan perut terasa pedih jika diambil berlebihan.
Dari itu, sila berhati-hati dengan kuantiti halia yang ingin anda ambil dan pastikan tidak terlalu banyak.
5. Bernafas Guna Wap Air Panas
Salah satu cara yang terbagus dan penawar batuk yang paling mujarab adalah dengan menggunakan wap air panas yang digunakan dengan cara yang pelbagai.
Salah satu daripadanya adalah dengan mandi dengan air panas atau bernafas dengan air panas yang mengeluarkan wap serta di dalam bilik yang suhunya panas dan mempunyai wap seperti steam room.
Anda boleh juga menggunakan mangkuk yang berisi air yang panas dan wapkan di permukaan wajah dengan mulut terbuka sambil bernafas seperti biasa.
Setelah melakukan kaedah ini, anda akan dapati hasilnya amat bagus sekali dan batuk pasti akan berkurangan dan sekurangnya ia melegakan pernafasan anda.
6. Aiskrim Perisa Vanilla
Pasti ada yang pelik mengapa aiskrim Vanilla, bukankah aiskrim adalah musuh utama batuk. Jawapannya, ya memang benar, aiskrim jenis ini mampu hilangkan batuk anda.
Selain itu ia mampu mengurangkan keradangan serta dapat meredakan sakit tekak yang teruk serta tekak akan terasa lebih selesa selepas memakannya.
Kepada anda yang masih ragu-ragu dan menganggap ianya mustahil atau anda merasa tidak sesuai dengan kesihatan anda, sebaiknya elakkan aiskrim.
Mungkin juga tidak semua orang antibodi dan darahnya sama, berkemungkinan cara ini tidak sesuai dengan setiap orang. Maka, berfikirlah dengan baik.
Baca : Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Cepat
7. Air Masak
Air masak, air putih atau air mineral adalah ubat yang paling terbaik untuk mencegah batuk dengan berkesan.
Mengapa? Kerana dengan air putih boleh mencegah kahak serta membuatkan tekak yang kering menjadi basah dan akan menyegarkan badan.
Pastikan anda mengambil air putih yang banyak setiap hari dan jika mengalami batuk berpanjangan tetapi mengamalkan minum air putih pasti batuk anda baik segera.
8. Asam Jawa
Asam jawa sememangnya amat dikenali ramai malah ia digunakan oleh hampir semua rakyat Malaysia dalam kegunaan masakan harian.
Sebenarnya, asam jawa juga adalah antara penawar terbaik untuk hilangkan batuk kerana khasiat yang dimilikinya akan membuatkan tekak anda lega dan segar.
Cara untuk meminumnya dengan hanya mengambil sesudu atau dua sudu asam jawa kemudian dibancuhkan bersama air suam seterusnya diminum begitu sahaja.
Anda boleh masukkan sedikit gula jika perlu, kemudian anda akan dapati sakit tekak anda beransur pulih selepas meminum air asam jawa ini.
Fungsi asam jawa antaranya adalah dapat menyejukkan badan yang sedang panas atau demam serta ia juga dikatakan mampu hilangkan sakit kepala selain batuk.
Anda boleh amalkan pengambilan air asam jawa sebanyak dua kali sehari sama ada pada waktu pagi dan petang atau siang dan malam.
9. Rebusan Nenas dan Gula Batu
Ubat batuk buatan sendiri yang dikatakan dikongsikan oleh seseorang yang tahu tentang perubatan tradisional, juga boleh atasi batuk dan sakit tekak dengan berkesan di laman Facebook.
Anda hanya perlu rebuskan nenas yang dicampurkan dengan sedikit gula batu kemudian minum setelah ia menjadi suam atau sejuk, jangan diletakkan dalam peti ais.
Petua buat ubat batuk sendiri ini guna buah nenas dan gula batu akan membantu melegakan serta mengurangkan rasa gatal-gatal pada tekak dengan baik sekali.
Ubat Batuk Yang Paling Mujarab
Kenapa batuk lambat sembuh dan masih lagi terbatuk-batuk tak kira waktu? Mungkin anda tidak mengambil langkah bijak dengan meminum ubat batuk atau tidak langsung makan sebarang penawar.
Ubat batuk paling bagus adalah yang boleh dibeli di farmasi dengan jenama yang biasa orang Malaysia gunakan. Tetapi yang paling terbaik adalah saranan doktor.
Jika anda pergi ke klinik, pasti doktor akan mengesyorkan sejenis ubat batuk yang sesuai dengan keadaan batuk anda dan pastinya antibiotik juga akan diberikan.
Walau bagaimanapun, ubat batuk alternatif adalah petua hilangkan batuk yang dibincangkan di atas. Anda boleh amalkan salah satu daripadanya.
Antara jenis-jenis ubat batuk sakit tekak yang diklasifikasikan terbagus dan terbaik adalah seperti yang dikongsikan dalam senarai di bawah yang banyak dijual di farmasi atau terdapat di klinik atau hospital.
Semua jenis ini mempunyai fungsi yang tersendiri seperti boleh mencairkan kahak serta memudahkan kahak dikeluarkan khas untuk mereka yang mengalami batuk berkahak.
Selain itu, ada juga yang digunakan untuk membasmi batuk kering yang tiada kahak serta membantu anda untuk tidur pada waktu malam.
Namun, anda dinasihatkan merujuk kepada doktor atau pegawai farmasi yang bertugas sebelum membeli salah satu ubat batuk tersebut.
Ini dibimbangi kerana salah satu daripadanya tidak sesuai dengan diri anda atau pun batuk yang sedang anda hadapi itu, jadi bertanya adalah lebih baik daripada mendiamkan diri.
- EXPECTORANT
- ANTITUSSIVE
- HERBAL BASED
- ANTIHISTAMINE
Kesemua jenis-jenis ubat batuk terbaik yang dikongsikan di atas adalah untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang mana kandungannya mungkin agak berbeza mengikut peringkat umur.
Ubat Herba Tradisional Cina
Jika anda mencari ubat batuk tradisional cina yang dirumus khas daripada herba semulajadi 100% yang tiada bahan kimia serta halal untuk dimakan, ia ada dijual online.
Ubat batuk cina yang dikenali sebagai Chong Cao Pipa Zhike Dan ini sememangnya banyak dibeli oleh ramai orang di laman Shopee yang membuktikan ianya terbaik.
Antara khasiat ubat ini dapat sembuhkan batuk yang teruk dan berlarutan, selain semput, mencairkan kahak dan juga gatal atau sakit tekak.
Kandungannya adalah herba orang cina dan didatangkan dalam bentuk pil sebanyak 36 biji dalam sebotol serta tiada rasa ubat jika ditelan.
Jika anda ingin membeli di Shopee, anda boleh klik pada pautan di bawah yang kami sediakan untuk memudahkan anda membuat pilihan dan membelinya.
Kesimpulan
Sebenarnya, banyak petua untuk hilangkan batuk dan sakit tekak yang boleh anda dapatkan daripada orang terdahulu atau orang yang lebih tua dengan bertanyakan kepada mereka.
Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya sekiranya masih ada tanda-tanda batuk tetap tidak hilang atau kritikal.
Begitu juga dengan semua petua yang dikongsikan, sebelum mengamalkannya sebaiknya anda pastikan anda boleh menggunakan semua bahan-bahan tersebut.
Terkadang, tidak semua makanan atau bahan semulajadi yang sesuai dengan setiap orang. Malah ada yang alergik atau alahan dengannya, oleh itu berhati-hatilah.
Semoga perkongsian petua hilangkan batuk dengan berkesan ini dapat membantu anda yang sedang mengalami masalah sakit tekak dan batuk berpanjangan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog